Sunday, 16 April 2017

Dah ada Grab kat Kuala Terengganu!


Assalamualaikum :)



Akhirnya! Dah ada Grab kat Kuala Terengganu. Senang sikit nak bergerak lepas ni. Sebab susah nak ajak abah, busy dengan kerja je. Hehehe 😁

Untuk penduduk Terengganu yang tak pernah pakai Grab, boleh guna kod NEWTOGRAB untuk dapat diskaun sebanyak RM10, untuk 3 perjalanan. Banyak jimat tu! Cuma pengguna baru tau. FD tak dapat apply kod tu sebab dah pernah guna Grab masa kat KL haritu 😂

Banyak peningkatan dah rasanya kat Kula Terengganu ni. Dah ada pawagam, bowling and Grab! Lepas ni upgrade lah GrabShare sebab sekarang ada Grab je. FD kalau keluar mesti nak bawak adik 💕

Okay, tu je nak share. Hehe. Bye! 👋

Saturday, 15 April 2017

Shhh... I Love You Full Episod


Assalamualaikum :)



NUR NADIA OMAR… Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya?
AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR… Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi?

 “Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?” – Nadia
 “Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?” – Aidan

Namun begitu, percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya, perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga mereka yang dibina dengan tergesa-gesa itu mula dilanda ujian.
Kisah dan rahsia yang disimpan oleh si teruna membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia sehingga ke akhir nafas wanita itu biarpun cinta untuk isterinya tidak pernah. Ini kerana cintanya hanyalah untuk bekas tunangannya yang sudah tiada. Apabila mengetahui perkara sebenar, mampukah Nadia mengharunginya?

“Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dah move on? Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me, Aidan. Tell me the truth!” – Nadia

Setelah itu, Nadia mula nekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri.

“Saya takkan mengalah. Sampai masa nanti, awak tak akan dapat hidup tanpa saya.” – Nadia
“Try me.” – Aidan

Cabaran lelaki itu membuat Nadia terus berjuang. Sebagai isteri, dia berhak memiliki Aidan sepenuhnya. Tetapi, benarkah hanya itu yang menjadi rahsia selama ini? Atau ada lagi rahsia yang lebih besar tanpa diketahui olehnya? Dan jika ada, mampukah dia berdepan dengan rahsia itu? Atau mungkin sudah tiba masanya untuk dia melangkah pergi?



Waktu: Isnin-Khamis ; 7 ptg
Siaran: Slot Akasia TV3
Lakonan:  Elvina Mohamad (Nur Nadia Omar), Gambit Saifullah (Kapten Aidan), Hafreez Adam (Naufal), Aien Zahalan (Diana), Hani Nazrina (Ain), Tash Yong (Sumayyah), Bella Nazari (Sumaira).

Shhh... I Love You Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16   Episod 17   Episod 18
Episod 19   Episod 20   Episod 21   Episod 22   Episod 23   Episod 24
Episod 25   Episod 26   Episod 27   Episod 28


Sunday, 9 April 2017

Milo Energy Cube Murahh


Assalamualaikum :)




Cube Milo Import From Dubai Kini Menular Ke Malaysia

1 bag = 100pcs
RM50 FREE POSTAGE
Sabah & Sarawak add RM5 for postage

WhatsApp (klik link)
www.wasap.my/601133765321


My Home Lab Shampoo Santan


Assalamualaikum :)



Produkkk laju gilerrrrrr‼‼
MY HOME LAB SYAMPOO SANTAN

Kaedah rawatan traditional utk rambut dan kulit kepala bermasalah..
Diperkaya dengan perahan limau puruttt.
Nyahhh segala masalah rambut dan kulit kepala.
Keistimewaan Syampo Santan Untuk rambut:
🌻 Membantu menghitamkan rambut.
🌻 Mempercepatkan pertumbuhan rambut..
🌻 Mengatasi masalah kelemumur..
🌻 Mengatasi masalah rambut beruban..
🌻 Melembapkan kulit kepala.. 🌻 Mencegah & mengatasi masalah kerosakan rambut..
🌻 Mencegah keguguran rambut..
🌻 Digunakan sebagai conditional rambut..
🌻 Mampu menjadikan rambut anda lebih berkilau


RM25 exclude postage

WhatsApp (klik link)
www.wasap.my/601133765321


Beauty and The Beast | Lotus Five Star Cinema


Assalamualaikum :)

Jumaat baru baru ni FD tengok wayang dengan family. Gegirls sajo sebab abah tak minat benda camni. Abah sibuk dengan Forex malam tu. Kat Kuala Terengganu ni pula baru je bukak pawagam. Merasa la tengok wayang kat sini.

