Hadiah

Pengalaman beli hadiah di Printcious

March 31, 2018


Assalamualaikum 😊

Kali ni FD nak share dengan korang, kat mana boleh dapatkan hadiah yang sangat unik. Kenapa unik? Sebab kita boleh hias atau decorate hadiah tu ikut citarasa kita sendiri. Bila lain daripada yang lain, baru lah rare kan? Takde lah hadiah kita sama dengan orang lain. Takde lah nak pening kepala nak beli apa untuk hadiah harijadi, hadiah anniversary, hadiah konvo atau apa apa je lah.

Korang boleh beli hadiah di Printcious.

Ada macam macam benda tau korang boleh order. Antaranya baju, cawan mug, photo canvas, casing phone, keychain, puzzle. Banyak lagi lah yang ada! 😉

FD pilih Printcious untuk beli hadiah kawan FD

Nak pilih kategori kawin, takde gambar kawin lagi masa tu sebab wedding dia 30hb September 2017. Kita nak order awal, so pakai gambar dia dengan tunang dia lah (sekarang dah jadi husband dia ya)
Untuk mug, ada 2 jenis. Mug biasa dan mug magic


So, FD pilih magic mug! Walaupun pink, okay lah kot. Sebab letak gambar diorang berdua 😄


Kalau nak tau, Printcious rajin buat offer and bagi code voucher tau. So kalau kena time tu ada discount banyak, memang ngam lah. Tau tau je takde bayar apa. Hehe 😂
Harga asal untuk 1 mug magic ni RM57. Postage mana mana pun fixed, RM10. Jadi total semuanya RM67. FD ada code voucher, so jadi PERCUMA je. Kena pandai pilih time tau untuk shopping ni 😎

A few days later, barang pun sampai. FD tak ingat nak ambil gambar. Tapi kualiti memang okay tau. Mug ni sah sah kaca, so dia tak pecah masa waktu delivery tu. Printcious punya packaging memang okay, no worries. Dijamin selamat barang tu sampai depan rumah.

Masa wedding tu, FD pun dah bagi kat kawan FD. Dah lebih 2 minggu camtu, baru dia tau rupanya FD bagi mug magic. Dia fikir mug hitam biasanya. Hahaha! 😂 padahal dia pakai mug tu almost everyday kot. Dia taktau langsung. Lepas tu, FD mintak dia recordkan masa dia nak tengok ke'magic'kan mug tu. Hentam je lah perkataan tu 😅


Dengar suara dia? Kemain excited tau bila nampak gambar dia dengan si suami


She sooooooo happy with the gift 💝
Terima kasih Printcious atas servis yang bagus dan kualiti produk yang baik.


You guys boleh cuba tengok tengok kat link bawah ni kalau berminat nak tempah hadiah yang unik untuk tersayang tau 😉

You Might Also Like

14 comments

  1. Wah, betul-betul magic mug tu...

    ReplyDelete
  2. cantik sangat mug tu... MZ pun berpuas hati dengan service printcious

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? servis laju, printing pun lawa

      Delete
  3. wow2..menarik ni..:)

    Kita balas bw awak..hihi

    ReplyDelete
  4. CCL ada saru magic mug ni dri printcious . Memang teruja sangat dengan mug ni .. letak je hot water ...maka akan keluar magic dia .hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sama la semangat je tengok jadi magic

      Delete
  5. hahaha comelnya mug tu. Kalau Alja beli ni kena buli dgn anak buah je sebab doplohhh pat jam suruh buat kang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kena beli sorang satu lah gitu

      Delete
  6. wahhhh excited kite tunggu magiknya keluar bile.hahhaha..

    ReplyDelete