IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015

by - December 15, 2015


Assalamualaikum :)



Hello there readers!!
Ada kaki selfie tak sini? Kalau ada, korang kena baca entri ni sampai habis! Jangan baca sekerat sekerat. Ada contest menarik untuk korang tau. Dah lah suka selfie, hadiah dia pulak Nikon Waterproof compact camera.

Indah Water Konsortium (IWK) kini kembali dengan ‘Selfie & Wefie Photo Contest 2015’. Pertandingan ini khas buat seluruh rakyat Malaysia kecuali kakitangan Indah Water. Dengan bertemakan ‘IWK & I’ peserta dikehendaki ‘selfie’ atau ‘wefie’ di mana-mana bangunan IWK atau bersama kakitangan IWK yang bertugas.
Pertandingan akan bermula pada 1 Disember sehingga 28 Disember ini.

Pemenang mingguan akan dipilih dan seorang pemenang bertuah daripada empat pemenang mingguan akan dinobatkan sebagai pemenang ‘People Choice Award’. Penyertaan hendaklah dihantar melalui email dan sertakan bersama Nama, Nombor Telefon, Alamat, Lokasi gambar, Email dan 'Caption' yang bersesuaian dengan gambar yang diambil. Gambar penyertaan haruslah menggambarkan imej dan mesej yang positif sesuai dengan IWK.

Hadiah Peraduan
1) Pemenang Mingguan – Voucher AEON RM300
2) People Choice Award – Nikon Waterproof Compact Camera

Contoh pemenang macam kakak ni;

Pemenang minggu pertama.

Takkan nak tengok orang lain je menang dengan selfie? Dapat voucher pun syok tu boleh shopping puas2! >,< dapat camera pun okay

Apa tunggu lagi, serlahkan kreativiti anda untuk memenangi hadiah istimewa dari IWK!!

Maklumat lanjut peraduan boleh anda layari di laman web rasmi Indah Water Konsortium atau Fanpage Indah Water Konsortium dan Twitter @iwkcomms. Juga boleh email ke iwkcontest@gmail.com :)

Entry ini menyokong usaha Indah Water Konsortium dalam usaha merawat air negara kita untuk kesejahteraan semua #iwkselfie2015 #iwkcleantheunseen

You May Also Like

0 comments