Thursday, 15 June 2017

Althea's Raya Giveaway Festival


Assalamualaikum :)

Nak dekat Raya ni, makin banyak offer yang menarik. Dan tak terlepas juga dari Althea. Cuba klik Althea's Raya Giveaway Festival. Althea buat offer untuk peminat product Korea. Pilih 1 item SECARA PERCUMA (ada 9 barangan untuk Raya Makeup Look). Terhad 1 item per customer tau


Ada lip tint, blusher, eyeshadow, macam macam lagi lah!
Price range (normal price) RM21 - RM97 and sales up to 59% tau! Tapi tapi tapi! Korang boleh dapatkan item diatas secara PERCUMA. Limit 1 customer, 1 item tau. Kena lah bagi peluang kat orang lain jugak kan. Hehe. And 1 more thing, ni semua size full pack tau. Bukan trial pack ke, travel pack ke. Sangat sangat untung okay, rugi tak grab. Tinggal beberapa item sahaja yang masih ada.


Althea's Limited Edition Raya Box is also back!

Yes, dengan setiap pembelian di Althea, korang akan dapat box version Ramadan. Kena sangat tau dengan tema. Selagi stok masih ada. Kalau habis tu, tak dapat lah kotak hijau ni. Nama pun LIMITED EDITION kan. Hehe :p

Nak senang, install apps je;
 

Kalau rajin sangat nak tengok kat website;
http://my.althea.kr/
http://www.facebook.com/altheakorea
http://www.instagram.com/altheakorea

ALTHEA BEAUTY SDN. BHD.
A-21-15, Menara UOA Bangsar,
No.5 Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur, Malaysia

ALTHEA INC.
Ansun Building
213, Yeongdong-daero
Gangnam-gu
Seoul, Korea

Wednesday, 14 June 2017

Cantik dan bergaya di Hari Raya


Assalamualaikum :)

Apa warna tema raya korang untuk tahun ni?
FD dengan family carca marba sebab masing masing warna tak sama. Ikut sendiri je nak warna apa pun. Hehe :D memang selalu camtu. Jarang warna sama ni.

 Memandangkan FD tempah baju raya, dan masih belum siap, FD cuma boleh kongsi kasut raya je lah. Muehehe. Jarang tau beli kasut fashion style cenggini. Biasa sebat je pakai sandal ke selipar ke. Asal selesa sudah.

Reward for myself gitu sebab penat keje gaji tak nampak habis ke mana.

 Tapi ada 1 ke 2 barang je FD belum beli untuk lengkapkan outfit Raya 2017 kali ni. Kalau boleh, FD nak sangat beli Mumuscarves Jameela Instant ni. Memang ngam lah dengan kebaya FD yang warna pink hitam tu. Hehe ♥

Harga asal RM79. Discount jadi RM55.30
Memang rugi lah kalau tak grab kan? Warna pun cantik. Jenis semi instant yang ni. Kalau rushing, senang lah nak pakai. Ambik je terus sauk kat kepala, lilit sekali. Settle.

Biasa kite dok tengok je Mumuscarves update kat instagram tu tapi tak terbeli pun sebabkan harga dia. FD tak pernah overbudget kalau beli tudung. Paling mahal pun RM30 something gitu je.

Selain tu, nak beli handbag baru memandangkan handbag sekarang ni dah terkopak. Kahkahkah! Pakai baru setahun dua kot. Kopak sana kopak sini.


Wuuu, matching sangat dengan tudung tadi kan? Hehe. Cantik kot warna dia. Soft gitu. Warna pastel, kan kan? Alahai kenapa lah awak comel sangat.
MonCoeur V European Premium
Harga asal RM159. Sale price RM44.60
JIMAT 72%
Menangis weh kalau tak grab. Lebih dari separuh harga kot. Kau gila ke apa tak beli?
Harap kite berjodoh lah ye wahai handbag pink yang comel ♥

Dah alang alang Lazada ada SALE untuk Raya, okay lah kan? Boleh beli macam macam tapi jangan beli ikut nafsu tau. Jadi pembeli yang bijak. Pandai tengok kualiti dan harga item.

Kalau kalau korang nak cuci mata nak beli barang untuk Raya ni, klik link kat bawah;
Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya SALE
May 19 to 30 June (ada special discounts sehingga 90%!)

Sunday, 11 June 2017

Memori Terindah di Kuala Terengganu


Assalamualaikum :)

Sape kata Kuala Terengganu ni takkan dapat best memori? Yelah, FD sendiri tinggal di Kuala Terengganu, tipu lah kalau takde kenangan yang best, kan?

Terengganu adalah antara negeri yang kaya dengan destinasi pelancongan. Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi dan sangat sesuai untuk travel secara berkumpulan ataupun individu. Tambah lagi, jika korang seorang yang sukakan ketenangan ketika travel tanpa kesesakan lalu lintas dan ingin mendekatkan diri dengan alam semulajadi seperti hutan lipur, air terjun, pulau dan pantai, destinasi ni adalah pilihan yang terbaik. Tapi kalau nak ronda satu Terengganu maybe two or three days saja memang tak cukup, jadi FD kecilkan sikit tempatnya kita holiday sekitar Kuala Terengganu atau lebih dikenali sebagai Bandar KT. Ikutkan bandar KT ni pun dah agak besar untuk kita terokai. Pasti korang takkan boring kalau datang bercuti ke sini. Tunggu apa lagi? Jom kita tengok penyu. Yeah! Nanananana, Ganu kita.

