Friday, 27 January 2017

Sephora x Clinique - portal shopping online yang AWESOME!


Assalamualaikum! :)

Panjang pulak rasa tajuk post ni. hehe :D
Lama tak shopping online rasanya sebab kite dah malas bazir duit untuk benda kehendak ni. Keperluan je lah yang penting, ye tak? Tapi kalau untuk kecantikan diri sendiri, kira masuk kategori keperluan boleh tak? Ihiks! >,< bukan selalu pun beli benda kecantikan untuk diri sendiri melainkan dapat barang percuma. KAH! Untung lah badan dapat merasa orang bagi barang free.

So this time, kite beli barang keperluan untuk penjagaan kulit. Gituuuuu. Bukan melaram lawa lawa sebab kite bukan jenis pakai makeup. Cuma sejak kerja opis dulu, member pesan calit lah warna sikit kat muka biar tak nampak pucat. Sejak tu lah berjinak sikit sikit dengan alat alat lukis kat muka ni. Hehe :D

Baru baru ni FD usha lah website Sephora. Tengok produk Clinique ni boleh tahan jugak harga. Lepas tu tengok pulak feedback pengguna, not bad lah rating untuk produk tu. So FD pun buat keputusan untuk cuba beli barang melalui http://www.sephora.my/

Sephora

FD mula submit order pada 14 Januari 2017, tengah hari. Kat dalam order tu tulis estimate dalam 2 minggu. Start post out pada 17 Januari 2017, tengah hari. Lepas 3 hari baru diorang post item kite. Tak lama lah tunggu tu :) dapat parcel pulak 19 Januari. Agak dalam seminggu je boleh dapat parcel. Ingatkan lama macam beli barang kat China sampai 2 minggu. Hihi! Servis delivery pun bagus. Tak delay.


Untuk pengetahuan korang, parcel ni post dari Singapore :)


And TADAAAA! Ni lah hasil yang FD beli
Packaging okay, sebab ada bubble wrap. Banyak okay, bukan sikit. So memang selamat lah item korang. Takde lah masalah parcel koyak ke, pencuci bocor tertumpah ke. Overall TERBAIK!
Mirenesse tu free gift
1 benda yang best masa korang shopping kat Sephora ni, boleh pilih nak free gift apa. Tapi semuanya dalam bentuk travel kit atau trial lah. Mana ada orang bagi full pack for free >,<

Ini sepatutnya jadi main point untuk blog post ni. Hehe
Clinique pep-start eye cream (15ml)
Yes, ini lah produk penjagaan mata dari brand Clinique. FD jadi tertarik nak beli sebab tengok testimoni semuanya bagus. Maklum lah, FD ni ada masalah sikit. Eyebag sebab keturunan mungkin. Tak salah untuk kite cuba, kan? Mana tau berkurang ke gelap bawah mata ni. Benda kecik ni harga RM130. Biasa benda mahal ni menjadi. Kite tawakal lah ye. Hehe :D
InshaAllah akan update lepas beberapa hari penggunaan. Mana tau kot gelap bawah mata ni hilang. Cuba je lah dulu :)
Btw cara guna, bulat muncung tu kena tarik dulu. Baru lah krim tu boleh keluar. Packaging okay sebab pentingkan kebersihan and tak membazir gitu. Yelah mana tau kalau yang ada anak kecik, main picit picit pulak. Mau bising owner krim ni sebab beli mahal, kena main dek budak kecik pulak kan. Lepas apply krim tu, boleh tekan balik bagi lock gitu. And benda ni kecil comel je, mudah dibawa kemana sahaja :)


Selain tu, FD beli Clinique Chubby Stick Intense Moisturizing Lip Colour Balm (colour - Plushest Punch)
Okay, FD ni susah sikit nak pakai lipstick sebenarnya. Paling koman pun pakai lipbalm yang takde warna. Sebab tak berani lah pakai yang colour ni. Takde self confident kot. Tapi disebabkan warna dia macam menarik, FD cuba lah beli. Nasib baik rasa macam biasa biasa je. Macam sesuai dengan warna kulit FD ni.

Kemain pink kau xD
Lip colour balm ni best sebab tak melekit kalau terkena kulit kita. Biasa kalau jenis lipbalm kena kulit, macam melekit licin licin gitu kan. Tapi ni tak. Cuma mudah tanggal la kalau kita makan makan. FD pakai tahan lama sikit sebab time makan tu dok adjust, Hehe. Adik FD je sebelum malas, lipstick dah nak pudar. Memang cantik warna ni. FD suka :)


Clinique Liquid Facial Soap (Mild) 200ml
Yes, beli pencuci muka. Sebenarnya FD dah lama tak pakai pencuci muka. Nasib lah kulit bukan jenis bermasalah naik jerawat berjemaah ke apa ke. Tapi sekali pakai pencuci ni, ya Allah lembutnya kulit. Pastu kulit jadi lembap. Best sangat sangat! Biasa kalau kite cuci muka, time bilas muka tu dia macam kesat, kulit tak moist. Tapi yang ini sangat best! FD baru try 2 3 hari. Kalau kulit makin okay, memang kite teruskan je lah pakai produk ni. Berbaloi dengan harga. Dont worry, ni plastik. Bukan kaca. Nampak macam kaca, kan? Nice lah packaging. Jenis pam punya.

So far FD sangat berpuas hati dengan servis Sephora. Delivery laju, packaging bagus, item pun best!

Kepada yang nak shopping produk Clinique, mesti tengok kat sini! Harga berbaloi dengan barang tu. Korang tak akan menyesal punya. Gerenti! :D

Monday, 23 January 2017

Portable Luggage Storage Bag




Material ; Nylon + Polyester
Colour ; Mint Green Or Pink ( Refer to photo)
Size ; 38 x 27 x 16cm-15 x 10.6 x 6.3inch
Price: RM30 SM // RM34 SS

Contact:
011 33765 321
ftndiana@ymail.com


Monday, 9 January 2017

Passion D'Tox dah sampai!


Assalamualaikum :)


Haritu, FD join Giveaway SAYA NAK KURUS SECARA SIHAT DENGAN PASSION D'TOX! dan alhamdulillah, FD salah seorang pemenang giveaway tersebut. Gigih tau nak kurus. Padahal bukan gemuk mana cuba bentuk badan kite macam buah pear. So mesti korang paham nak kurus bahagian mana >,<

Bukan baru harini dapat parcel. Tapi 26 Disember 2016. Hihi. Lambat update. Lama sangat dah bukak blog rasanya. Sibuk tak sibuk lah.

Ni sedikit info tentang Passion D'Tox!

Siapa yang perlu cuba produk Passion D'Tox? Produk ini sesuai bagi mereka yang:
sukar menurunkan berat badan
mengalami masalah sembelit
sering cepat berasa letih dan hilang tenaga
memiliki masalah mulut berbau (petanda bagi masalah pencernaan)
mengalami masalah kulit seperti gatal-gatal, alergi, jerawat dan sebagainya akibat terlebih toksin dalam sistem badan 

Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk Passion D'Tox, sila ke laman rasmi berikut: http://passiondtox.com

Apa pun, terima kasih Ayuni :)