JUALAN BUKU BIG BAD WOLF KEMBALI KE ‘NEGERI SANTUARI PENYU’ DENGAN DISKAUN BUKU 75% HINGGA 95%

by - August 05, 2019


SIARAN MEDIAJUALAN BUKU BIG BAD WOLF KEMBALI KE ‘NEGERI SANTUARI PENYU’ DENGAN DISKAUN BUKU 75% HINGGA 95%
Jualan Buku Big Bad Wolf  bakal tiba di Terengganu untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan memperkasakan mereka dengan ilmu pengetahuan menerusi pembacaan.

Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf bakal singgah di Terengganu dengan  pilihan buku yang meluas. Jualan Buku selama 11 hari ini akan bermula pada 8 hingga 19 Ogos 2019, mulai jam 10:00 pagi hingga jam 12:00 tengah malam kecuali pada 11 Ogos di mana Jualan Buku Big Bad Wolf akan ditutup sempena Hari Raya Aidiladha. Jualan Buku berkenaan akan diadakan di Mydin Mall, Gong Badak, Terengganu dan kemasukan adalah PERCUMA!

Jualan Buku Big Bad Wolf menawarkan buku-buku dalam Bahasa Melayu serta Inggeris merangkumi pelbagai genre. Para pembaca boleh mendapatkan judul-judul terlaris, novel remaja, sains fiksyen thriller, perniagaan, seni bina, kesenian dan reka bentuk, buku masakan, buku kanak-kanak dan banyak lagi. Oleh itu, bawa bersama rakan-rakan serta keluarga anda untuk mencari buku kegemaran anda.

Ibu bapa juga pasti akan gembira apabila menemui Buku Ajaib yang digabungkan dengan teknologi Augmented Reality (AR) di Jualan Buku Big Bad Wolf Terengganu. Dikenali sebagai pengedar terbesar serta eksklusif Buku Ajaib, ibu bapa boleh menemui pelbagai kisah klasik kanak-kanak seperti Cinderella, Little Red Riding Hood, dan Goldilocks and the Three Bears atau buku-buku pendidikan seperti Let’s Learn Counting dan Let’s Learn ABC di Jualan Buku berkenaan. Kanak-kanak boleh membaca, bermain dan belajar dengan Buku Ajaib ini kerana ia menggunakan teknologi AR yang serba canggih bagi merevolusikan pembacaan untuk si manja anda.

“Kita tidak boleh menafikan bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Buku Ajaib menggabungkan pembacaan dan keupayaannya ‘menghidupkan’ cerita yang membolehkan kanak-kanak mengalami keajaiban melihat watak kegemaran mereka bercakap dan berinteraksi dengan mereka. Ini menjadikan pembacaan dan pembelajaran sebagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan,” kata Pengasas Big Bad Wolf Books, Andrew Yap.

Terdapat beraneka pilihan buku di Jualan Buku Big Bad Wolf dan para pelanggan boleh mendapatkan buku-buku terkenal terbitan Karangkraf PTS, Kualiti Books, serta buku-buku pendidikan daripada Pernerbitan Pelangi dan Sasbadi pada harga yang berpatutan. Terdapat juga pelbagai pilihan novel-novel kontemporari Malaysia oleh Buku Fixi, The Patriots, Iman Publication dan banyak lagi di Jualan Buku berkenaan. Para pengunjung boleh memilih daripada kira-kira 8,000 buku yang terdiri daripada pelbagai genre seperti buku rujukan, novel, buku fiksyen, buku bukan fiksyen, keagamaan dan banyak lagi buku terbitan penerbit tempatan. Di sepanjang tempoh Jualan Buku Big Bad Wolf ini, para pelanggan juga boleh membeli  lencana, magnet, kemeja-t dan pelbagai barangan Big Bad Wolf Books yang lain.

Dalam usaha mencapai matlamat untuk berbakti kepada masyarakat dan memastikan semua orang memiliki sebuah buku, sayap Tanggungjawab Sosial Korporat Big Bad Wolf Books bernama Red Readerhood, telah menjalinkan kerjasama dengan 2 pertubuhan-tanpa-untung iaitu Pertubuhan Insan Masyarakat (Prisma Society) dan Bukan Kerna Nama. Pertubuhan Insan Masyarakat (Prisma) merupakan sebuah pertubuhan yang menyasarkan untuk memberikan bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara, dan buku yang dikumpulkan adalah untuk perpustakaan bergerak mereka. Bukan Kerna Nama pula menyasarkan untuk membantu keluarga yang memerlukan di mana buku-buku yang berjaya dikumpul akan diberikan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan di bawah jagaan mereka. Big Bad Wolf Books  berikrar untuk menyumbangkan 200 naskah buku bagi tujuan berkenaan. Orang ramai juga boleh memainkan peranan dalam mengubah kehidupan mereka yang memerlukan dengan menyumbang buku yang dibeli di sudut Red Readerhood.

Jualan Buku Big Bad Wolf menyasarkan untuk menjelajah ke 10 negeri di Malaysia sempena Ulang Tahunnya yang ke-10. Jualan Buku ini telah pun berkunjung ke Pahang, Johor, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, dan akan ke Perak serta negeri-negeri lain dalam beberapa bulan yang akan datang. Dalam tempoh sedekad yang lalu, Jualan Buku Big Bad Wolf juga menjelajah ke luar negara seperti Myanmar, Indonesia, Pakistan, Filipina, Thailand, Sri Lanka, Emiriah Arab Bersatu, Korea dan Taiwan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Jualan Buku berkenaan, sila ikuti Jualan Buku Big Bad Wolf dalam platform media sosial berikut:
Facebook: www.facebook.com/bbwbooks/
Instagram: www.instagram.com/bigbadwolfbooks

Maklumat Acara:
Big Bad Wolf Terengganu 2019
Lokasi: Mydin Mall Gong Badak, Terengganu
Tempoh Jualan: 8 hingga 19 Ogos 2019 (Kecuali 11 Ogos, Hari Raya Haji)
Masa: 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam
Masuk adalah PERCUMA!

You May Also Like

3 comments

  1. Wah.. wah.. bestnya kalau dapat pergi.. menghidu bau buku dan memilih buku-buku yang disukai..

    ReplyDelete
  2. jalan sini <3 https://messarah.blogspot.com/2019/08/my-favorite-sendu-song-all-time-and-why.html

    ReplyDelete
  3. Rabia tak pergi.sebab masa ni ada dekat kuantan..hehee

    ReplyDelete