Arnab paling berat di dunia

by - April 02, 2013


Assalamualaikum,

Foto

London: Seekor arnab bernama Ralph mencipta kemasyhuran apabila menjadi arnab paling berat di dunia dengan 25.5 kilogram.
Kini berusia empat tahun, Ralph mendapat pengiktirafan itu pada 2010 sebelum tempatnya diambil alih arnab lain, Darius, yang mempunyai berat 22.2 kilogram. Pemilik haiwan itu, Pauline Grant berkata, Ralph kini lebih berat berbanding kanak-kanak normal berusia tiga tahun. “Ralph kini semakin matang dan beratnya tidak pernah dicapai sebelum ini.
“Walaupun begitu, Ralph sihat,” katanya.
Satu-satunya masalah dihadapi Pauline ialah bulunya yang sering mengganggu orang lain. Kata Pauline, pemakanan Ralph sejak sekian lama tetap sama walaupun doktor haiwan pernah menasihati supaya ia dikawal.
“Saya dapati pemakanan biasa Ralph tidak memudaratkannya,” katanya. Sebelum ini, ibu Ralph, Amy, diiktiraf Buku Rekod Guinness sebagai arnab terbesar di dunia sebelum haiwan itu mati empat tahun lalu.

Beso gila arnab ni!

You May Also Like

14 comments

  1. beratnya diaaa >.<
    tapi comey sbb nampak tembam, hihii ^^

    ReplyDelete
  2. tak dpt dinafikan memang besar.

    ReplyDelete
  3. @Cik Aida™; hehe tau takpe. tembam tu yg nampak comel :D

    ReplyDelete
  4. kalo masak arnab nie mesti sedap..hehe..(^_^)

    ReplyDelete
  5. igtkan peluk bantal! nilah padahnya klu tak bca tajuk entry..huhu.. :)

    ReplyDelete
  6. Fuish . besonyo !! arnab sepupu saya jauh lagi kecik daripada ni . beza jauh gila la ! saya boleh angkat budak seberat 20 kg max je ... tak mampu mau angkat ini arnab !!

    ReplyDelete
  7. Besarnyaaaaaaaaaa. Ralph ni ikut genetik mak dia ni, Amy ._. Kalau bulu dia putih lagi comel ^^

    ReplyDelete