Personal

Kursus kahwin, Kuala Terengganu

March 26, 2018


Assalamualaikum 😊

Lama sangat senyap sebab terlampau busy dengan kehidupan ni ha. First, busy kerja. Lepas tu, busy nak kawin. Kawin?! Haa ye awak, KAHWIN. MARRY. Hehe. Senyap je blog tak update pape tetiba nak kawin.

2hb Februari yang lepas, FD hadir ke kursus perkahwinan. Buat kat Pejabat Agama Kuala Terengganu since tinggal kat sini. Kursus cuma dua hari. 2 dan 3hb Februari. Yuran untuk join kursus ni cuma RM50 seorang. Yes, kat sini masih murah. Tempat lain selain Terengganu ni FD tengok semua atas RM50. Dekat RM100 pun ada tau. Mujur kat sini masih murah. Yuran tu termasuk makan pagi dan tengah hari.


Apa yang korang akan dapat masa ikut kursus
1 fail, 1 buku Memasuki Gerbang Perkahwinan, sebatang pen, buku kecil tentang aurat dan jadual kursus.


Jadual untuk hari pertama kursus


Jadual hari terakhir kursus

Masa setiap kelas, kena tanda tangan dalam kertas kehadiran untuk pastikan korang tak miss satu pun kelas. Kalau tak cukup tanda, sijil tu kena hold. Nasib korang lah. Nasib lah tiap satu topik tu penceramah dia lain lain. Kalau takkk, memang tidur je lah korang sepanjang kursus tu. Ada penceramah yang kelakar, ada yang bosan. Tengok nasib korang lah dapat penceramah yang mana masa tu.


Akhirnya dah terima sijil kursus kahwin. YAY!

Hari terakhir kursus, sebelum bersurai tu akan diagihkan sijil masing masing.
Memang tak sabar sangat dah nak balik masa tu. Duk tunggu je orang tu panggil nama kite.


Peneman pergi kursus kahwin. Budak baru habis SPM ikut teman kakak dia pergi kursus. Peduli pulak muda ke apa ke, KAH!

Sijil takde tamat tempoh. Valid je sampai mampus pun. So tak perlu risau lah kalau simpan sijil tu 10 tahun sekali pun. Bukannya kena pergi kursus lagi untuk dapatkan sijil.

Next post, tunggu pasal kahwin pulak. Ihiks! 🙈

Btw kalau nak tengok tarikh yang available untuk kursus, boleh tengok kat sini
http://www.terengganu.gov.my/maxc2020/emunakahat/jadualkursus.php?fromfile=
Tapi yang ni dalam Terengganu je. Kalau negeri lain, korang google je kursus kahwin tempat tinggal korang. Simple je. Bukan tiap minggu ada kursus. Sebab tu kena tengok dulu tarikh yang kosong 😉

You Might Also Like

9 comments

  1. tahniah :)

    https://aerillhassan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. dpt ustaz yg ceramah best..gegar dewan kursus,..huhuh

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  4. Wah rezeki murah tu, tahniah..moga dipermudahkan

    ReplyDelete
  5. Tahniah. ☺
    Bila bakal berlangsung tu FD?
    Murahnya yuran. Dulu pergi kursus kawen thun 2012 kut di ipoh Rm80.

    ReplyDelete
  6. Kalau dapat ustaz yang pandai buat joke, memang mata takde can nak tido. Apa pun tahniah FD dah selamat jadi isteri orang. Semoga berbahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  7. Tahniah FD, moga dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
  8. Best kan pergi kursus kahwin ni..banyak ilmu boleh dapat dari kursus ni

    ReplyDelete