Karnival Kewangan Terengganu 2019

by - April 10, 2019




Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama institusi kewangan telah menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April 2019 di TH Hotel & Pusat Konvensyen Kuala Terengganu. Karnival ini merupakan siri kelima selepas Karnival Kewangan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Kedah.


Karnival yang bertemakan “Utamakan Keperluan Kewangan Anda” ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perkhidmatan dan produk kewangan, celik kewangan dan memperkukuh tahap pengurusan kewangan masyarakat dengan memberikan penekanan pada kecenderungan masyarakat setempat.

Satu siri jerayawara yang diberi nama “Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan” telah diadakan sebelum berlangsungnya Karnival sebagai usaha untuk mempromosikan Karnival ini. Melalui jerayawara itu, masyarakat tempatan tanpa mengira usia ditawarkan pelbagai perkhidmatan dan nasihat kewangan seperti tip mengenali ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia, amalan pengurusan kewangan yang baik, pembukaan akaun bank, cetakan laporan CCRIS dan pendaftaran eCCRIS. Jarak perjalanan sejauh 1,200km yang meliputi 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan telah memberikan manfaat kepada lebih 3,000 orang.




Pada 4 April 2019, Karnival ini dihadiri oleh Y.A.B Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Semasa lawatan Y.A.B Dr. Ahmad, pelancaran laman sesawang MyWakaf dan Gerbang Pembayaran MyWakafoleh Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) juga berlangsung.


Di samping itu, BNM mengadakan beberapa sesi dialog dengan perniagaan tempatan, komuniti kewangan, agensi-agensi kerajaan dan pelajar-pelajar universiti yang dipengerusikan oleh Penolong Gabenor Abu Hassan Alshari Yahaya dan Penolong Gabenor Adnan Zaylani Mohamad Zahid. Melalui sesi dialog tersebut, maklum balas positif, cabaran dan pendapat mengenai perkembangan yang memberikan kesan kepada wilayah Pantai Timur turut dikongsi.



Karnival Kewangan Terengganu menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada lebih 18,000 pengunjung dari Pantai Timur. Karnival ini disertai lebih 40 institusi kewangan dan agensi kerajaan yang mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing serta menyediakan khidmat nasihat kewangan dan akses pembiayaan. Seramai 1,800 pengunjung telah mencetak laporan CCRIS untuk menyemak status kredit dan mendaftar perkhidmatan eCCRIS. Karnival ini turut merekodkan lebih 16,000 khidmat nasihat kewangan dan kira-kira 4,000 transaksi kewangan bernilai lebih RM25 juta telah berjaya disempurnakan.

Para pengunjung mendapat manfaat daripada taklimat tentang topik-topik seperti pembiayaan PKS, Skim Cepat Kaya, pengurusan hutang yang berkesan pada perspektif Islam, e-pembayaran, perlindungan insurans/takaful, Forum Perdana Ehwal Islam serta sesi perkongsian bersama usahawan berjaya seperti Caprice, Yaya Kuih Bulan dan Raw Denim House.

Karnival Kewangan ini adalah satu kerjasama antara Bank Negara Malaysia dengan industri kewangan, dan merupakan salah satu batu loncatan yang penting bagi meningkatkan lagi tahap celik kewangan di Malaysia

You May Also Like

12 comments

  1. tak pernah pergi Karnival Kewangan. sure banyak info bermanfaat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat banyak! best pegi karnival macam ni

      Delete
  2. Bagusnya ada Karnival Kewangan ni, selain dari aktivit tu ada nasihat kewangan seperti tip mengenali ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia juga.. bagus untuk mereka yang belum tahu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, FD sendiri baru tau banyak info yg berguna.

      Delete
  3. wah sekarang karnival kewangan dah tour satu malaysia ke? ingat lagi BBL pergi karnival kewangan pertama kat pwtc hari tu. best untuk expose ilmu pasal dunia kewangan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye BBL. makin meluas karnival kewangan pasni.

      Delete
  4. Bila nak ada karinval macam ni kat Kl boleh kita datang hehehe sebab banyak nak tanya pasal duit ni wakakakakak kita banyak sangat hutang nak kurangkan hutang jer sekarang ni..

    ReplyDelete
  5. Bukan senang nak dapat ilmu pasal kewangan macam ni secara terbuka kan. Untung betul sapa yang ambil kesempatan untuk pergi sini dan ceduk segala ilmu yang ada

    ReplyDelete
  6. wOW this carnival is very informative to all in east coast. I hope that they will do

    ReplyDelete
  7. Bagus ada event macam ni. Sebab nak belajar jaya kewangan paling berat sekarang ni. Banyak dugaan. Online shop la. Masalah dan kecemasan la. Kemudian keinginan makan besar lg. Hahaha. Omaigod. Bertabahlahhh.

    ReplyDelete
  8. Karnival kewangan macam ni dia memang buat kat terengganu aje ke? Ke nanti akan di buat jugak kat negeri lain? Ini inisiatif yg baik. Elok kalau dia buat kat semua negeri.

    ReplyDelete
  9. ruginya rabia x pergi.xdpt nk hadir

    ReplyDelete