Luckin Kopi, restoran kopitiam klasik tapi modern

September 20, 2019


Assalamualaikum.

Baru baru ni FD saje jalan di Kuala Lumpur. Alang alang tu boleh lah cuba makan tengah hari kat Luckin Kopi. Mujur kena pulak dengan tarikh soft launching Luckin Kopi.


Mula mula sampai tu, memang pack gila lah orang siap signboard CLOSE. Masa duk intai intai dari luar, manager dia keluar dan inform yang dalam kedai tengah penuh, mungkin kena tunggu lebih kurang sejam baru boleh masuk. And I was like, takpe la, tunggu je lah. Then ada auntie ni keluar and cakap ada meja kosong kat bahagian dalam. Thank you mudahkan kami. Penat tau pagi pagi keluar naik MRT sampai ke Pasar Seni. Jalan sikit je pastu jumpa la Luckin Kopi.



Tengok menu saje pun dah kecur liur weh.










Tengok si kecik tu duk makan ABC opah dia suapkan.

French fries. Kentang sini best tau sebab potongan dia besar. Bukan macam fries biasa kite makan kat fastfood tu. Memang puas hati! Portion besar boleh makan 2 atau 3 orang.

Ais Batu Campur. Serious sedap! Ni pun makan 2 ke 3 orang,

Salted Egg Chicken Rice.

Ayam Berempah.
Nice sebab siap potong dah. Takde lah nak risau kot tetiba 'ayam terbang' masa tengah makan 😂


Nasi Lemak Ayam Karaage.
Saje try menu ni sebab nak tau karaage tu rasa apa. Lidah FD rasa macam ayam goreng biasa je. Taktau lah kalau lidah ni yang problem takboleh nak rasa betul betul 😅

Nasi Goreng Sambal Udang


Layan dari staff sangat okay. Manager pun akan tanya customer kalau ada order yang belum sampai. Overall memang tip top!

Lepas makan, kite ambik gambar lah pulak sebab dekorasi tempat ni sangat cantik. Sesape suka photoshoot pun boleh la bergambar kat sini. Lawa tauuu.


Luckin Kopi ada menu western jugak tau. Bukan macam kopitam biasa tu. Ada roti bakar, chicken chop, pasta, macam macam lagi lah. So you guys should try too! FD pun mungkin akan repeat kalau ada kesempatan ke KL lagi.


Alamat: Luckin Kopi, 14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 7 pagi - 7 malam
Contact: 016-397 6898 // 03-2856 2811
Website: www.luckinkopi.com
Facebook: Luckin Kopi


You Might Also Like

8 comments

  1. Ya Allah sedapnya nampak makanan semua tuu. And rindu makan ABC T-T

    Jemput join giveaway saya kalau berminat hehe
    https://itsninisblog.blogspot.com/2019/09/sayonara-stationery-giveaway-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap semua ni. ABC tu kongsi 3 orang terus, haha. InshaAllah FD join ga tu

      Delete
  2. Meriah menu diaaa. boleh la try kalau ke sana nnti

    ReplyDelete
  3. salted egg chicken nampak mengancam tapi jauh pula nak pergi :(

    ReplyDelete
  4. Sedapppnya makanan nya tuu..terliur pulak rabia tengok ni.hahaha..pergi KL kena tryy ni.

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing, kunjungi juga http://bit.ly/2k0GyXY

    ReplyDelete