Aromatic Virgin Coconut Oil membantu atasi masalah keguguran rambut

October 02, 2020


 Assalamualaikum semua!

FD rasa excited sangat nak share dengan korang pasal benda best ni. Lagi lagi benda yang memang semua orang tau khasiat dan kebaikannya untuk semua orang. Ye, semua! Sebab sesuai untuk bayi sehingga lah orang yang berumur.


Produk terbaru keluaran D'Aura iaitu Aromatic Virgin Coconut Oil atau nak lebih ringkas kita sebut je AVCO. Biasanya kalau kita beli minyak kelapa lain tu memang kuat baunya kan. Tapi yang ni wangi tau tapi jangan risau, ianya campuran yang tak akan menjejaskan khasiat minyak kelapa dara.

Kandungannya 99% minyak kelapa dara dan cuma 1% je ekstrak tumbuhan semulajadi. Takde bahan terlarang ye. Semuanya natural 100%! Sebab tu jadi wangi tau. Ianya didatangi dalam 2 jenis bauan:
Floral Fresh
Morning Dew


Banyak sangat khasiat minyak kelapa dara ni tau. Kiranya untuk 1 produk ni, boleh guna untuk semua.

Khasiat AVCO:
1. Melembapkan kulit muka, tangan dan bibir
2. Merawat masalah keguguran rambut
3. Anti penuaan
4. Boleh dijadikan makeup remover
5. Melebatkan dan menyerikan rambut.
6. Mempercepatkan penyembuhan luka.
7. Mengurangkan parut jerawat atau luka.
8. Sesuai untuk ibu hamil atau yang dah bersalin
9. Bertindak sebagai tonik rambut
10. Sesuai untuk yang ada masalah eczema dan alergik.



Alhamdulillah, dah jumpa penyelesaian masalah rambut kusut anak. Maklum lah, rambut jenis kerinting ni memang susah sikit nak handle. Kena selalu sikat hari hari. Kalau tak, memang serabut lah. Lepas guna AVCO ni, tiap hari Fayyra mintak sapukan pada rambut dia. Dia pun suka sangat. Dah lah rambut makin cantik, sihat, wangi pulak tu.

Sedikit info tentang minyak kelapa dara;
Minyak kelapa dara ni boleh membeku tau kalau korang letak kat tempat yang sejuk. Kalau nak tekstur dia kembali pada asal, letak dalam suhu bilik atau rendam dengan air yang hangat. Jangan risau, khasiatnya masih ada. Takkan terjejas sikit pun.

Banyak kan khasiat untuk sebotol AVCO ni? Dah boleh jimat duit poket sebab tak perlu nak beli 3 ke 4 barang untuk lain lain kegunaan. 1 botol boleh guna untuk semua. Sebotol ni pun harganya murah sangat, cuma RM22.90

Kalau berminat nak dapatkan produk D'Aura, boleh lah tengok di website atau laman sosial media rasmi D'Aura


You Might Also Like

0 comments