Mula mula pegi pukul 2 ke 3 petang camtu. Sekali tengok kat kaunter, gila weh. Beratur panjang sampai tiang ke tiga. Sangat sangat panjang. So FD decide untuk booking online. Website pulak macam hareeee. Slow nak mati and takbole nak booking. Rupanya server down. Bana dia. Sudahnya pergi tempat lain dulu settle apa yang patut and cari makan.

Pukul 9 malam macam tu pergi lagi kat LFS, line pendek je. Nasib baik. Tapi masalah seat pulak. Hampir full house kot. Sudahnya seat line ke dua. Depan screen sangat. Halahaii. Tengok je lah malam tu jugak. Nak tunggu hari lain entah bila.


2 kanak kanak, 2 dewasa. Kah! Kanak kanak lah sangat Darlina tu. Tapi cop 1 ticket je. Mekasih ye awak bagi kite save duit movie. Hehehe :'D


Synopsis:
An arrogant young prince and his castle's servants fall under the spell of a wicked enchantress, who turns him into the hideous Beast until he learns to love and be loved in return. The spirited, headstrong village girl Belle enters the Beast's castle after he imprisons her father Maurice. With the help of his enchanted servants, including the matronly Mrs. Potts, Belle begins to draw the cold-hearted Beast out of his isolation.


Jalan cerita ni ikut sebiji macam kartun. Watak Gaston tu kena sangat dengan muka pelakon dalam cite ni. Watak dia kira menjadi lah. So far cerita ni best. Cuma jangan tengok kalau tak minat banyak nyanyi ni. Semua fairytale memang ada nyanyi kan? Macam musical gitu. Kalau jenis taksuka, memang kau bosan lah tengok filem ni.
Mula mula jalan cerita tunjuk macam mana lelaki tu boleh brtukar jadi Beast. Memang nak furst dah sebab watak hero macam tak handsome! Hahaha. Serious tau, sebabnya dia makeup ye ye sangat. Eyeshadow, blusher and lipstick bagai. Nasib baik masa Beast bertukar jadi manusia balik tu muka dia not bad lah without makeup ni. Memang spoil lah kalau hero tak handsome kan :p
So moral dalam cerita ni don't judge a book by its cover. Walaupun takde rupa, still boleh jatuh hati kalau hati tu lagi cantik dari rupa paras. Gituuuu >,< and jadi manusia tu jangan sombong, berlagak. Dan cinta itu takboleh dipaksa ye sayang ;)

Few scene yang FD suka;

Dress Belle sangat sangat sangat cantik! ♥


Scene ni FD suka sangat! ♥


Katanya cerita ni kena postponed sebabkan ada scene gay but I didnt see that in this movie. Entah pape lah yang buat movie ni tayang lambat kat Malaysia. Elok je cerita ni cuma part kissing je lah. Si lilin tu je kuat romantik dengan si bulus tu.


Btw, servis Lotus Five Star ni tak bagus sebenarnya. Staff kena alert tau. 5 minit atau 10 minit sebelum movie habis, kena lah prepare kat pintu keluar. Ni buat orang tertunggu tunggu. Daripada dok tahan sejuk dalam panggung, terus jadi hilang sejuk tu. Panas je rasa. Harap staff Lotus Five Star Cinema ni boleh kasi servis elok lah. Jangan nama je five star. Kesian jugak bila tengok budak kecik dok menunggu sama.

Thursday, 6 April 2017

Safi Balqis OxyWhite


Assalamualaikum :)

Memula sekali kite nak berterima kasih lah kat PR Safi Balqis, Cik Salina dan Iman Rohimmi sebab bagi Set Ayu Safi Balqis OxyWhite ni pada FD. Sangat teruja okay sebabnya FD memang tengah cari skincare baru. Alhamdulillah, ada rezeki datang kat kite pula. Hehe.

Masa FD terima ni, FD masih kat KL. But still can use this item masa kat KL haritu sebab mintak PR post kat rumah saudara. Sangat cepat tau proses dia.


