Sunday, 5 June 2016

Farmasi Skintrends ♥ *NEW PRODUCT FROM FCC*


Assalamualaikum :)

Lama rasanya entri ni tertangguh. Busy sangat dengan bab pindah and resign. Now kite full time blogger balik. Ihiks! Okay, sekarang nak review benda best dengan korang!
Its about skincare! Dari FCC okay.

FCC baru je keluarkan produk SKINTRENDS ni 2 bulan lepas. Bulan March kalau tak silap. FD pilih untuk cuba SKINTREDNS for normal skins memandangkan kulit FD bukanlah jenis sensitif, atau kering, ataupun berminyak. Berminyak ni tak sure lah sebab kadang berminya, kadang tak. Tapi takde lah berminyak teruk. Sikit sikit je lah. So kira normal lah kan? Hehe.

For now, ada 3 produk;
Revitalizing Gel
Revitalizing Tonic
Hydrating Day Cream

Kalau perasan, ada day cream je. Night cream takde. FD dah tanya staff FCC, diorang kata buat masa ni memang tiga ni je yang ada. Night cream belum masuk Malaysia lagi :) haa, brand ni originally from Turkey tau. Halal all the way from Istanbul.

Okay, jom kite start review! ^_^


FCC SKINTRENDS Revitalizing Gel (200ml)
Deeply cleanse and balances your skin
Skin feels hydrated, refreshed & smooth

Review tentang revitalizing gel;
FD suka sangat sangat dengan pencuci muka ni. Sangat sesuai dengan kulit FD. Lepas cuci je, memang rasa halus dan lembut je kulit ni. Asyik nak belai je pipi lepas cuci muka dengan revitaling gel ni tau :p 1 botol ni boleh tahan sampai 2 ke 3 bulan. Tengok berapa banyak korang guna lah. Alhamdulillah selama FD pakai sebulan lebih, kulit pun dah susah nak naik jerawat. Adik adik jeles je dengan kite. Hihi :'D


FCC SKINTRENDS Revitalizing Tonic (225ml)
Tightens your pores while revitalizes
Cleanses deep into pores to remove impurities & oil
Polished away dullness skin

Review tentang revitalizing tonic;
Sejujurnya lah kan. Sepanjang umur FD ni, tak pernah langsung pakai tonic or maybe known as toner. Takut pedih kulit sebab mak kata tonic ni sakit sikit bila sapu. FD first time pakai tonic kat muka. So far, rasa pedih tu maybe sebab macam berangin gitu rasa dia. Tapi okay la, rasa bersih sikit kulit muka bila tengok cotton pad tu kotor. Kikiki :p


FCC SKINTRENDS Hydrating Day Cream (50ml)
Deeply moisturizes
Improve your skin texture
Help brighten and enhance skin clarity
SPF 15

Review tentang hydrating day cream;
Ini pun FD suka! Sebab, lepas kite sapu krim ni kat muka, rasa moist je kulit. Even berpeluh, tak terasa melekit pun sebenarnya. Sangat puas hati! Setengah krim tu kan, dia macam melekit plus berbau. Yang ni takde bau yang tak menyenangkan. Bau pun best!


Ini harga untuk produk FCC SKINTRENDS
Boleh beli direct dengan FCC atau pun kat Lazada
Pssstt! Ni untuk kulit normal tau.


Untuk jenis kulit berminyak


Untuk kulit kering dan sensitif, packaging warna pink
Harga untuk barang ni korang tengok kat website FCC ya :)



Saje tayang muka :p