Sabun Viral, wangi ke tidakkk

September 06, 2020


Assalamualaikum

Sabun ni agak viral 2 ke 3 minggu ni kan? Tapi FD baru je terasa nak beli sebab kebetulan baru jumpa orang yang boleh COD. Nak beli online tak berani sebab tengok ada feedback kata sampai pecah 2 ke 3 biji. Tak berani lah nak ambik risiko tu walaupun 2 3 biji pecah. Nanti tak pasal pasal 2 ke 3 biji je selamat, tak ke menangis beli banyak banyak tapi yang boleh guna tu sikit je 😂

Ini lah rupa sabun viral tu. FD beli online je sebab nampak ada orang promote kat story WhatsApp. Harga RM5 untuk 10 biji, RM10 untuk 20 biji. Nama pun nak cuba, kite beli dulu lah 20 biji. Tak padan pulak orang tu nak COD kat kite RM5 je untuk 10 biji kan.

Mula mula barang sampai tu, bukak plastik je memang bau wangi. Plastik pun macam mudah koyak/pecah. Mungkin tu penyebab bila beli online akan dapat yang pecah dan kemungkinan jugak takbole letak dalam suhu yang panas, bukan suhu normal/bilik. Fragile lah kiranya.

Esoknya FD pun cuba lah masukkan 3 ke 4 ketul sabun comel ni dalam mesin basuh. Bagi kena air sekali, memang banyak buih dia. Bau pun not bad lah, wangi. Lepas dah siap dan mesin basuh dah stop, semangat ni gi bukak nak bau baju wangi ke tak. Hmm, takde lah kuat mana pun bau. Maybe kena letak lebih lagi mungkin sampai 6 biji.

So lepas dapat result sabun ni, kalau orang tanya akan repeat ke tak, mungkin ye mungkin tak. Beli kalau rasa macam malas nk keluar dan darurat kain banyak nk basuh. Mungkin tak beli kalau rasa macam entah lah. Kita pun taktau nak explain. Pada yang nk cuba tu, cuba lah ya. At least FD dah share pendapat FD 😊

You Might Also Like

16 comments

  1. Aritue pun masa window shopping online pun ada nampak sabun viral nie tapi x brani nak beli sebab takut alergik sabun yg bukan².. tapi nanti nak try la..

    ReplyDelete
  2. senang for travel klu mcm ni, beli then simpan2 masukkan bila nak dobi baju.. kan, sbb murahhhh

    ReplyDelete
  3. sabun viral ni memang ramai kata wangi. tapi dengan harga rm1 sbiji utk kecil tu tak berbaloi kalau nk membasuh kat rumah. maybe siapa duduk asrama sesuai la

    ReplyDelete
  4. Sabun packet macam nie memang wangi giler bau dia. Masa time blajar kat Manchester dulu I pun slalu pakai sabun nie.

    ReplyDelete
  5. nampak ramai beli terasa nak beli. tq bagi honest review. kalau nak kena guna banyak jadi rugi la pulak

    ReplyDelete
  6. Kalau ikut bajet selalu beli sabun,agak mahal kalau rm5 untuk 2 kali basuh kain kan? 😁

    ReplyDelete
  7. Ada nampak sabun viral ni di social media sebelum ni.. looking forward for your sharing ye sis.. if okay, boleh juga dapatkan ni ..

    ReplyDelete
  8. o.. sabun viral tu macam ni rupanya.. ada dengar tapi tak pernah tengok lagi.. hehehe.. TB tak cuba kot sebab risau ada alahan kulit ni

    ReplyDelete
  9. Comelnya sabun dia. Ade baca sbaun ni wangi. Ooo fd pulak tak wangi ye.. Hehehe.. So ikut kita la kan.. Macam travel boleh la pakai sabun ni

    ReplyDelete
  10. Sis ada beli sekotak besar, tapi untuk khas cuci cadar dan tuala aje, sebab sayang wangi snagat.. Sis beli yang Jepun punya...ramai komen yang ni tak wangi..opss...

    ReplyDelete
  11. Menarik. Tak.pernah jumpa lagi. Suka sebab dia kalerful. Wangi ya bau dia

    ReplyDelete
  12. Cantik warna warni. Baru ingat nak cuba beli. Takpelah nanti kalau teringin nak guna barulah beli kan. Setakat ni pakai sabun biasa je dulu.

    ReplyDelete
  13. Kat pasar malam tahun lepas ada perasan sabun ni dijual lah . Wangi memang boleh tahan . Tahannya sekejap je

    ReplyDelete
  14. wow the sabun looks so interesting. I nak try it next time. So cute and cheap too

    ReplyDelete
  15. Best nyer sabun macam ni, this is my first time get to know about sabun macam ni. N
    Nanti sis pun nak check out

    ReplyDelete
  16. thanks share. ika nampak benda ni viral. tak cuba lagi hehe nanti nak cuba la

    ReplyDelete