Atasi masalah kulit sensitif dengan Koolit Calming Cream, Koolit Soothing Lotion, Koolit Gentle Body Wash

July 10, 2020


Assalamualaikum semua!

Sejak akhir akhir ni cuaca tak menentu kan? Tapi bila cuaca panas tu memang takbole bawak bincang dia punya panas. Sakit kulit jadi gatal gatal sebab FD sensitif sikit, takbole berpeluh nanti mula la gatal gatal kulit ni. Dengan keadaan tengah first trimester ni, ada alergik kulit pula. Mujur FD diperkenalkan dengan produk Koolit. Alhamdulillah, sedikit sebanyak ianya membantu masalah kulit FD.


Apa yang menariknya tentang produk Koolit ni, ianya boleh digunakan dari bahagian muka sampai ke kaki tau. Bukan spesifik untuk kulit badan je. Dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.

KoolitTM adalah berasaskan semula jadi dan menenangkan untuk kulit yang sihat tanpa pengelupasan kimia yang keras. Ini adalah formulasi yang cepat menyerap, diperkaya dengan ekstrak akar licorice yang telah terbukti secara ilmiah tinggi sifat antioksidan, anti-radang dan anti-mikroba, menjadikan kulit anda lembut, sihat dengan sentuhan yang menenangkan.


Koolit Gentle Body Wash (300ml) // RM45
KoolitTM Gentle Body Wash dibuat khas untuk penggunaan mandian seharian walaupun untuk kulit yang paling sensitif. Ia sangat lembut dan boleh digunakan dengan atau tanpa air. Tengok pada tekstur pun boleh nampak ianya melembapkan kulit kita sebab bukan jenis kering. Selamat digunakan pada bayi.

Kelebihan Koolit Gentle Body Wash:
Mengandungi ekstrak licorice yang membantu melegakan bengkak dan kulit gatal.
Melembapkan tanpa menghilangkan lapisan minyak semula jadi pada kulit.
Formula bebas bilas
Wangian diperakui selamat oleh International Fragrance Association (IFRA)
Mengandungi Vitamin E Asli dan Vitamin C

Boleh digunakan dari bahagian muka sehingga kaki. Sapu pada bahagian yang kite nak bersihkan. The best part is tak bilas pun takpe. Cuma lap dengan kain lembap.


Koolit Soothing Lotion (200ml) // RM35
KoolitTM Soothing Lotion adalah losyen serbaguna yang sesuai untuk penghidrasi secara pantas pada seluruh badan, termasuk wajah. Ia diformulasikan dengan minyak biji jojoba dan ekstrak licorice yang membantu melegakan bengkak dan gatal pada kulit. Tekstur tidak melekit dan tiada bau. Betul betul natural!

Kelebihan Koolit Soothing Lotion:
Penyerapan sepantas 10 saat
Tidak berminyak.
Antioksidan 40x lebih tinggi
Mengandungi Vitamin E Semula jadi
Kesan anti keradangan dan pencerahan kulit
Perubahan ketara dalam masa 4 minggu

Boleh digunakan dari muka hingga kaki. Sesuai untuk kulit normal dan kulit kering. Lembut pada kulit bayi.


Koolit Calming Cream (100ml) // RM48
KoolitTM Calming Cream adalah direka untuk memberikan pelembapan pada kulit yang kering, sensitif dan iritasi. Ia diperkaya dengan ekstrak licorice untuk memberikan bantuan menenangkan secara cepat untuk kulit yang mengalami iritasi dan tekanan dengan persekitaran.

Kelebihan Koolit Calming Cream:
Penyerapan pantas
Tidak berminyak
Antioksidan 40x lebih tinggi
Mengandungi Vitamin E Semula jadi
Minyak zaitun memberikan kelembutan pada kulit
Kesan anti keradangan dan mencerahkan kulit
Perubahan ketara dalam masa 4 minggu



Produk Koolit diyakini HALAL dan berkualiti tinggi. Diperakui oleh HACCP dan produk yang berasal dari Malaysia. Support produk local!

Produk Koolit boleh didapati di farnasi berhampiran seperti Watson dan jugak boleh dibeli secara online di Shopee dan Lazada


Website: https://www.mynaturaloption.com/
Facebook: https://www.facebook.com/koolitmy/
Instagram: https://www.instagram.com/koolitmy/

Shopee: https://bit.ly/363jknG
Lazada: http://bit.ly/2VT0AUX

You Might Also Like

2 comments

  1. Terbaik produk koolit nie.. ramai dah mencari

    ReplyDelete
  2. Tahniah preggy.. koolit ni mmg best sgt pakai. Akak bawa pergi travel n balik kampung

    ReplyDelete