Thursday, 20 October 2016

Pizza Hut WOW! Take-Away indah khabar dari rupa


Assalamualaikum :)

Haritu tengok Pizza Hut buat offer. Harga murah sangat sangat lah kalau nak bandingkan dengan normal price. Biasa kalau FD beli, memang akan ambik 2 large pizza sebab dalam family ni 4 orang makan pizza. Semuanya dewasa dah kiranya, 1 je lah remaja si Darlina tu. Sarah memang tolak tepi, tak reti lagi makan pizza.

Pizza Hut | Wow Take-Away
Nampak offer dia? Kemain murah kauu!

Semalam pun gigih lah pergi Pizza Hut nak beli dengan harga offer. Sampai 4 kotak beli. Makan lah pizza dari pagi semalam sampai lah pagi ni. FD beli 2 large, 1 regular dan 1 personal. 1 large tu okay, memang penuh 1 box. Tapi satu lagi tu, agak hambar.


Tak penuh 1 box weh! Nasib baik lah dah sampai rumah baru cek. Kalau cek masa kat restoran tu, mahunya mak FD suruh staff tu tukar lain. Macam size regular kot. Nak buat macam mana, dah beli tu, makan sajo lah. Kena lah dengan 'HARGA OFFER' tu.

Korang ada try beli masa offer? Mana tau kot lain tempat, lain cara dia. Kot kot tempat korang memang ikut standard size, FD je kena macam ni
Btw ni beli kat Giant, Kuala Terengganu.

Share lah pendapat korang! :)

Monday, 17 October 2016

Parcel dari My Beauty Herbs dah sampai!


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah FD terpilih untuk menjadi salah seorang testimoni untuk produk 3D Gold Stemcell Serum. Rezeki join giveaway dari kak Mia Liana. 40 orang je yang terpilih dalam giveaway haritu.


FD terima parcel dari My Beauty Herbs ni pada hari Ahad yang lepas, 9 Oktober. Sekarang ni baru genap seminggu FD guna produk ni.
Oh by the way, FD selitkan sedikit kebaikan produk ni ya;

KEBAIKAN 3D STEMCELL SERUM
1. Membantu untuk menghasilkan kolagen.
2. Memberikan wajah anjal.
3. Memberikan rejuvinasi untuk tektur kulit.
4. Sebagai agen pelembapan yang semula jadi.
5. Berfungsi sebagai anti penuaan.
6. Berkeupayaan untuk menyerap masuk dalam lapisan epidermis kulit dan membawa nutrisi ke sel-sel kulit.
7. Membantu pertumbuhan sel-sel kulit.
8. Lindungi kulit dari perosakan cahaya UV.
9. Mengurangkan pembentukan radikal-radikal yang merosakkan kulit
10. Mengurangkan kerosakan membrane sel kulit
11. Mengurangkan kehilangan air dari kulit
12. Melindungi keseimbangan minyak semula jadi kulit ketika membersihkan muka


Packaging sangat cantik okay. Mula mula keluarkan dari kotak pun mak FD dah berkenan tengok bentuk serum ni. Terus booking nak bekas ni lepas habis guna. Hehe :D


Okay, segan pulak rasa sebab dah lama tak tayang muka dalam blog ni. Hihi >,<
Ini dalam tempoh seminggu FD guna. Kite tunggu lagi 2 minggu ya. So far FD puas hati dengan serum ni sebab cepat kering kat kulit muka. Rasa macam takde apply apa apa kat muka kite ni ha. FD nak biji biji kat dahi tu hilang. Lain lain takde masalah pun sebenarnya :)

So now, kite tunggu next entri dalam masa 2 minggu. Okay reader? ;)
https://www.instagram.com/mybeautyherbs/
Untuk yang berminat dengan produk ni;
http://mybeautyherbs.blogspot.my/2015/10/stem-cell-serum.html

Contact;
Contact number: +601128090446 /+60122239447
Email: mbherbs@gmail.com
Instagram: https://www.instagram.com/mybeautyherbs/