Gossip: Bare Essentials by Althea

by - April 04, 2018


Assalamualaikum, hi! 😊

Kali ni FD nak share gossip terbaru. Ssshhhh! Ni bukan gosip makcik bawang ye. Kite gosip benda baik punya untuk diri sendiri. Gosip apa? Gosip tentang Althea! Company Althea keluarkan produk sendiri tau. Baru je launch bulan April ni. Biasanya Althea ni portal online produk K-Beauty. Sekarang, ada produk jenama sendiri. Congrats for them! 💝


Kat atas ni video FD unbox parcel dari Althea.

t
Dalam kotak ajaib Althea ada;
Bare Essentials Conture Cleanser
Bare Essentials Prime Water
Bare Essentials Fixer Cream
Bare Essential Mirror (limited edition)
Bare Essential coaster
Bare Essentials tester (5 pieces)



Bare Essentials Contour Cleanser bernilai RM23 / 150g per tube.
Kandungan: ice plant (menghidrat dan menenangkan kemerahan) & lemon verbana leaf (kaya dengan vitamin C dan anti-oksida untuk menguatkan kulit)

Fungsi Contour Cleanser membuang kotoran sambil meningkatkan peredaran darah untuk mendapatkan V-shape di wajah. Ia juga mengandungi mirco capsule yang boleh menanggalkan kulit mati dan membuatkan kulit merasa sejuk dan segar! Jangan main main dengan produk Althea. Boleh dapat bentuk muka slim tau lepas guna pencuci ni 😉



Packaging di seal dengan selamat. So tak perlu risau kalau masa delivery tu terpenyek ke apa ke. Lagipun Althea punya packaging confirm terbaik. Guna kotak yang tak mudah kemek atau koyak.



Tekstur seperti krim. Bewarna putih. Bila kite cuci muka, rasa fresh sangat! FD sendiri dah cuba pencuci ni dan FD suka sangat sangat!



Bare Essentials Primer Water bernilai RM43 / 200ml
Kandungan: snow lotus (melicin dan mencerahkan kulit) & patented dewdrop technology (memberi kelembapan segera)

Primer Water ni lebih kurang air magik. Sebab apa? Ianya melembutkan dan menghidrasikan kulit kite. So kulit kite takkan kering lepas guna Primer Water ni. Efek lepas apply kat muka, rasa macam balm. Haa tau kan macam lip balm? Camtu lah lembap dia.



Lock elok punya botol ni. Tak perlu nak risau kalau takde penutup lock macam ni lepas guna produk Primer Water



Tekstur macam air tapi pekat sikit. Nak kata macam gel, bukan gel sebab tekstur ringan dan halus.



Bare Essentials Fixer Cream bernilai RM50 / 50g
Kandungan: trehalose (mengekalkan kelembapan) , grean tea (menghidrat dan menenangkan) & baobab tree (agen pelembap yang tak berminyak dan menghasilkan kolagen)

Mengekalkan kelembapan sehingga 24 jam! Kulit korang akan nampak segar sepanjang hari. Tak perlu nak touch up apa apa dah 😊



Tekstur Fixer Cream ni best sebab langsung tak melekit dan takkan berminyak walaupun dah 3 ke 4 jam kat muka. Jarang ada krim yang tak melekit, kan?


Untuk dapatkan kulit yang cantik, kena lah pentingkan skincare. Makeup tu cuma menutup kekurangan kat muka je, betul tak? Sebab tu FD lebih pentingkan skincare berbanding makeup. Bila kulit muka bersih dan sihat, nak pakai makeup tu laaaagi cantik!

So far FD memang suka dengan Bare Essentials ni sebab produk dia sangat best. FD sukakan produk yang buatkan kite rasa takde apply apa apa kat muka tapi still nampak natural dan segar. Baru lah confident nak keluar rumah jumpa orang 😎


Kepada yang nak dapatkan produk Bare Essentials, boleh tengok kat socmed ini;

Website: https://my.althea.kr/
Facebook: http://www.facebook.com/altheamalaysia
Instagram: http://www.instagram.com/altheakorea

You May Also Like

14 comments

  1. menarik bare essentials ni..harga pun mampu milik tu..

    ReplyDelete
  2. rasa macam dh terjah byk blog review pasal ni...haihh takleh jadi ni kene try jugak ni :D
    follow sini #3980

    ReplyDelete
  3. Best kak....paling best semua jenis kulit boleh pakai

    ReplyDelete
  4. yeay..Kita pun baru try..best..yg cleanser dia tu, ada rasa mint2..fresh je muka lepas cuci..

    ReplyDelete
  5. kak pip suka sangat dgn water primer tu :))

    ReplyDelete
  6. waaa macam best...nak trylah guna produk ni

    ReplyDelete
  7. best guna bare essentials ni. sesuai dengan semua jenis kulit

    ReplyDelete