1 Set Ayu Safi Balqis OxyWhite
Kalau korang tengok kat farmasi, harga 1 set ni RM26.50

Ini keluaran terbaru dari Safi Balqis. Sebut jenama Safi je mesti tau dah produk apa yg diorang keluarkan, kan? Pencuci muka untuk perempuan, shampoo. Pencuci muka untuk lelaki pun ada tau.

Apa yang ada dalam kotak set ayu ni;

1. Safi OxyWhite Penyegar Cerah Sempurna (100ml ; RM11)
tanpa alkohol, mengetatkan pori pada wajah dan mencerahkan kulit dengan sempurna dan selamat.

2. Safi OxyWHite Krim Pelembap Siang SPF20PA++ (45g ; RM20.02)
mencerah dengan efektif dengan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit berasa lembut, halus dan vermaya sepanjang hari.

3. Safi OxyWhite Pembersih Muka Cerah Sempurna (100ml ; RM12.17)
menghapuskan dan mencegah minyak dan jerawat. Juga berkesan untuk mencerahkan kulit.


Untuk pengetahuan korang, pencuci muka ada 2 jenis tau. FD dapat ni warna oren, untuk kawalan minyak dan jerawat. Warna biru pula tekologi mikro buih. Kiranya untuk jenis kulit normal lah. Kite kan ada 3 jenis kulit. Normal, minyak dan kering.

Susun item pun dah terbalik tu. Hehe. Sepatutnya pencuci muka dulu, lepas tu penyegar dan akhir sekali pelembap. Complete set ni, confirm kulit muka korang cerah! ♥

So far FD dah pakai dekat 2 minggu, alhamdulillah. Nampak perubahan kat muka ni.

Thank you PR and Safi Balqis ♥


Wednesday, 5 April 2017

Regalia Suites [REVIEW]


Assalamualaikum :)

Kali ni FD nak share sikit pandangan atau pengalaman tidur kat Regalia Suites, KL. Mungkin ada yang dah tau baru baru ni FD dengan kawan kawan buat girls night out gitchuuuu >,<
http://ftndiana.blogspot.com/2017/03/girls-night-out-regalia-suites.html

So kitorang checkin 4 and 5hb Mac 2017. RM380 per night. Harga tak termasuk cukai. Total sekali cukai dan cas segala benda ; RM440.80. Kitorang ambik Premier Two-Bedroom Suite. Max 4 orang tapi bantai masuk je ramai ramai sebab 1 rumah tu sangat luas. FD bantai tidur kat ruang tamu je.


Bilik ni 2 katil single


Toilet luar bilik. Luas tapi pintu takbole nak lock -,-
Nak mandi pesan kat member jangan nak gatal intai ke apa. HAHA! Timbul ketumbit kat mata kau hadap lah sakit tu.


Ruang tamu
Ruang tamu okay, luas. Cuma tv tu gambar macam tv biasa. Tak bape clear sangat. And masa mula mula sampai, rasa hangat je sebab aircond tak bape kuat. Ambik masa sikit nak sejuk kat ruang tamu tu.


Dapur atau apa nak panggil pun taktau lah. Hehe. Dapur tak bape nak bersih sangat masa mula masuk ni. Sepatutnya diorang bersihkan dulu tempat sebelum guest nak checkin.


Pintu bilik pun hancur gini. Kau ghaseee?


Bilik utama
Katil size king. Nak tidur 3 orang pun ngam kalau korang jenis kecil molek je. Yang besar besar tidur 2 orang cukup lah. Katil selesa. View pun cantik. Tapi sorry, FD tak ambil gambar view. Hehehe :D


Lantai dia, alahaii. Ni tah anak main conteng conteng ke apa ke FD pun tak tau lah. Patutnya baiki benda gini. Biar lah lantai tu cantik.


Kemudahan yang disediakan okay. Ada iron, ironboard and hair dryer. Hanger pun banyak.


Toilet dalam bilik utama

FD takde ambil gambar kat toilet 1 lagi. Kat tempat mesin basuh.
Yes, ada mesin basuh. Tu salah satu kemudahan yang okay. Yang tak okay. atas mesin basuh tu ada tin arak. Dan toilet tak bersih. Bau hancing. Harap pihak Regalia boleh perbaiki bab kebersihan dalam bilik and mana mana tempat dalam rumah tu.

Satu lagi, deposit RM500 tau. FD masa mula nak checkin pun terkejut dengan member sebab sepatutnya tunggu kawan sorang lagi. Nasib lah lepas jugak. Tapi bayar pakai kad pun mesin dia takbole baca banyak kali. Asyik error je. Padahal kad baru, cip takde problem pun.

