Sunday, 16 April 2017

Dah ada Grab kat Kuala Terengganu!


Assalamualaikum :)



Akhirnya! Dah ada Grab kat Kuala Terengganu. Senang sikit nak bergerak lepas ni. Sebab susah nak ajak abah, busy dengan kerja je. Hehehe 😁

Untuk penduduk Terengganu yang tak pernah pakai Grab, boleh guna kod NEWTOGRAB untuk dapat diskaun sebanyak RM10, untuk 3 perjalanan. Banyak jimat tu! Cuma pengguna baru tau. FD tak dapat apply kod tu sebab dah pernah guna Grab masa kat KL haritu 😂

Banyak peningkatan dah rasanya kat Kula Terengganu ni. Dah ada pawagam, bowling and Grab! Lepas ni upgrade lah GrabShare sebab sekarang ada Grab je. FD kalau keluar mesti nak bawak adik 💕

Okay, tu je nak share. Hehe. Bye! 👋

Saturday, 15 April 2017

Shhh... I Love You Full Episod


Assalamualaikum :)



NUR NADIA OMAR… Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya?
AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR… Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi?

 “Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?” – Nadia
 “Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?” – Aidan

Namun begitu, percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya, perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga mereka yang dibina dengan tergesa-gesa itu mula dilanda ujian.
Kisah dan rahsia yang disimpan oleh si teruna membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia sehingga ke akhir nafas wanita itu biarpun cinta untuk isterinya tidak pernah. Ini kerana cintanya hanyalah untuk bekas tunangannya yang sudah tiada. Apabila mengetahui perkara sebenar, mampukah Nadia mengharunginya?

“Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dah move on? Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me, Aidan. Tell me the truth!” – Nadia

Setelah itu, Nadia mula nekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri.

“Saya takkan mengalah. Sampai masa nanti, awak tak akan dapat hidup tanpa saya.” – Nadia
“Try me.” – Aidan

Cabaran lelaki itu membuat Nadia terus berjuang. Sebagai isteri, dia berhak memiliki Aidan sepenuhnya. Tetapi, benarkah hanya itu yang menjadi rahsia selama ini? Atau ada lagi rahsia yang lebih besar tanpa diketahui olehnya? Dan jika ada, mampukah dia berdepan dengan rahsia itu? Atau mungkin sudah tiba masanya untuk dia melangkah pergi?



Waktu: Isnin-Khamis ; 7 ptg
Siaran: Slot Akasia TV3
Lakonan:  Elvina Mohamad (Nur Nadia Omar), Gambit Saifullah (Kapten Aidan), Hafreez Adam (Naufal), Aien Zahalan (Diana), Hani Nazrina (Ain), Tash Yong (Sumayyah), Bella Nazari (Sumaira).

Shhh... I Love You Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16   Episod 17   Episod 18
Episod 19   Episod 20   Episod 21   Episod 22   Episod 23   Episod 24
Episod 25   Episod 26   Episod 27   Episod 28


Sunday, 9 April 2017

Milo Energy Cube Murahh


Assalamualaikum :)




Cube Milo Import From Dubai Kini Menular Ke Malaysia

1 bag = 100pcs
RM50 FREE POSTAGE
Sabah & Sarawak add RM5 for postage

WhatsApp (klik link)
www.wasap.my/601133765321


My Home Lab Shampoo Santan


Assalamualaikum :)



Produkkk laju gilerrrrrr‼‼
MY HOME LAB SYAMPOO SANTAN

Kaedah rawatan traditional utk rambut dan kulit kepala bermasalah..
Diperkaya dengan perahan limau puruttt.
Nyahhh segala masalah rambut dan kulit kepala.
Keistimewaan Syampo Santan Untuk rambut:
🌻 Membantu menghitamkan rambut.
🌻 Mempercepatkan pertumbuhan rambut..
🌻 Mengatasi masalah kelemumur..
🌻 Mengatasi masalah rambut beruban..
🌻 Melembapkan kulit kepala.. 🌻 Mencegah & mengatasi masalah kerosakan rambut..
🌻 Mencegah keguguran rambut..
🌻 Digunakan sebagai conditional rambut..
🌻 Mampu menjadikan rambut anda lebih berkilau


RM25 exclude postage

WhatsApp (klik link)
www.wasap.my/601133765321


Beauty and The Beast | Lotus Five Star Cinema


Assalamualaikum :)

Jumaat baru baru ni FD tengok wayang dengan family. Gegirls sajo sebab abah tak minat benda camni. Abah sibuk dengan Forex malam tu. Kat Kuala Terengganu ni pula baru je bukak pawagam. Merasa la tengok wayang kat sini.

Mula mula pegi pukul 2 ke 3 petang camtu. Sekali tengok kat kaunter, gila weh. Beratur panjang sampai tiang ke tiga. Sangat sangat panjang. So FD decide untuk booking online. Website pulak macam hareeee. Slow nak mati and takbole nak booking. Rupanya server down. Bana dia. Sudahnya pergi tempat lain dulu settle apa yang patut and cari makan.