Sebenarnya, korang beruntung tau kalau holiday di bandar KT ni sebab bandarnya berdekatan dengan banyak pantai-pantai yang best untuk berekreasi dan bersantai petang sambil makan makanan santai orang Terengganu. Antara pantai yang sering menjadi tumpuan para pengunjung ialah Pantai Batu Buruk. Haaa, pasti korang pernah dengar kan? Pantai ni juga merupakan pantai yang paling terdekat kalau korang stay di hotel bandar KT. Selain itu, korang juga boleh ke Pantai Teluk Ketapang yang terletak di Seberang Takir. Kat pantai ni terdapat juga playground untuk kanak-kanak, service naik kereta kuda dan yang paling menarik ada beberapa warung Ikan Celup Tepung yang mana sangat popular di sini. Di sini juga terdapat banyak tempat penginapan yang murah. Jadi, korang bolehlah try cari dan book best budget hotels at Kuala Terengganu mengikut bajet korang.

Selain lepak dan bersantai di pantai, korang juga boleh melawat ke beberapa mercu tanda utama negeri ini iaitu Pusat Sains Kreativiti Terengganu. FD rasa tempat ni adalah one of new attraction place di bandar KT di mana para pengunjung boleh bawa anak-anak untuk melihat banyak pameran dan galeri yang umumnya berkaitan dengan pembelajaran sains. Taman Tamadun Islam juga adalah destinasi yang agak famous dan sering dikunjungi pelancong. Ia bukanlah historic sites pun untuk negeri ni tapi lebih kepada untuk melihat sejarah Islam, lebih-lebih lagi senibina bangunan ikonik Islamik dunia. Kalau korang nak melihat suasana bandar KT dari sungai, FD suggest kan korang try naik River Cruise TTI. Memang enjoy wei! Korang akan menaiki bot kat jeti Taman Tamadun Islam dan akan dibawa menyusuri Sungai Terengganu sambil tengok landmark utama yang ada di kawasan sekitar seperti Masjid Kristal, perkampungan nelayan, Jambatan Sultan Mahmud dan sebagainya.


Masjid Kristal Kuala Terengganu


Seterusnya, jika korang seorang shopaholics, pasti tercari-cari tempat yang murah dan sesuai untuk berbelanja kan? Di bandar KT ni bukanlah seperti di KL atau Selangor yang mempunyai pelbagai pilihan shopping mall yang besar-besar seperti KLCC, Pavillion dan sebagainya tapi ia lebih tertumpu kepada pasar-pasar dan kedai-kedai biasa seperti Komples Kraf Noor Arfa, Bazar Warisan, Desa Murni dan yang paling famous Pasar Payang. Ada macam-macam jenis barangan yang dijual kat situ dan kebanyakkannya adalah hasil produk orang Terengganu sendiri seperti keropok keping, ikan masin, kerepek, periuk belanga dan banyak lagi. Tapi aku tak galakkan korang pergi ke semua tempat shopping ni ya. Sebab nanti korang rambang mata, habis semuanya nak dibeli. Jenuh nak bawa balik wei. Tips untuk berjimat, jangan bawa duit banyak sangat dalam dompet tu ya kalau dah tahu nak pergi shopping. Haha.


Pasar Payang Kuala Terengganu

Korang still belum puas berjalan? Kalau macam tu apa kata korang singgah ke tempat-tempat bersejarah yang ada di bandar KT ni seperti Muzium Negeri Terengganu. Kat muzium ni terdapat banyak information dan barangan artifak yang berharga tau. Kalau korang nak tahu, muzium ni merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara. So, memang macam-macam laa korang boleh tengok. Tambah lagi, korang juga boleh visit ke Bukit Puteri yang terletak berdekatan dengan Dataran Shahbandar. Kalau dulunya, tempat ni merupakan sebuah kubu pertahanan kerana lokasinya sangat strategik. Sebab tu kat sini korang akan jumpa beberapa laras meriam, loceng, dan rumah genta. Banyak lagi tempat-tempat sejarah yang menarik boleh dikunjungi seperti Kota Duyong Lama, Bukit Keledang dan lain-lain lagi.

Mencari keunikan sesuatu juadah di negeri orang tu memang dah menjadi satu kewajiban kalau pergi holiday dan menu makanan yang popular kat sini adalah keropok lekor, nasi dagang, sotong sumbat, ikan celup tepung dan pelbagai jenis kuih muih tradisional. Tempat untuk breakfast, korang boleh try ke kedai Nasi Dagang Kak Jah, Mak Ngah Nasi Goreng dan Nasi Dagang Batu Rakit. Kalau nak makan tengahari nasi berlauk pauk orang setempat, korang singgahlah ke Restoran Singgang, AZ Selera Timur, Syed Stulang Seafood dan Restoran Mat Binjai. Memang terdapat pelbagai pilihan makanan yang sedap-sedap. Selain masakan panas dan ikan bakar, makanan western pun ada juga seperti di The Pallet Café, CVU iPata Steamboot & Grill, D’Ganu Seafood Café dan banyak lagi. Hmm, memang puas hati. Tips untuk berjimat lagi, korang boleh try usha hotels at Kuala Terengganu yang berdekatan dengan pantai sebab biasanya di tepi-tepi pantai terdapat banyak gerai-gerai makanan yang sedap-sedap. So, semoga korang enjoy bila bercuti ke sana ya.