Event

Bank Negara Malaysia Menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu

March 14, 2019



Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak, dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment).


Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelsaian kewangan.


Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, pocket talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.

Selain itu, siri jerayawara (roadshows) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Roadshows ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac.


You Might Also Like

0 comments