Bank Negara Malaysia Menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu

by - March 14, 2019



Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak, dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment).


Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelsaian kewangan.


Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, pocket talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.

Selain itu, siri jerayawara (roadshows) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Roadshows ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac.

No
Negeri
Daerah / Bandar
Lokasi
Tarikh
1
Pahang
Gambang
Kampus Gambang/ Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang
18 Mac
2
Pahang
Jengka
Dewan Semai Bakti, Felda Jengka 11
19 Mac
3
Terengganu
Dungun
Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya
20 Mac
4
Kelantan
Lundang
Kompleks Balai Islam
21 Mac
5
Terengganu
Kuala Nerus
Dewan Gemilang, UniSZA
24 Mac
6
Terengganu
Kuala Nerus
Universiti Malaysia Terengganu

7
Terengganu
Setiu
Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom
25 Mac
8
Terengganu
Besut
Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung
26 Mac
9
Terengganu
Hulu Terenganu
Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu
27 Mac
10
Terengganu
Marang
Dewan Majlis Daerah Marang
28 Mac
11
Kelantan
Pengkalan Chepa
Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan
31 Mac

Image may contain: text

"Karnival Kewangan akan mengembara ke seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ianya penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada karnival ini dari segi pemahaman produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan, "kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Terengganu di 09-622 0571.

You May Also Like

5 comments