Family

Kali Pertama Fayyra ke Zoo - Mini Zoo, KL Tower

September 28, 2019

Assalamualaikum


Last few weeks FD bawak Fayyra balik kampung lagi. Kemain kau kampung kat Kuala Lumpur 😆 tu pun saje lah balik sebab suami izinkan. Suami tak ikut sebab kerja, takboleh nak cuti lama. Sampai KL ada saje plan nak berjalan. Salah satunya pergi Mini Zoo di Menara Kuala Lumpur atau orang panggil KL Tower. Tu pun pakngah Fayyra lah yang nak sangat bawah anak buah dia pegi zoo.

Masuk je dalam Mini Zoo terus jumpa burung. Banyak gila okay. Tapi ada 1 je burung yang takbole pegang sebab staff situ kata dia akan gigit. Burung yang lain tu okay kalau nak ambik gambar sambil letak burung kat bahu atau tangan.

Tak ingat apa nama monyet ni 🐒

Masuk lorong burung, banyak gila burung cantik kat situ. Warna oren, kuning, hijau. Semua warna terang terang. Kecik kecik je semuanya.


Fayyra pulak tak pandang camera. Sibuk tengok burung.

Yang ni burung pulak tak tengok camera, sibuk makan 🐦

Shoooo pwetty

FD tak berani nak bagi makan sebab Mirul kata sakit masa burung tu cengkam.
Masuk lorong burung tu akan ada staff offer tabur makanan burung kat tangan kite. Awal awal lagi FD kata "No no". Hahahaha! 😂


Guinea pig ni comel gila k! Rasa macam nak bela je sekor.

Image may contain: 5 people, including Ina Lia and Normaznita Alias, people smiling, people sitting, child, dog and outdoor

Sebenarnya banyak je lagi haiwan dalam zoo ni tapi kite tak rekemen lah mommies yang nak bawak anak guna stroller sebab banyak naik turun tangga. Nama pun Mini Zoo, takde lah macam Zoo Negara tu. But still banyak jenis haiwan lah boleh jumpa. Setakat santai santai tu okay lah.

Lastly masuk kedai cenderahati tapi tak beli apa pun. Biasa lah, harga nauzubillah 🤣 beli snack je lah untuk Fayyra sebab nampak macam lapar lepas tengok haiwan.

Harga tiket masuk ke Mini Zoo, KL Tower
Image may contain: one or more people and text
Next trip pakngah Fayyra nak bawak gi Aquaria KLCC pulak, hehe. Syok ler jadi ibu ada anak kecik ni. Boleh selit gi jalan jalan sebab pakngah dia yang belanja 😜


You Might Also Like

6 comments

  1. Wahh macamm best je... kena pergi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe best bila tengok budak2 pun semangat nampak binatang

      Delete
  2. wah..bestnya..lama xg jalan2 kat zoo..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe FD pun lama tak gi. ni pun mujur adik nk bawak

      Delete
  3. seronok lah fayyra dapat jalan jalan pergi mini zoo. mini zoo ni pun macam okay untuk kids kan.

    ReplyDelete
  4. jinak2 juga tu burung2 tu mau hinggap. eheh kanak2 mesti suka mai sini
    kita yang dewasa pun suka =D

    ReplyDelete