Food

Cadbury Chocolate Mousse and Almond Cake

October 30, 2017


Assalamualaikum 😊

Duk scroll timeline Facebook, ternampak satu dessert ni. Macam sedap je. Cari lah pulak sesape yang buat COD area Kuala Terengganu. Nasib baik jumpa. Dapat lah jugak merasa Cadbury Chocolate Mousse and Almond Cake ni.


Orang COD, balik je terus letak kat peti. Bila esok tu nak bukak, haa dah ada yang potong. Sape lagi kalau jenis tak menyabar dalam rumah ni. Si Sarah lah yang rasmi makan dulu. Dah macam rupa Pac Man je 😂


Cadbury Chocolate Mousse and Almond Cake 380g
Cadbury Chocolate Mousse Cake is baked on a naturally tasty almond base, with chocolate cream and a generous layer of smooth chocolate mousse, covered in Cadbury Dairy Milk, topped with Cadbury Dairy Milk buttons. The chocolatiest cake experience for true chocolate lovers.

Nampak dia punya layer tu? Cuma ada almond base, chocolate cream, chocolate mousse, chocolate Cadburry and topping dengan Cadburry buttons. All chocolate 😍

Bila semua layer dia coklat, takkan lah tak biasa biasa je kot rasa dia kan? Pada FD, kek coklat ni saaaaaaaaaangat sedap! Lagipun, FD ni penggemar coklat dan kacang badam. Memang kena lah dengan tekak FD bila makan Cadbury Chocolate Mousse Almond Cake ni.





Dalam dua hari je tahan Almond Cake ni.

Masa COD, kena bebel kat encik bf. Balik rumah kena bebel kat mak pulak. Tau sebab apa kena bebel? Sebab harga dia. Jangan terkejut ye kalau FD bagitau ni.

1 kotak Cadbury Chocolate Mousse and Almond Cake ni harga dia RM60. Dah macam harga 1 kek Secret Recipe. Nasib baik takde cas COD. Hehe. Tapi memang sekali tu je lah beli. Takde nak repeat dah. Hahaha! 😂

Kalau korang teringin nak beli, search je kat Facebook atau Google, lepas tu tambah lah perkataan kawasan korang. Contoh macam FD cari 'Cadbury Cake COD Kuala Terengganu'. Haa cenggitu lah korang search ye. Ni barang import, cepat saje sold out. Masa FD order haritu pun kena tunggu seminggu dua stok nak sampai kat seller tu.

Lepas ni nak try dessert apa pulak eh 😎

You Might Also Like

11 comments

  1. aaaaa mcam sedap jeeee. cod kat ig ke mne ni ?

    ReplyDelete
  2. perghh.. merecik tengok kek penuh coklat...

    ReplyDelete
  3. Cadbury coklat mouse !!
    Alahaiii..terliur CCL dibuatny kalau makan cadbury saja pun dh rasa kesedapannya .. ini pula cadbury coklat mouse . Fuhh bertuah FD dapat rasa . Hari tue ada juga nmpk kt wall fb cod kawasan CCL tapi tak sempat nak grab dh full book .

    ReplyDelete
  4. huish.. boleh tahan harga die tu ek.. tapi kalau sedap, berbaloi laa kan..

    ReplyDelete
  5. harga berbaloi ngan rasa takpe. hee.. sedap sangat tuu :)

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap tu.. merecikk tengokk hehe.. btw kalau awak nak join masih blh la.. sbb ada jugak yg lain baru hantar penyertaan.. tak sampai hati nak tolak.. tapi join sblm 1hb ye.. ikut semua syarat.. mana tahu rezeki last minit kan.. :)

    ReplyDelete
  7. Wow ada jugak jenis kek , telan ailio tengok huhu

    ReplyDelete