Burger paling best kat Harley's Burgers and Roasters

September 23, 2019


Assalamualaikum



Katanya Harley's ni baru bukak cawangan ke dua kat Cyberjaya. Kebetulan masa tu FD singgah rumah kawan kat Kota Warisan, boleh lah ajak dia sekali pegi makan kat Harley's Burgers and Roasters.


Banyak gila tau pilihan menu yang ada. Terpampang besar kat belakang cashier.

Kat Harley's ni yang paling best burger diorang. Sebelum order tu borak kejap dengan manager tanya apa yang paling hot, katanya burger cowboy style. Ada pilihan 2x2 sampai lah 5x5. 5x5 dah tentu lah besar gila sampai 5 patty. Sape boleh habis weh burger besar gila. Japgi FD share apa yang FD order. Meh cuci mata tengok interior design kat Harley's.


Ni kawasan barista buat kopi.


Kawasan yang luas.


Siap boleh belajar jenis kopi tau. FD duk baca je haritu sambil tengah makan burger sedap, hehe.


Tak sabar nak makan!


Ini yang FD order



Chicken Burger
Isi ayam dia sangat padat dan tebal. Seriously FD kata, memang sedap! Sos dia pun unik. Biasa FD memilih sikit jenis burger ni lagi lagi rotinya. Yang ni roti dia pun ngam. Tak terlalu lembik tak berminyak, sangat nice. Salad pun fresh.


Ini burger kawan FD, 2x2 cowboy style.
Patty dia agak nipis tapi rasanya memang sedap. Yang ni pun ada sos dia tersendiri. Resepi Harley's sendiri. Diorang tak guna sos atau bahan yang ready made. Semuanya diorang akan bancuh and buat sendiri. Patty 2 keping biasanya kawan FD boleh habis sorang tapi kali ni FD join sikit nak rasa. HAHA! You guys should try this cowboy style burger too. Confirm akan rasa nak repeat lagi.

Pada korang yang nak cuba, boleh pegi kat cawangan Harley's

Facebook: https://www.facebook.com/HarleysMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/harleysmalaysia/

Location: Third Avenue, Cyberjaya
Contact: 03 86896227

Location: DC Mall, Damansara Heights
Contact: 03 27703588

You Might Also Like

15 comments

  1. perghhh sedap tuuu FD...jauh nauuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tau takpe. jauh tu dari Terengganu kite gi

      Delete
  2. Tak pernah cuba. Nampak sgt menarik. Harganya macam mana? Adakah macam Burger lab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burger Lab pun kite tak pernah gi. Harga macam mcd cuma ala carte. bukan set dengan air

      Delete
  3. Menarik...
    Tempat nyer pun santai tapi ekslusif :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss, tempat dia pun best kalau ambik gambar

      Delete
  4. sedap.... xde rezeki nk mkan sbb jauh hehe

    ReplyDelete