Family

Ahli baru dalam keluarga kecil kami ♥

October 12, 2018


Assalamualaikum 😊

Baby nak masuk 2 bulan dah, baru nak share pasal dia. Hehe
Yes, I'm a mommy now. Pasni boleh lah letak niche parenting blogger, kan? 🙈

Sepatutnya due hujung bulan 9, tapi baby keluar awal pulak. Abi dia lah ni duk cakap cakap kat dia suruh keluar 18hb Ogos 2018 sebab nak tarikh lawa. Tak sangka baby ikut cakap abi dia.


Assalamualaikum auntie dan uncle. Nama saya Aneda Nur Fayyra. Lahir pada 18 Ogos 2018, jam 2:20 petang. Berat 3.1kg. Lahir kat Hospital Sultanah Nur Zahirah. Saya keluar secara normal, nasib baik tak kena czer 😂

Ini pun surprise buat FD dan suami sebab masa pregnant, scan tak nampak jantina. Bila baby keluar je, soalan pertama suami kat doktor; 'laki ke perempuan, doktor?'. Doktor tunjuk, perempuan. Alhamdulillah.



Nak share pengalaman? Mesti lah sebab first time kan benda camni, hehe. Masa rasa sakit sikit sikit tu dari 7 pagi. Suami dah tanya dari malam sebelum tu nak pegi hospital ke tak, FD degil cakap takpayah. Sebabnya FD taknak duduk hospital awal awal, sah sah kena tahan lama. Sakit makin banyak, masa tu baru suruh suami pack beg untuk pergi hospital. Suami pulak terus call mertua. Sebelum tu, FD sempat lagi bersiap mandi segala.

Masa nak mandi tu baru ada tanda, darah. Memang nak bersalin dah dalam kepala FD fikir. Tapi mandi dulu lah 😂 mertua dah balik nak hantar pegi hospital, sempat FD kena bebel dari mak mertua sebab sempat lagi nak mandi bagai, haha! Masa tu dalam pukul 10 ke 11 pagi gitu. Dah siap, terus shot pegi hospital.

Sampai hospital dalam pukul 12 kalau tak silap. Pegi register, masuk kat bilik. Nurse suruh tunggu turn sebab ramai lagi yang tunggu turn nak bersalin. Sementara tunggu tu dia tanya dari skala 1 sampai 10, berapa tahap sakit. Masa tu memang FD cakap 10 lah sebab sakit ya amat. Nurse datang, cek bukaan dah 5cm. Diorang taknak tolak ke labour room lagi. Nak 8 ke 9cm baru boleh panggil doc. FD sendiri taktau bape jam tunggu doc tu. Tetiba je nurse tolak kata nak pegi labour room.

Masuk je labour room, dengar dah azan Zohor. Kejap je rupanya tapi rasa lama sangat tunggu masa tu. Masa tengah sakit tu, semua nurse duk cuba tenangkan FD. I can't calm anymore. Memang FD jerit je tahan sakit. Nurse suruh sedut gas, kata boleh kurangkan sakit. Tapi tak pada FD, alat tu nipu. Tu bagi rasa khayal je, sakit tetap ada. FD jawab gitu kat nurse. Diorang terus tak paksa sedut 😂


Doc masuk LB, FD kena bebel. Doc kata suara FD saje kat wad tu. Ah peduli apa masa tu, memang sakit gila kot. Pastu FD kata nak pegi toilet, rasa macam nak berak. Doc kata teran je, berak je sini. Rupanya baby yang nak keluar. Sebab masa tu memang rasa macam nak terberak sangat dah, macam hujung hujung rasa. Nurse pun terus panggil suami temankan FD bersalin. Alhamdulillah, baby selamat keluar pada 2:20 petang. sihat pula tu. Masa tu lega dah. Tapi tidakkk, ada benda lagi. Keluarkan uri. Macam mana la FD boleh terlupa. Ingatkan dah settle bab bersalin je, hahaha! Lama jugak nak siap segala benda termasuk jahit. Doc kata banyak jahit sebab FD ada terangkat sikit.

Dalam pukul 5 petang baru keluar dan masuk wad. Masa tu lapar toksah cakap lah. Sebab masa nak pergi hospital, FD tak sempat jamah apa apa. Minum air pun tidak. Nasib baik lah cukup tenaga masa nak meneran seketul Fayyra ni. Sampai kat katil, tengok tengok mak dengan ibu sampai nak tengok cucu. Seronoknya muka diorang. Ibu sempat tanya, camne rasa? Nak nangis rasa sebab sakit gila. Ibu cakap "itu la yang mak mak akan rasa", sambil tersenyum.

Orang kata FD mudah bersalinkan Fayyra sebab sekejap je. Masuk LB pukul 1 lebih, baby keluar 2 petang. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan FD dan Fayyra.




Masa ni umur hampir sebulan, 2 hari sebelum kena cukur kepala. 12hb September.




A post shared by Lifestyle Blogger (@ftndiana) on

Ibu dan Abi harap Fayyra membesar dengan sihat dan jadi insan yang solehah ye sayang. Jangan degil, jangan nakal 💕

You Might Also Like

17 comments

  1. Waalaikumussalam Aneda Nur Fayyra. Semoga menjadi anak yang solehah ye sayang.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tahniah ye dah bergelar ibu dah

    ReplyDelete
  3. Comelnya baby Fatin. Dari Fatin masih single sampailah dah ada baby akak kenal Fatin. Kenal sebagai blogger di alam maya.
    Akak link blog Fatin : https://safienatidlywinkle.com/bloglist

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu lah kak. bertahun dah kenal, cuma belum jumpa je. thank you kak

      Delete
  4. FD! Rasa macma tak percaya lah FD dah Kawin and dah jadi mommy pun. Welcome baby girl! xx

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha macam tak percaya jugak ni tapi ini lah realiti >,<

      Delete
  5. Kalau baca pengalaman FD memang nampak dipermudahkan sangat2.. Alhamdulillah.. comel baby..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya :) hehe mekasih

      Delete
  6. Alhamdulillah.. semoga membesar dengan sihat. Amin..

    ReplyDelete
  7. tahniah :)
    welcome ke dunia mak-mak yg penuh warna-warni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. hehe tengah sabar menempuh >,<

      Delete