Drama adaptasi novel

Hero Seorang Cinderella Full Episod

May 22, 2017


Assalamualaikum :)


So, FD dah baca dah pun novel ni tahun lepas. Tahun ni keluar kat TV pulak. Menarik, cuma part bila Fattah Amin rambut panjang, serious kelakar >,<

Kalau belum baca atau belum tengok drama ni kat TV, baca sinopsis novel ni dulu :)

Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya.

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.


Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam.

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia.

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA
“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan?


JUDUL : HERO SEORANG CINDERELLA
JUMLAH EPISOD : 24 episod
TARIKH TAYANGAN : 22 Mei 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis 10.00 malam
SIARAN TV : Slot Mega Drama (Astro Ria 104 & HD 123)
SKRIP : Nazri M. Annuar / Fairul Nizam Ablah
PENULIS NOVEL : Anjell
PENGARAH : Michael Ang / Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd
PELAKON :Fattah Amin (Tengku Ian Uzzam), Nur Fazura (Nura Medina), Uqasha Senrose (Puteri Emallyn), Zizie Izette (Puan Sri Mawar), Fikry Ibrahim (Noah Farizzam), Aedy Ashraf (Darius), Nina Juren (Tengku Shamiza), Azhar Amir (Dato Azizan), Iswan Ismail (Lukman), Jasmine Suraya (Zuyyin), Lisdawati (Puan Ayana), Ahmad Fauzee, Anne Abdullah, Ziha Salleh, Syafi Danish


Hero Seorang Cinderella Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16   Episod 17   Episod 18
Episod 19   Episod 20   Episod 21   Episod 22   Episod 23   Episod 24
Episod 25   Episod 26   Episod 27   Episod 28

You Might Also Like

2 comments