Pukul 9 malam macam tu pergi lagi kat LFS, line pendek je. Nasib baik. Tapi masalah seat pulak. Hampir full house kot. Sudahnya seat line ke dua. Depan screen sangat. Halahaii. Tengok je lah malam tu jugak. Nak tunggu hari lain entah bila.


2 kanak kanak, 2 dewasa. Kah! Kanak kanak lah sangat Darlina tu. Tapi cop 1 ticket je. Mekasih ye awak bagi kite save duit movie. Hehehe :'D


Synopsis:
An arrogant young prince and his castle's servants fall under the spell of a wicked enchantress, who turns him into the hideous Beast until he learns to love and be loved in return. The spirited, headstrong village girl Belle enters the Beast's castle after he imprisons her father Maurice. With the help of his enchanted servants, including the matronly Mrs. Potts, Belle begins to draw the cold-hearted Beast out of his isolation.


Jalan cerita ni ikut sebiji macam kartun. Watak Gaston tu kena sangat dengan muka pelakon dalam cite ni. Watak dia kira menjadi lah. So far cerita ni best. Cuma jangan tengok kalau tak minat banyak nyanyi ni. Semua fairytale memang ada nyanyi kan? Macam musical gitu. Kalau jenis taksuka, memang kau bosan lah tengok filem ni.
Mula mula jalan cerita tunjuk macam mana lelaki tu boleh brtukar jadi Beast. Memang nak furst dah sebab watak hero macam tak handsome! Hahaha. Serious tau, sebabnya dia makeup ye ye sangat. Eyeshadow, blusher and lipstick bagai. Nasib baik masa Beast bertukar jadi manusia balik tu muka dia not bad lah without makeup ni. Memang spoil lah kalau hero tak handsome kan :p
So moral dalam cerita ni don't judge a book by its cover. Walaupun takde rupa, still boleh jatuh hati kalau hati tu lagi cantik dari rupa paras. Gituuuu >,< and jadi manusia tu jangan sombong, berlagak. Dan cinta itu takboleh dipaksa ye sayang ;)

Few scene yang FD suka;

Dress Belle sangat sangat sangat cantik! ♥


Scene ni FD suka sangat! ♥


Katanya cerita ni kena postponed sebabkan ada scene gay but I didnt see that in this movie. Entah pape lah yang buat movie ni tayang lambat kat Malaysia. Elok je cerita ni cuma part kissing je lah. Si lilin tu je kuat romantik dengan si bulus tu.


Btw, servis Lotus Five Star ni tak bagus sebenarnya. Staff kena alert tau. 5 minit atau 10 minit sebelum movie habis, kena lah prepare kat pintu keluar. Ni buat orang tertunggu tunggu. Daripada dok tahan sejuk dalam panggung, terus jadi hilang sejuk tu. Panas je rasa. Harap staff Lotus Five Star Cinema ni boleh kasi servis elok lah. Jangan nama je five star. Kesian jugak bila tengok budak kecik dok menunggu sama.

Thursday, 6 April 2017

Safi Balqis OxyWhite


Assalamualaikum :)

Memula sekali kite nak berterima kasih lah kat PR Safi Balqis, Cik Salina dan Iman Rohimmi sebab bagi Set Ayu Safi Balqis OxyWhite ni pada FD. Sangat teruja okay sebabnya FD memang tengah cari skincare baru. Alhamdulillah, ada rezeki datang kat kite pula. Hehe.

Masa FD terima ni, FD masih kat KL. But still can use this item masa kat KL haritu sebab mintak PR post kat rumah saudara. Sangat cepat tau proses dia.


1 Set Ayu Safi Balqis OxyWhite
Kalau korang tengok kat farmasi, harga 1 set ni RM26.50

Ini keluaran terbaru dari Safi Balqis. Sebut jenama Safi je mesti tau dah produk apa yg diorang keluarkan, kan? Pencuci muka untuk perempuan, shampoo. Pencuci muka untuk lelaki pun ada tau.

Apa yang ada dalam kotak set ayu ni;

1. Safi OxyWhite Penyegar Cerah Sempurna (100ml ; RM11)
tanpa alkohol, mengetatkan pori pada wajah dan mencerahkan kulit dengan sempurna dan selamat.

2. Safi OxyWHite Krim Pelembap Siang SPF20PA++ (45g ; RM20.02)
mencerah dengan efektif dengan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit berasa lembut, halus dan vermaya sepanjang hari.

3. Safi OxyWhite Pembersih Muka Cerah Sempurna (100ml ; RM12.17)
menghapuskan dan mencegah minyak dan jerawat. Juga berkesan untuk mencerahkan kulit.


