Pilih Tadika dan Taska dengan mudah di laman web Explore @ Anak2U

November 26, 2019


Assalamualaikum dan hai!

Sekarang dah masuk musim cuti sekolah, anak anak pun duk relax lah kan tak payah nak pegi sekolah dah. Baru baru ni result UPSR pun dah keluarkan. Esok lusa pelajar nak jawab SPM pulak. Good luck pada pelajar yang akan menduduki SPM.

Walaupun persekolahan dah tamat, ibubapa yang ada anak kecil, yang akan mula sekolah tadika/taska mesti dah sibuk fikirkan anak nak masuk taska mana, tadika mana, mana yang terbaik, paling bagus. Betul tak? Nak sekolah tahun depan pun, tahun ni dah kena prepare awal lah. Ada jugak yang prepare setahun awal. Maklum lah, risau kuota dah penuh.

Mujur lah ada laman web Explore @ Anak2U ni. Apa yang ada kat laman web ni? Apa yang specialnya dia? Haa, laman web ni sesuai bagi ibubapa yang jarang ada masa terluang untuk cari tadika dan taska untuk anak anak. Mudah sangat bila semuanya dihujung jari je.



Mula mula korang boleh pilih kat option yang tersedia di Explore @ Anak2U; pilih negeri, kategori dan status. Status ni ikut pada korang nak tengok yang recommend ke, top view ke, ikut kepuasan hati. Kalau taknak search dari situ pun takpe sebab boleh jugak tengok kat Tadika dan Taska Pilihan Anak2U.



Tadika dan Taska Pilihan Anak2U ni menggunakan aplikasi dan sistem pengurusan Tadika Taska Anak2U. Ia membolehkan ibubapa akses ke;
Laporan Digital
Laporan pemantauan dan perkembangan anak anak secara digital melalui aplikasi Anak2U.
Pembayaran Mudah
Bayar yuran secara online lebih mudah melalui aplikasi Anak2U. Jangan risau, resit dan invois pun akan dapat dalam aplikasi.
Pembelajaran Digital Lebih Menarik
Anak anak boleh belajar secara digital yang lebih menarik melalui aplikasi ketika di rumah ketika musim cuti sekolah.
Komunikasi Mudah
Komunikasi antara ibu-bapa dan guru akan jadi lebih mudah melalui fungsi pengumuman aplikasi Anak2U.
Pengurusan Lebih Teratur
Tadika dan taska mempunyai pengurusan yang lebih teratur melalui sistem pengurusan Anak2U, solusi alaf baru secara 'paperless'. Selamatkan alam sekitar kita dengan jimatkan penggunaan kertas! 🍃
Akses Bahan Pengajaran
Guru dan ibu-bapa mempunyai akses bahan pengajaran dan pembelajaran Anak2U, didikan awal tidak berhenti di sekolah sahaja. Jadi boleh lah belajar di rumah juga.

Laman web Explore @ Anak2U juga memudahkan ibubapa untuk mencari tadika dan taska dalam masa yang singkat. Mereka menyediakan 3 kaedah mudah untuk mencari tadika dan taska yang diingini. Kaedah pertama, ibubapa boleh mencari taska dan tadika yang diingini di laman web ini. seterusnya ibubapa boleh mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai tadika dan taska yang dicari. Ini akan memudahkan ibubapa untuk membuat keputusan yang tepat tanpa ada perasaan takut atau was-was untuk anak mereka. Setelah memastikan tadika dan taska yang dipilih, ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka di taska dan tadika tersebut dan pihak tadika dan taska akan menghubungi ibubapa untuk memberi maklum balas mengenai pendaftaran tersebut.

Untuk tahu lebih lagi info lanjut, korang boleh terus ke laman sesawang dibawah;
Laman web: https://explore.anak2u.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/anak2uofficial
YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=p5922xLnPLo

You Might Also Like

3 comments

  1. Baguskan afa app mcm ni ianya mudahkan lg ibubapa dan guru dlm penfurusan anak mereka

    ReplyDelete
  2. Bagus ada app ni. Memudahkan urusan ibubapa untuk mencari tadika/ taska untuk menghantar anak2 mereka ke sana

    ReplyDelete
  3. Mudahnya ada website macam ni. Tak susah dah nak cari tadika lepas ni

    ReplyDelete