Outing with friends

24 December :')

December 24, 2011


Yeay! Keluar dengan kawan2 yang aku rindu. Tapi dua orang je. Yang lain busy. Hm takpe. Maybe lain kali jumpa kawan yang lain pula.
Aku dari sini gerak dengan Zhariff. Sampai kat Kepong Sentral, train dah terlepas. Izzy pula baru je bangun tidur. Time tu dalam pukul 10 kot. Memang menyirap sikit, tapi takpe. Masih boleh sabar. Nasib baik time dapat train tu, orang tak ramai.
Sampai je kat KL Sentral, nak kena tunggu Izzy pula. Sementara nak tunggu, pegi makan kat Burger King. Time Zhariff tengah order, aku tengok sorang pekerja Burger King tu asyik pandang2 aku, tersengih-sengih. Aku dah pelik, pehal dengan mamat ni? Aku tengok muka dia betul2, rupa2nya si Akmal! Terkejut gila aku. Hahaa! Tak sangka boleh jumpa dia kat situ. Aku fikir dia keje kat Burger King mana la. Kat KL Sentral je pun. Dalam pukul 12 lebih baru si Izzy sampai. Dia dengan Paan Juvana, budak junior kat sekolah dulu. Paan serba merah time tu, hihi♥ Paan kata aku gemuk. SHITTO! Benci benci!
Dah jumpa Izzy, terus gerak KLCC. Pegi ambil awek dia. Time train dah sampai, tertinggal si Zhariff sebab tak sempat nak masuk. Kesian gila kat dia doe. Sampai KLCC, tunggu Zhariff pula. Nasib baik sekejap je.



Zhariff sampai je KLCC, terus start ambil gambar. Zhariff and Izzy :D



Semua dah ada, terus pegi TGV. Tengok movie apa yang best. Mula2 plan nak tengok Ombak Rindu sebab aku tak pernah tengok lagi. Zhariff pun tak pernah tengok. Baru nak pegi beli tiket, aku tengok movie tu start dalam pukul 4.30 petang. Aku cakap kat Izzy tukar lain la sebab Zhariff nak balik awal. Aku tengok balik movie apa yang ada. Aku cakap la nak tengok Suatu Malam Kubur Berasap. Diorang semuka okay je. Movie start pukul 3.20 petang. Time tu baru pukul 2 petang. So lepak kat luar :D



Izzy and Rini
Comel awek kau Izzy. Kali ni jaga elok2, jangan nak buat hal lagi. Hahaa! #tu phone aku! brr -,- haha

Lepas lepak and tengok movie, kitorang terus gerak Pavi. Time dah nak sampai Pavi, Zhariff bla pegi office mak dia kot. Time tu dah agak blur, tak tau nak pegi mana. Then decide nak pegi karaoke kat BB. Sampai je sana, tengok harga RM36 / 1 hour. Berbaloi ke? Bagi aku baik karaoke jamban je daripada karaoke bilik. So cancel je niat nak karaoke and pegi makan kat foodcourt atas.

Dah habis makan, pegi depan Maybank BB. Tunggu kawan Rini. Then kawan Rini ajak Izzy pegi mana nta. Nak naik train kat KTM macam haram J sikit. Dah naik kemain awal, lepas tu ada masalah apa nta. Aku naik train dalam pukul 8.15 malam and ada announcement kata train gerak pukul 8.30 malam. Bapak ahhh! Dah la orang ramai, dah macam tin sardin. Selagi train tak gerak, selagi tu la orang dok masuk dalam train. Dah memang sempit habis, still ada yang masuk. Start masuk train sampai ke Kepong Sentral, aku berdiri je. Nasib baik kebetulan Naza dengan akak dia kat Jusco Kepong. Aku minta tolong nak tumpangkan. Atlast! Dapat juga lepak dengan Naza kejap. Aku minta akak dia turunkan aku kat kedai mamak. Lepak sana kejap. Then pukul 10.15 malam baru aku gerak balik rumah. Tu je ^^

Bye!

You Might Also Like

2 comments

  1. xde org komen sini.. meh teman komen sini yea.. he2.. best tgk wayang dgn kengkawan kan..

    ReplyDelete
  2. tgk wayang lak.. karaoke.. aishh.. awat fikiran asyik fikir tgk wayang je nih? hu3

    ReplyDelete