Untuk pengetahuan korang, pencuci muka ada 2 jenis tau. FD dapat ni warna oren, untuk kawalan minyak dan jerawat. Warna biru pula tekologi mikro buih. Kiranya untuk jenis kulit normal lah. Kite kan ada 3 jenis kulit. Normal, minyak dan kering.

Susun item pun dah terbalik tu. Hehe. Sepatutnya pencuci muka dulu, lepas tu penyegar dan akhir sekali pelembap. Complete set ni, confirm kulit muka korang cerah! ♥

So far FD dah pakai dekat 2 minggu, alhamdulillah. Nampak perubahan kat muka ni.

Thank you PR and Safi Balqis ♥


Wednesday, 5 April 2017

Regalia Suites [REVIEW]


Assalamualaikum :)

Kali ni FD nak share sikit pandangan atau pengalaman tidur kat Regalia Suites, KL. Mungkin ada yang dah tau baru baru ni FD dengan kawan kawan buat girls night out gitchuuuu >,<
http://ftndiana.blogspot.com/2017/03/girls-night-out-regalia-suites.html

So kitorang checkin 4 and 5hb Mac 2017. RM380 per night. Harga tak termasuk cukai. Total sekali cukai dan cas segala benda ; RM440.80. Kitorang ambik Premier Two-Bedroom Suite. Max 4 orang tapi bantai masuk je ramai ramai sebab 1 rumah tu sangat luas. FD bantai tidur kat ruang tamu je.


Bilik ni 2 katil single


Toilet luar bilik. Luas tapi pintu takbole nak lock -,-
Nak mandi pesan kat member jangan nak gatal intai ke apa. HAHA! Timbul ketumbit kat mata kau hadap lah sakit tu.


Ruang tamu
Ruang tamu okay, luas. Cuma tv tu gambar macam tv biasa. Tak bape clear sangat. And masa mula mula sampai, rasa hangat je sebab aircond tak bape kuat. Ambik masa sikit nak sejuk kat ruang tamu tu.


Dapur atau apa nak panggil pun taktau lah. Hehe. Dapur tak bape nak bersih sangat masa mula masuk ni. Sepatutnya diorang bersihkan dulu tempat sebelum guest nak checkin.


Pintu bilik pun hancur gini. Kau ghaseee?


Bilik utama
Katil size king. Nak tidur 3 orang pun ngam kalau korang jenis kecil molek je. Yang besar besar tidur 2 orang cukup lah. Katil selesa. View pun cantik. Tapi sorry, FD tak ambil gambar view. Hehehe :D


Lantai dia, alahaii. Ni tah anak main conteng conteng ke apa ke FD pun tak tau lah. Patutnya baiki benda gini. Biar lah lantai tu cantik.


Kemudahan yang disediakan okay. Ada iron, ironboard and hair dryer. Hanger pun banyak.


Toilet dalam bilik utama

FD takde ambil gambar kat toilet 1 lagi. Kat tempat mesin basuh.
Yes, ada mesin basuh. Tu salah satu kemudahan yang okay. Yang tak okay. atas mesin basuh tu ada tin arak. Dan toilet tak bersih. Bau hancing. Harap pihak Regalia boleh perbaiki bab kebersihan dalam bilik and mana mana tempat dalam rumah tu.

Satu lagi, deposit RM500 tau. FD masa mula nak checkin pun terkejut dengan member sebab sepatutnya tunggu kawan sorang lagi. Nasib lah lepas jugak. Tapi bayar pakai kad pun mesin dia takbole baca banyak kali. Asyik error je. Padahal kad baru, cip takde problem pun.

So far cuma boleh bagi 3 dari 5 bintang.

Tu je yang FD boleh share dengan korang.
Thank you sudi baca! ♥

Tuesday, 4 April 2017

Pemenang Giveaway by Fatin Diana


Assalamualaikum :)

Maaf sebab lambat sangat nak update pemenang. Haritu dok bercuti kat KL sampai tak hengat. Hehe. Alhamdulillah dapat sambutan jugak GA walaupun dah lama tak aktif blog. Terima kasih pada yang sudi join GA baru ni.

Scroll bawah untuk tengok sape yg bertuah :D



Portable travel bag by FD
4. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html

Bawal Pucci by FD
24. http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html

Pin shawl (10psc) by Eymasu Craft
31. http://www.uyulrosli.com/2017/02/giveaway-by-fatin-diana.html
50. http://chanchueshahida.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-fatindiana.html
26. http://starlavenderluna.blogspot.com/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html

Jogger pants by Ezyra Clothing
41. http://queensyanis.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-fatindiana.html

Makeup set by Cik Chenta
16. http://anumabdullah93.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatin-diana.html

Tahniah semua yang bertuah tu. Pada yang takde dalam senarai, jangan sedih tau. Sebelum puasa nanti inshaAllah kalau ada rezeki lebih, FD buat giveaway lagi ya :)

Sila PM details korang kat sponsor tersebut ya
Bagi nama alamat dan nombor telefon untuk urusan pos hadiah.
Terima kasih :)