Safi Shayla - shampoo pilihan wanita bertudung

by - December 11, 2016


Assalamualaikum :)

Post kali ni mengenai shampoo! Yes, shampoo. Biasa kalau perempuan bertudung ni, kena jaga rambut betul betul sebab biasa pakai tudung tutup kepala, senang berpeluh tau. Lepas tu nanti mula la kulit kepala gatal gatal, rambut berbau, rosak. Macam macam masalah lah cerita dia. Rambut tu kan mahkota setiap wanita ;) sebab tu kena jaga rambut betul betul supaya rambut kita sentiasa sihat dan bermaya.


Alhamdulillah, Safi Shayla mengeluarkan shampoo yang khas untuk wanita bertudung. Ia juga diperkaya Habbatus Sauda. Dan yang terbaru, keluar dalam bentuk Safi Shayla Pek Fleksi.




"Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara"
"Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi yang pertama dalam industri shampoo. Diambil dari perkataan fleksibel iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan" - Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurusan Pemasaran SAFI

Kalau yang selalu travel tu, senang lah lepas ni. Takpayah pening pening nak fikirkan barang mandian kalau nak travel jauh tu. Bawak je SAFI Shayla Pek Fleksi, simple je :D

FD dah cuba Shampoo Safi Shayla Anti Kelemumur. Bila tengah urut urut kat kepala, sedap sangat rasa sebab rasa sejuk. Macam berangin je kat kulit kepala. Best tau! Bau pun wangi je. FD sampai berebut dengan adik sebab dia suka sangat dengan shampoo ni.


Thank you PR Salina dan Hasif sebab bagi FD merasa shampoo SAFI Shayla dan dapat shawl free dari Sugarscarf  ♥

Oh ya, shampoo ni boleh didapati dimana mana kedai atau pasar raya yang berhampiran dengan harga RM14.65 untuk setiap unit. 1 pek beratnya 480gram.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI, sila layari
www.facebook.com/SAFI.MY
instagram.com/safimalaysia
www.youtube.com/safimalaysia

You May Also Like

0 comments