Saturday, 13 August 2016

Samyang Hot Chicken Ramen murah gila! RM27 jer


Assalamualaikum! :)


Haa, sape dah try Samyang Hot Chicken Flavor Ramen ni?
Kalau yang suka pedas tu, memang rekemen lah. Memang pedas gila baq hang! FD dulu masa memula nak makan, main taruk semua perencah kasi habis.


Merah menyala mak ngah oii! Bau dia sedap tau. Sekali masuk mulut, menggelupur cari air. Hehe. 1 packet tu pun makan kongsi satu family (5 orang). Kecuali adik lelaki lah since dia takde kat sini. Keje kat KL. Saje sakat abah, hulur lah 1 mangkuk ramen separuh mee. Kitorang kat bawah tunggu je. Sekali menjerit sebab pedas, laju turun bawah cari air. Kelakar gila okay? Kitorang yang perempuan ni gelak gelak je lah. Pastu makan sorang sikit. Sarah suka la makan sebab dia hantu mee. FD makan sikit sikit sampai kering mee dok tarik satu satu. Bukan makan satu suap sudu.

Kalau korang jenis yang tak berapa dengan pedas, letak perencah tu biar lah 1/4 sahaja. Ha bukan 1/3 tau tapi 1/4. Sikit sangat pun pedas tu tetap terasa. Nak lagi sedap, makan dengan telur mata atau telur dadar. Nak cover pedas tu sikit. Masa second time nak makan tu lah FD letak perencah 1/4 dengan telur hancur. Pastu saje nak try letak kicap, apa rasa. Not bad lah. Kurang sikit pedas tu. Kalau letak banyak banyak, dah macam mee kicap pulak :D so letak sesedap rasa je, hehe.

Btw, FD ada jual jugak kalau ada yang berminat lah.
FD jual ramen ni murah murah je memandangkan tak semua mall ada jual. Ni pun harga dah termasuk kos penghantaran tau.

1 pack besar (5 pack) - RM27 SM // RM32 SS
**poslaju**
Kite jual ramen borong jugak tau. Murah2 je
1 ctn (8 pack besar) - RM210 SM // RM250 SS
(pos domestik sebab postage Sabah Sarawak mahal)


Kalau nak order, meh WhatsApp atau iMessage
011-33 765 321
Atau pun contact kat FB
fb.com/ftndiana27


Thursday, 4 August 2016

Budak Hostel Otaknya Sewel


Assalamualaikum :)

Sinopsis:
“Tidak namanya jantan la kalau tak pernah pecah masuk asrama perempuan!” Kata-kata Borhan bak belati yang membelah ke dada Akhil. Borhan satu-satunya pelajar lelaki yang pernah berjaya memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Akhil menyahut cabaran Borhan dan mengumpulkan tiga teman baiknya, Mat Piah, Widad dan Cupin untuk satu misi berani mati. Mencuri baju dalam wanita yang paling cantik di sekolah. Dan ianya sudah tentulah Zakiah Merican. Gadis tercantik di sekolah yang membuatkan hati para pelajar lelaki bergoncangan. 
    
    Masuk seperti seekor lipas tanpa dapat dikesan. Keluar seperti seekor tikus yang menyusup bak halimunan. Plan disusun rapi untuk masuk pada malam hari karnival. Namun perancangan yang bermula dengan lancar bertukar sebaliknya. Satu persatu kekacauan mula mengundang petaka saat kaki melangkah masuk ke dalam asrama wanita. 
    
    Malam yang sepatutnya menjadi sejarah yang manis menjadi sebuah malam yang panjang. Malam yang penuh naharam!


RevieTaknak share jalan cerita, tapi yg pasti memang kelakar habis! Lagi lagi watak si Mat Piah. Kepala weng betul. Ada sekali tu FD tengah baca sambil tunggu tren, tergelak sorang sorang. Pastu baru teringat kat tempat public. Susah nak control sebab lawak gila okay! Better korang baca buku ni :D