Assalamualaikum 😊
Last 2 weeks FD ada update pasal pergi kursus kahwin. Bukan suka suka nak isi masa lapang tau pergi kursus tu, haha. Pergi sebab nak kawin. Umur 25 tahun baru nak pergi 😂
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, FD dah sah jadi isteri kepada Muhammad Yuslly Ezlan. Tarikh keramat 4hb Februari 2018. Bertempat di Masjid Bukit Tokbeng.
Sibuk je FD nak tengok cincin muat ke tak risau silap size sebab tak ikut sama masa beli cincin tu. Semua atas keluarga pihak lelaki yang uruskan.
FD share dengan korang gambar je lah ye. Hehe. Semua gambar guna phone adik FD si Mirul. Phone FD bagi mak je yang pegang. Pengantin kan, mana boleh pegang pape kat tangan 😂
Ini lah family FD
Nikah ni kami buat simple je. Buat mana yang penting je. Masa akad ni pun antara family je ada. Nak ajak saudara mara tu macam payah sebab semuanya kerja dan jauh. Tu pun nasib Mirul boleh dapat cuti sebab Mirul kerja kat Kuala Lumpur.

Walaupun saudara takde yang dapat hadir, FD rasa bertuah sangat ada kawan baik yang sanggup fly datang Terengganu untuk ada disamping FD masa majlis akad nikah ni. Thank you so much Mia! 😘 aku hargai sangat pengorbanan kau datang jauh jauh. Nasib baik boleh spend time lepas tu.
Mia datang pun jadi mak bidan terjun. Dia lah yang tolong inaikan jari, makeup kan muka FD. Fyi, FD memang tak suka makeup lebih lebih. Tapi memandangkan tu hari penting, kena ada seri pengantin, tadah je lah muka. Kalau tak, memang muka togel je. Mia lah penyelamat 😂
And she's part of us too. Family FD layan Mia macam family sendiri dah. Kawan dari form 1, kerap datang rumah masa zaman sekolah dulu. Tipu lah kalau tak rapat kan 😏

Masa sesi berinai. Gigih Mia tau sampai je rumah pagi tu, terus ajak berinai. Bukan nak berehat dulu ke apa ke. By the way, inai celup Baby Zara sponsor dari Mia, hehe 😁
Dan ini hasil inai celup dari Baby Zara Henna 😊
Kalau ada yang berminat nak dapatkan inai celup ni, boleh contact kawan FD, Mia.
Gambar dengan family suami takde kat FD. Ini je yang FD ada. Maklum lah, buat nikah saje. Takde nak upah photographer ke apa ke. Kawan kawan dan family kan ada 😏
Pssttt, nak tau tak jumpa jodoh ni kat mana? Kenal kat Instagram tau 🙈 bulan Mei 2017 mula kenal. Bulan Julai pulak first time jumpa. Tup tup tahun ni nikah. Jodoh kan, bukan kita boleh jangka 😊
Mintak korang doakan kami bahagia dan kekal selamanya. Amin 🙈