So far cuma boleh bagi 3 dari 5 bintang.

Tu je yang FD boleh share dengan korang.
Thank you sudi baca! ♥

Tuesday, 4 April 2017

Pemenang Giveaway by Fatin Diana


Assalamualaikum :)

Maaf sebab lambat sangat nak update pemenang. Haritu dok bercuti kat KL sampai tak hengat. Hehe. Alhamdulillah dapat sambutan jugak GA walaupun dah lama tak aktif blog. Terima kasih pada yang sudi join GA baru ni.

Scroll bawah untuk tengok sape yg bertuah :D



Portable travel bag by FD
4. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html

Bawal Pucci by FD
24. http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html

Pin shawl (10psc) by Eymasu Craft
31. http://www.uyulrosli.com/2017/02/giveaway-by-fatin-diana.html
50. http://chanchueshahida.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-fatindiana.html
26. http://starlavenderluna.blogspot.com/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html

Jogger pants by Ezyra Clothing
41. http://queensyanis.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-fatindiana.html

Makeup set by Cik Chenta
16. http://anumabdullah93.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatin-diana.html

Tahniah semua yang bertuah tu. Pada yang takde dalam senarai, jangan sedih tau. Sebelum puasa nanti inshaAllah kalau ada rezeki lebih, FD buat giveaway lagi ya :)

Sila PM details korang kat sponsor tersebut ya
Bagi nama alamat dan nombor telefon untuk urusan pos hadiah.
Terima kasih :)

Wednesday, 29 March 2017

PHARMATON® Reward Your Achievement



Sedikit info tentang Pharmaton;
Dengan sejarah selama lebih 50 tahun, Pharmaton merupakan jenama multivitamin dewasa nombor 1 di Malaysia. Kapsul makanan tambahan semua dalam satu yang menggunakan formulasi Swiss itu mengandungi vitamin dan mineral penting, di samping Ekstrak Ginseng G115® piawai. Aspek kualiti dan keselamatan Ekstrak Ginseng G115® piawai telah diuji dan dikaji dengan teliti menerusi lebih 30 kajian klinikal. Menerusi penstandardan yang ketat, Pharmaton memastikan setiap kapsul mengandungi kuantiti ramuan yang tepat dan sama. Gabungan Ekstrak Ginseng G115® dan multivitamin serta mineral penting diuji secara klinikal untuk mempertingkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan dengan pengambilan 1 kapsul sehari.

Untuk pengetahuan anda, Pharmaton baru sahaja launch event "Reward Your Achievement" pada 15 Februari 2017, bertempat di The Cooking Studio, Amarin Kiara dimana cef selebriti dan duta Pharmaton, Sherson Lian dan rakan artis lain seperti Siti Saleha, Sandra Woo & Hansen Lee. Mereka mengadakan sesi talk show berkongsi pencapaian terbesar mereka pada 2016 dan matlamat mereka untuk tahun yang akan datang ke hadapan diikuti oleh sesi cookout yang menyeronokkan.



Pharmaton turut mengadakan pertandingan "Reward Your Achievement"
15 orang rakyat Malaysia akan ditaja oleh Pharmaton dalam mencapai matlamat tahun 2017 mereka. Pemenang terpilih ini akan diberi pilihan untuk memilih bidang yang ingin dicapai daripada empat teras yang berkaitan – kesihatan, pembangunan diri, memanjakan diri serta mengembara. Bukan setakat itu, SALAH SEORANG daripada 15 pemenang ini akan berpeluang memenangi pengalaman memasak istimewa bersama chef selebriti dan duta jenama Pharmaton, Sherson Lian yang mana beliau akan mengajar penyediaan hidangan khas berdasarkan teras utama yang dipilih peserta.


