Thursday, 6 April 2017

Safi Balqis OxyWhite


Assalamualaikum :)

Memula sekali kite nak berterima kasih lah kat PR Safi Balqis, Cik Salina dan Iman Rohimmi sebab bagi Set Ayu Safi Balqis OxyWhite ni pada FD. Sangat teruja okay sebabnya FD memang tengah cari skincare baru. Alhamdulillah, ada rezeki datang kat kite pula. Hehe.

Masa FD terima ni, FD masih kat KL. But still can use this item masa kat KL haritu sebab mintak PR post kat rumah saudara. Sangat cepat tau proses dia.


1 Set Ayu Safi Balqis OxyWhite
Kalau korang tengok kat farmasi, harga 1 set ni RM26.50

Ini keluaran terbaru dari Safi Balqis. Sebut jenama Safi je mesti tau dah produk apa yg diorang keluarkan, kan? Pencuci muka untuk perempuan, shampoo. Pencuci muka untuk lelaki pun ada tau.

Apa yang ada dalam kotak set ayu ni;

1. Safi OxyWhite Penyegar Cerah Sempurna (100ml ; RM11)
tanpa alkohol, mengetatkan pori pada wajah dan mencerahkan kulit dengan sempurna dan selamat.

2. Safi OxyWHite Krim Pelembap Siang SPF20PA++ (45g ; RM20.02)
mencerah dengan efektif dengan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit berasa lembut, halus dan vermaya sepanjang hari.

3. Safi OxyWhite Pembersih Muka Cerah Sempurna (100ml ; RM12.17)
menghapuskan dan mencegah minyak dan jerawat. Juga berkesan untuk mencerahkan kulit.


Untuk pengetahuan korang, pencuci muka ada 2 jenis tau. FD dapat ni warna oren, untuk kawalan minyak dan jerawat. Warna biru pula tekologi mikro buih. Kiranya untuk jenis kulit normal lah. Kite kan ada 3 jenis kulit. Normal, minyak dan kering.

Susun item pun dah terbalik tu. Hehe. Sepatutnya pencuci muka dulu, lepas tu penyegar dan akhir sekali pelembap. Complete set ni, confirm kulit muka korang cerah! ♥

So far FD dah pakai dekat 2 minggu, alhamdulillah. Nampak perubahan kat muka ni.

Thank you PR and Safi Balqis ♥


No comments: