Assalamualaikum, haiii 😊
Lepas dah kahwin, FD pun berhenti keje dah. Alaa keje jurujual je. Tapi tu lah, rasanya nak fokus dalam rumahtangga dan blog je. Taknak keje luar. Baru lah banyak masa dengan suami, tak gitu? Hehe 🙈
So, saje lah plan nak bercuti kat Pulau Perhentian. Yelah, tinggal kat Terengganu dari 2012 tapi sekali pun tak pernah jejak kaki kat pulau yang hot tu. Nak tunggu family bawak, memang lambat. Abah sibuk dengan keje sampai takde masa nak berjalan jauh. Takde lah jauh mana. Dalam Terengganu jugak, ye dak? Bila dah kawin ni, senang sikit nak bergerak ke mana mana. Nasib dapat suami yang melayan je kerenah isteri 😂
FD pegi Pulau Perhentian ni tak beli pakej pun. Cuma booking hotel je. Tu pun booking kat booking[dot]com. FD lagi prefer booking situ je sebab lagi murah dari yang lain. Atau korang ada cadangan website lain yang lebih murah? Just drop kat komen kalau ada 😉
FD booking bilik kat Flora Bay Resort. Situ je deal paling murah untuk 3 hari 2 malam. Untuk 3 hari cuma RM296.80 termasuk GST. Tak sampai RM300 tau. Makan tu sendiri lah sebab tak termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dengan makan malam. Tu semua sendirian berhad, hehe. FD book hari biasa, bukan waktu cuti sekolah. Sebab tu murah sikit rasanya. And duit tambang bot nak ke pulau tu RM60 seorang. Nombor telefon FD tak ingat nak save tapi ingat nama bot tu Belalang Holiday. Kalau rajin korang search lah. Pastu ayat sikit kot boleh dapat murah sebab kebiasaannya tambang bot harga dia RM70 seorang.
Kat sini FD share dengan korang gambar bilik Flora Bay Resort.
Bilik katil double. Mengadap pantai 🌊
Dalam bilik ada kipas dan aircond. Also ada meja solek dan almari (terlupa nak ambik gambar). Siap ada peti sejuk kecik tu tau. Cuma 1 je lah, takde televisyen dalam bilik. Nama pun bercuti nak berehat kan. Rehat betul lah kepala otak. Phone pun takde usik mana setakat nak tengok jam je.
Toilet memuaskan. Tak kotor. Bersih je. Siap ada water heater tau.
Gambar luar bilik FD tak ambik. Terlupa jugak. Terlampau asyik tengok air pantai. Tapi FD share gambar dari Google lah ye
Full view dalam bilik tapi bilik kami takde karpet tu lah 😓
View luar bilik
Sampai je pulau duduk lepak kat buai kejap ambik angin.
Cantik sangat view kat Pulau Perhentian ni.
A post shared by Fatin Diana (@ftndiana) on
Best sangat masa kat Pulau Perhentian tu. Orang tak ramai mana masa FD dengan suami kat sana. Kami checkin sana 7hb Mac hingga 9 Mac 2018. Rabu, Khamis Jumaat. Yang ada masa tu ramai pelancong je. Oh ya, Flora Bay ni kat Pulau Perhentian Besar. Pulau ada 2 jenis. 1 lagi Pulau Perhentian Kecil. Kat sana bebas sikit lah, berbeza dengan Perhentian Besar. Maksud FD bebas ni ada aktiviti bebas. Faham sendiri lah bebas yang macam mana. So tak sesuai lah dengan kitorang jenis nak ambik mood berbulan madu ni 😉
Bab makan kat sana memang kena standby RM15 paling koman untuk sekali makan. Nasi goreng harga dalam RM7-9 macam tu. Kat sana FD kerap order milo ais je. Segelas Milo ais RM6. Gelas besar boleh tahan lah. Nasib habis. Kalau breakfast kongsi je dengan suami sebab memang jarang sarapan pagi. Hari ke tiga pun tak keluar breakfast. Membuta je sampai nak checkout 😂 liat weh nak bangun tidur sebab sana pagi pagi pun sejuk je rasa. Tak panas mana pun. Pasang pulak aircond. Taknak lepas bantal. Tapi nak taknak, kena jugak checkout. Tak memasal kena extra charges tambah sehari pulak. Mana nak cekau duit. Bukan ada ATM kat pulau 😂
Kos bercuti kat Pulau Perhentian:
Bilik double bed - RM300
Makan - RM100 (for 2 person, bukan sorang ye)
Tambang boat - RM60 per person