Untuk menyertai peraduan “Reward Your Achievement”, isi borang yang disediakan dan kongsikan bersama Pharmaton mengapa anda patut menang dalam 30 patah perkataan atau kurang. Anda kemudian boleh menghantar borang peraduan yang lengkap ke dalam sebuah kotak pungutan atau menerusi Whatsapp di talian 017 235 2960. Pencapaian yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang! Untuk lebih maklumat, sila lawati www.pharmaton.com.my

Tuesday, 14 March 2017

Zimmer - Teknologi Terbaru untuk Kuruskan Badan dilancarkan di Malaysia


Assalamualaikum :)

Dalam entri kali ni, FD nak perkenalkan teknologi terbaru untuk kuruskan badan dari syarikat Zimmer. Sebelum ni ada jugak blogger yang bagi testimoni lepas buat rawatan dari Zimmer. FD cuma datang masa media launch je :)

Media launch Zimmer diadakan di Talent Lounge, Damansara Perdana
pada 9hb Mac 2017


Ms Jess Kong - General Manager


Dr Pablo Naranjo - Medical Director of Elite Laser Clinic, Madrid

Dr Pablo explain tentang teknologi terbaru Cyro-Lipolysis dari Zimmer Aesthetic. Agak menarik tentang rawatan tersebut sebab menurut Dr Pablo, lepas dari rawatan tu, kita nak makan apa pun tak kisah sebab tidak akan terjejas bentuk badan kita. Kira macam parmenant tau. Seronok, kan?



Rawatan Cyro-Lipolysis ni tak bahaya dan takde kesan sampingan macam rawatan lain sebab rawatan dan prosedur ni menyejukkan lemak yang dengan cara efektif. Kalau nak kesan lebih hebat, Zimmer Aesthetic gabungkan Cyro-Lipolysis ni dengan rawatan lain iaitu Z Lipo dan Z WavePro.

Sedikit info tentang Z Lipo dan Z Wave Pro;
Z Lipo
The highly innovative Cryolipolysis™ – Z Lipo system makes it possible to target fat depots and reduce them permanently and non-invasively. This method cools fat deposits over a longer period of time to a controlled and safe temperature range.

Z WavePro
The high energy radial shockwaves scientifically proved to have a large impact on collagen structure and the skin connective tissue, improving blood circulation.
It stimulates collagen formation, while the skin becomes more elastic and its firmness is visible after only a few treatments.

Thanks to the ZWave radial shockwave unit, it is also possible to significantly improve skin firmness, skin elasticity and collagen regeneration. Fat reduction, for example, after Cryolipolysis TM or injection lipolysis is also enhanced by using the ZWave.

Setiap rawatan cuma mengambil masa dalam 45 minit ke 50 minit je. Takkan ambil masa korang banyak banyak pun :)


Dari kiri; Dr Chan Boon Khai, Dr Serina Binti Haji Abdul Latif, Dr Alice Prethima, Mr Henry Holitschke, Dr Pablo Naranjo dan Ms Jess Kong.


Kepada yang berminat untuk buat rawatan ini, boleh walkin ke cawangan yang berdekatan;

1. TDOX Clinic
51B, Jalan SS21/37. Uptown 37, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
T: +603 7733 7768

2. Esadsa House
Lot 51, 7th Floor Signature Office, The Boulevard Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,   59200 Kuala Lumpur.
T: +603 2287 8569

3. Ageless Medispa & Clinic
257, Jalan Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur.
T: +603 2095 0458

4. RE Plastic Surgery Clinic
A4-UG1-03, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur.
T: +603 6207 9004

5. The Life Clinic
Lot 6-2A, Jalan Batai, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.
T: +603 2856 9292

atau boleh tengok di website: http://zimmer-aesthetics.com.my untuk lebih maklumat lanjut.

Booster Whitening by Shhaz Beauty



KELEBIHAN BOOSTER WHITENING 🌸
💜Memutihkan kulit 5x ganda daripada kulit asal
💜Putih sepantas injection
💜Tidak ada kesan sampingan
💜Digalakkan untuk ibu menyusu bayi
💜Menghapuskan toksin dalam badan
💜Menaikkan seri rona merah jambu pada kulit
💜Mengecutkan jerawat
💜Menghilangkan parut hitam yang lama
💜Kulit menjadi gebu, putih & pinkish

👉Apa bahan2 dalam booster whitening yg meletopss ni?
✅serbuk mutiara 💕untuk glowing kan kulit kita
✅pelembap 💕untuk elak dari kulit kering
✅vitamin B 💕memenuhi keperluan asas kulit
✅protein- 💕bantu bina sel-sel kulit baru untuk nampak muda dan segar
✅sedozen jenis mineral 💕untuk pastikan kulit kita sihat dan nampak muda
✅amino asid 💕untuk tegangkan kulit supaya kita tak nampak tua sbelum umurnya dan baik untuk pembaikan sel-sel baru


Contact:
011 3376 5321
ftndiana@ymail.com

Sunday, 12 March 2017

Coway Run , 7 May 2017


Assalamualaikum :)


Berita baik kepada yang pentingkan kesihatan dan minat dalam sukan larian! Coway mengadakan larian di The Starlinh Mall Damansara Uptown pada 7 Mei 2017 nanti. Juga turut serta oleh Jordan Yeoh dan Carey Ng. Terbuka untuk larian 5km dan 10km.

