Product Review

Review: Tropika Face Cleansing Oil

November 30, 2017


Assalamualaikum 😊

Dapat parcel dari Tropika Skin Care HQ bulan lepas

Siap ada surat cinta dari Tropika Skin Care HQ tau. Ihiks! 🙈
Packaging produk ni okay, banyak sangat balut. Hehe


Pembersih wajah yang dirumuskan khas menggunakan minyak kelapa dara, ekstrak akar licorice, dan vitamin E yang mempunyai 3 dalam 1 fungsi; untuk MENGHAPUSKAN, MEMBERSIHKAN dan MELEMBAPKAN kulit agar kulit lebih segar dan lembut.
Bahan utama untuk produk Tropika Face Cleansing Oil ni adalah minyak kelapa dara. Ini first time FD cuba produk yang guna minyak kelapa dara tau. Jom tengok khasiat lain pulak.

Virgin Coconut Oil (VCO) - A great natural moisturizer. Contains lauric acid which is popular with its antimicrobial and disinfectant properties, helping to keep pores clean and prevent blemishes.

Vitamin E - Conditions the skin, great for diminishing fine lines, wrinkles, and spots.

Licorice Root Extract - Contains glabridin which helps to diminish the appearance of dark under eye circles, discoloration and age spots. Traditionally used for skin brightening.

Oilve Oil Esters - An additional cleansing agent which is safe to be used around the eyes. It offers anti-inflammatory properties and help to curbing the excessive production of oils.


Apa itu Tropika Face Cleansing Oil?
TROPIKA Face Cleansing Oil diformula dari bahan semula jadi, yang terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi. Ia adalah pilihan pembersihan yang sangat baik untuk semua jenis kulit, mencuci minyak sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Pembersih dirumuskan menggunakan VCO, Licorice Root Extract dan Vitamin E yang mencipta fungsi 3-dalam-1; mencuci mekap, membersihkan dan melembapkan kulit untuk kulit segar. Kombinasi yang unik dengan ekstrak likuoris membantu mengurangkan garis dan bintik halus, dan memperbaiki tona kulit. Formula khas ini juga selamat digunakan pada kulit sensitif.
Diuji di bawah kawalan dermatologi.
Cruelty FREE, Paraben FREE and Fragrance FREE.



Penutup pecah sikit je. Tapi pump masih berfungsi dengan elok 😊



Tekstur Tropika Face Cleansing Oil ni semestinya dalam bentuk cecair atau minyak yang sebenarnya. Dah nama pun oil, kan? Jadi, bila kita cuci muka, memang takde buih.

Cara penggunaan;
1. Sapukan pada kulit kering. Urut dalam bulatan.
2. Tambah sedikit air untuk menghasilkan emulsi susu dan teruskan urut.
3. Bilas dengan air sehingga bersih.


Personal testimoni;
Dah sebulan FD pakai dan alhamdulillah, memang sangat sesuai dengan kulit ni. Biji biji kat dahi pun makin kurang. Taktau nak kata jerawat ke apa kat dahi ni. Parut kat dahi pun makin pudar. Suka sangat! ♥

Waktu penggunaan;
Cuci muka dua kali sehari. Pagi dan malam sebelum tidur.
Atau setiap kali nak cuci mekap


Tropika Skin Care HQ tengah buat promosi untuk produk Tropika Face Cleansing Oil ni tau! Banyak jimat, free postage pulak tu. 1 botol isinya 100ml. Boleh tahan dalam 2-3 bulan macam tu.
Harga:
RM 69.90
RM42.00

Alamat:
Tropica Beauty Sdn Bhd (913440-M),
53 & 54, Jalan Indah 10E,
Taman Perindustrian Selayang Indah,
BB Selayang, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Nombor telefon:
017-357 1591

Email:
sales@tropikaskincare.my

https://tropikaskincare.my/
https://web.facebook.com/TropikaskincareHQ/
https://www.instagram.com/tropikaskincarehq/

You Might Also Like

4 comments