Wednesday, 29 March 2017

PHARMATON® Reward Your Achievement



Sedikit info tentang Pharmaton;
Dengan sejarah selama lebih 50 tahun, Pharmaton merupakan jenama multivitamin dewasa nombor 1 di Malaysia. Kapsul makanan tambahan semua dalam satu yang menggunakan formulasi Swiss itu mengandungi vitamin dan mineral penting, di samping Ekstrak Ginseng G115® piawai. Aspek kualiti dan keselamatan Ekstrak Ginseng G115® piawai telah diuji dan dikaji dengan teliti menerusi lebih 30 kajian klinikal. Menerusi penstandardan yang ketat, Pharmaton memastikan setiap kapsul mengandungi kuantiti ramuan yang tepat dan sama. Gabungan Ekstrak Ginseng G115® dan multivitamin serta mineral penting diuji secara klinikal untuk mempertingkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan dengan pengambilan 1 kapsul sehari.

Untuk pengetahuan anda, Pharmaton baru sahaja launch event "Reward Your Achievement" pada 15 Februari 2017, bertempat di The Cooking Studio, Amarin Kiara dimana cef selebriti dan duta Pharmaton, Sherson Lian dan rakan artis lain seperti Siti Saleha, Sandra Woo & Hansen Lee. Mereka mengadakan sesi talk show berkongsi pencapaian terbesar mereka pada 2016 dan matlamat mereka untuk tahun yang akan datang ke hadapan diikuti oleh sesi cookout yang menyeronokkan.



Pharmaton turut mengadakan pertandingan "Reward Your Achievement"
15 orang rakyat Malaysia akan ditaja oleh Pharmaton dalam mencapai matlamat tahun 2017 mereka. Pemenang terpilih ini akan diberi pilihan untuk memilih bidang yang ingin dicapai daripada empat teras yang berkaitan – kesihatan, pembangunan diri, memanjakan diri serta mengembara. Bukan setakat itu, SALAH SEORANG daripada 15 pemenang ini akan berpeluang memenangi pengalaman memasak istimewa bersama chef selebriti dan duta jenama Pharmaton, Sherson Lian yang mana beliau akan mengajar penyediaan hidangan khas berdasarkan teras utama yang dipilih peserta.


Untuk menyertai peraduan “Reward Your Achievement”, isi borang yang disediakan dan kongsikan bersama Pharmaton mengapa anda patut menang dalam 30 patah perkataan atau kurang. Anda kemudian boleh menghantar borang peraduan yang lengkap ke dalam sebuah kotak pungutan atau menerusi Whatsapp di talian 017 235 2960. Pencapaian yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang! Untuk lebih maklumat, sila lawati www.pharmaton.com.my

1 comment:

Nur Aaisyah said...

jemput join giveaway aaisy 😊

http://theaaisy.blogspot.my/2017/03/1-giveaway-by-theaaisy.html