FD dijemput untuk press conference Coway Run 2017 di Novotel Hotel baru baru ini pada 8 March 2017. Tujuan PC ni untuk explain lebih lanjut tentang Larian Coway pada 7 May 2017 akan datang. First time FD join event untuk blogger ni. Nervous jugak mula mula tu

Kat rumah pula FD memang gunakan water filter Coway. Lama jugak rasanya dalam 3 tahun macam tu. So far memang okay, takde masalah. Dan juga menyenangkan family. Lagi lagi bila adik kecil nak minum air. Boleh ambil sendiri je :D


Semasa PC Coway Run


Maaf gambar agak kabur sebab kite zoom je dari jauh :D

Masa ni, managing director Mr. Kyle Choi Ki Ryong bagi ucapan. Explain tentang Coway dan Larian yang akan dilancarkan. Sangat menarik hadiah untuk pemenang kepada yang akan turut serta Coway Run tu nanti.


OFFICIAL LAUNCH OF COWAY RUN!



Hadiah untuk pemenang larian:
1st - RM1000
2nd - RM800
3rd - RM500
4th and 5th - RM150

Registration fee

Individual


10km Men Open (18-39yrs)
Price shown is subject to RM5 Admin Processing Fees
MYR 45.00
Available
10km Women Open (18-34yrs)
Price shown is subject to RM5 Admin Processing Fees
MYR 45.00
Available
10km Men Veteran (40yrs & above)
Price shown is subject to RM5 Admin Processing Fees
MYR 45.00
Available
10km Women Veteran (35yrs & above)
Price shown is subject to RM5 Admin Processing Fees
MYR 45.00
Available
5km Fun Run (18yrs & above)
Price shown is subject to RM5 Admin Processing Fees
MYR 35.00
Available




*Important Note:
- This Event is open to Malaysians only
-  All prize winners must produce their identify cards for age verification and must run with their own BIBs

Event: Coway Run 2017
Date: 7 Mei 2017 // 7 am
Place: Starling Mall, Damansara Uptown




Kepada yang berminat, boleh daftar di https://mro.myraceonline.com/cowa17/registrations
Tarikh tutup penyertaan pada 16 April 2017.


Facebook: Coway Malaysia
Hashtag: #CowayRun, #BetterWaterForABetterLife

Friday, 10 March 2017

Giveaway by Fatin Diana


Assalamulaikum :)

Harini secara rasminya FD lancarkan giveaway untuk tahun ini. Hehe. Baru je belek blog, last buat giveaway 22hb Mac 2015. Lama jugak cuti blogging. Hehe. Jom kite aktif balik share rezeki dengan orang lain. Moga dipermudahkan :)




Syarat syarat :
1. Follow semua media sosial dan klik iklan sponsor. *tak ikut syarat, tak masuk dalam list. so please be honest!*
2. Buat satu entri "Giveaway by FatinDiana".
3. Copy banner dan paste di entri. Jangan lupa backlink ke entri ini.
4. Submit link diruang komen. Takkan layan sebarang penyertaan di cbox.

Follow blog
http://ftndiana.blogspot.myhttp://eymasuandworldcraft.blogspot.com/
http://nazirahnyerr.blogspot.my/
*klik iklan Nuffnang di blog FD dan sponsor*


Like fanpage



Follow Instagram *kalau takde akaun Insta takpe, masih boleh join :)
Instagram Instagram Instagram Instagram
Instagram



Hadiah:
Portable travel bag by FD
Bawal pucci by FD
Pin shawl (10 pcs) by Eymasu (3 pemenang)
Jogger pants by Ezyra Clothing
Makeup set by Cik Chenta


Tarikh tamat: 10th March 2017, 10pm

Senarai Peserta Giveaway by FatinDiana
  1. https://belogsjm.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana-10mac2017.html
  2. https://theaaisy.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatin-diana.html
  3. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  4. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  5. http://www.aerillhassan.com/2017/02/giveaway-by-fatin-diana.html
  6. http://messarah.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  7. http://kanvaskehidupanku.blogspot.com/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  8. http://radenotion.blogspot.com/2017/02/blog-giveaway-segmentation-blog-by.html
  9. http://min-mi.blogspot.my/2017/02/1032017-giveaway-by-fatindiana.html
  10. http://kasihkuamani.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  11. http://cikjelita899.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatin-diana.html
  12. http://aimanziyad.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  13. http://mellyacrayola.blogspot.com/2017/02/giveaway-by-fatin-diana-10032017.html
  14. http://www.huhahuhajerr.com/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  15. http://akhalilah.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  16. http://anumabdullah93.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatin-diana.html
  17. http://deariescouple.blogspot.com/2017/02/giveaway-by-fatin-diana.html
  18. https://azraq-hydrangea.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatin-diana.html
  19. http://jom-santai-aje.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  20. http://masturanasarudin.blogspot.com/2017/02/giveaway-by-fatindiana-10-mar-17-10-pm.html
  21. http://mawarberduri-piqa.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  22. https://presntisgift.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatin-diana.html
  23. http://msvelentine.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  24. http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  25. http://inisemuapoyolaaa.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  26. http://starlavenderluna.blogspot.com/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  27. http://iznisyafiqah.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatin-diana.html
  28. http://fws00blog.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  29. http://www.jun-zie.com/2017/02/giveaway-by-fatin-diana.html
  30. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  31. http://www.uyulrosli.com/2017/02/giveaway-by-fatin-diana.html
  32. http://jombercontest.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  33. http://fatinun.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  34. https://missobsesi.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  35. http://ladyinredplanner.blogspot.my/2017/02/giveway-by-fatin-diana.html
  36. http://irazulkeffele.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  37. http://mama3farhanah.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  38. http://coretan-athirah.blogspot.my/p/blog-page_22.html
  39. http://ohmysecondblog.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  40. https://thelittlekhalifah.blogspot.my/2017/02/giveaway-by-fatindiana.html
  41. http://queensyanis.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-fatindiana.html
  42. http://kylifa.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-fatindiana.html
  43. http://sayesyadiya.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-fatindiana.html
  44. http://wanayenlifestories.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-fatin-diana.html
  45. http://meinnameisthazrina.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-fatindiana.html
  46. http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/03/giveaway-by-fatindiana.html
  47. http://stnrsyfh.blogspot.com/2017/03/giveaway-by-fatindiana.html
  48. http://penselduabee.blogspot.my/2017/03/blog-post.html
  49. http://tarotthefool.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-fatindiana.html
  50. http://chanchueshahida.blogspot.my/2017/03/giveaway-by-fatindiana.html

Sunday, 5 March 2017

Girls Night Out @ Regalia Suites


Assalamualaikum :)

Last pegi KL tah bila, yang ingat tahun lepas. Kali ni turun KL sebab nak celebrate bride to be. Kawan kite nak kawin bulan 9 ni. Saje celebrate awal sikit sambil sambil tu reunion lah. Gituuuu. Hihi :D


Night view kat pool ♥


Gigih tau siap berbelon bagai


Dinner with the girls ♥
Dinner kat Singgang, KL. Slow servis maybe sebab ramai sangat.


Malam malam menggedik bergambar kejap kat tingkat 37. Tinggi weh! Tapi view cantik. Memang best!
Oh btw kalau korang tak ingat atau tak kenal;
Me, Mia, Wardah and Syamira
Pssttt! FD je berkawan dengan diorang ni sejak sekolah menengah. Diorang ni berkawan sejak sekolah rendah lagi :)


Bride to be yang pakai tiara tu. Wardah! ♥



Nak jadi bini orang dah bulan 9 nanti :)


Tetiba bodyguard a.k.a hadek gua datang nak tengok apa aktiviti kakak dia. Kah! Protective sangat tau uolls. Geli I. HAHAHA! >.<




Random faces by weolls >,<

2nd day;

Breakfast at Hemisphere Restaurant & Bar


Idok kenyang ler teman nak makan breakfast cenggini. Tekak teman idok biase ler ni. Sudahnya ngap jajan jugak kat bilik. Huahuahua


Kalau nak breakfast sahaja mungkin? Sebab kitorang checkin include breakfast


Ni baru complete. Yang pakai bawal tu mak orang ye. Ada anak sorang dah. Felsa namanya :)

Argh! Rindu korang. Till we meet again girls ♥