Sunday, 28 February 2016

Manfaatkan Raya Cina. Ihiks!


Assalamualaikum :)

Raya cina haritu korang ke mana? Balik kampung?
FD dapat cuti panjang sampai taktau nak buat apa. Nasib lah ada plan

6 Feb
FD pegi Melaka. Kawan dari Melaka, gigih datang KL ambik Wan dengan Wan. Wan yang baju belang ni;

Tukang driver yang datang dari Melaka tu takde dalam gambar sebab dia kena masuk keje lepas hantar kitorang kat Melaka siang tu.
Ini Ci'in, Arel, Topet, Wan dan FD :)

Sampai Melaka, terus checkin kat Hotel Lotus Inn. Not bad lah, hotel budget. RM80 per night. Ada aircond, water heater je takde. Over all selesa la. Memang dekat dengan Melaka Sentral and bandar Melaka. Lotus Inn ni kat Semabok. Sorry, takde gambar bilik untuk share. Sampai bilik je terus bongkang tidur. Penat mengalahkan macam kite yang drive. Ihiks! >,<

Malam lepak dengan diorang dalam gambar tu. Lepak karaoke tempat Ci'n keje. Karok free. FD ni nama je ikut pegi masuk karok, tapi idok ler teman ni nak nyanyi haa. HAHA! Member semua bising je. Maaf lah ye. Kite malu sikit kalau nak nyanyi :p Lepas karok, pegi makan. Lepas makan, pegi uptown. And theeeeeeeennnnnn;


Kite main roller blade! RM10 sampai puas hati, sampai penat.
Biasa main kat Titiwangsa RM10 sejam. Mahai nau nauu! Nasib baik kat sini murah je. Puas hati jugak lah. Kite main tak jatuhhhhh. Weeee~! Sebenarnya bukan expert sangat pun main rb ni. Kalau main, main dengan Mi je dulu sebab dia yang ajar FD. Tak pernah lagi main sendiri atau dengan orang lain. Ni kira first time main dengan Wan. Wan main sorang jatuh, kena sama sama pegang tangan kitorang ni rupanya. Sweet gitchuuuuu :p

7 Feb;

To Johor we go!
Kenduri kawin kawan PLKN. Noi nikah dah. Alhamdulillah :)
Makin ramai kawan kite dah kawin. Seronoknya!!


Cantik Noi :')
Dari kiri;
Wiya, Wan, Noi, FD, Anis
Dalam gambar ni, sebelah FD tu Anis. Dia pun bakal nikah dalam tahun ni. Bulan berapa tu tak sure lagi tapi memang confirm dalam this year lah. Nak kena turun Johor lagi lah nampak gayanya. Wiwiwiwi! Boleh jumpa kawan kawan PLKN yang lain sama.
Lepas kenduri, FD terus balik KL malam tu. Penat okay!

8 Feb;
Air Nutella dengan Nutella bon.

Dia punya nikmat, PERGHH! Memang sedap gila baq hang. Nutella pulak tu. Fav gua kot. Hantu betul kalau dapat Nutella. Worth lah dengan harga dia. Puas hati sangat sangat. Tu pun Zhariff yang recommend.
Sorry, takde gambar selfie untuk haritu.
That time kite keluar dengan Yun, adik kite si Mirul tu dengan Zhariff.
Itu sajoo.

Malam tu shoot pergi balik Terengganu pulak. Kau bayangkan, bila masa waktu gua untuk berehat? Sebab tu gua letak title entri ni MANFAATKAN! Haa, kau guna betul betul cuti yang kau ada ni. Bukan senang nak dapat cuti panjang. Ada waktu tertentu sahajooo.

9 Feb - 11 Feb;
Balik Terengganu, had a quality time with loved one :)
Bukan birthday sesape, saje bebudak ni nak bergambor.

Nak kata bawak bebudak ni berjalan, nampak nau nipunyeee. So kite mintak abah drop kite anak beranak the gegirls pegi bandar. Abah jenis tak berapa kalau berjalan ni. Kite mintak drop sajo lah. Kite belanja adik adik lemak. Haa belanja lemak. Bukan belanja makan. KAH! Betul lah kan? Ini semua LEMAK! Biar sama sama kembang macam hakak dia. Ngehehe :p

Gua mintak air coklat, Sarah air Milo. Mak complain, baik buat milo kat rumah je. Apa lahhh. Ceit, itu la pendapat orang yang eheemm. Padanya membazir. Dakpe ah mok, bukang selalu pom. Sekali sekala dah alang alang akak balik kampung. Ye dop? Ihiks! :D

11 Feb tu kite balik KL pagi pagi buta. Save sikit part balik sebab kebetulan abah ada meeting kat KL. So kite tumpang saje lah. Balik tu baru rehat sebab esoknya kena keje.

Sekian, itu sajo lah aktiviti FD masa cuti raya cina haritu ^_^

Saturday, 27 February 2016

Mani: Wanita Kebaya Kuning


Assalamualaikum :)


Sinopsis Mani: Wanita Kebaya Kuning
Buah dada dan kemaluan wanita suci, syarat hidupkan kembali roh isterinya.
Untuk itu, 60 air mani diperlukan.
Air mani akhir mesti daripada lelaki yang kematian ibu bapa sejak lahir, berkahwin dengan perempuan yang juga mempunyai nasib yang sama.

Review:
Sangat sangat jijik okay apa yang dia perlukan tu semua. Semata-mata nak hidupkan balik orang yang dah mati. Jalan cerita dia okay, sangat seram. Seram pun buatkan kite macam nak tau apa jadi lepas tu. Ending dia takboleh blah lah. Sebab ada sangkut paut dengan si mangsa. Nak tau lebih, pi beli buku ni yee :p

Thursday, 18 February 2016

Tundukkan Playboy Itu Full Episod



Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?


DRAMA : TUNDUKKAN PLAYBOY ITU
EPISOD : 30 episod
TARIKH / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Keoi Hj Khalid
TERBITAN : A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd
PELAKON : Hafidz Roshdi (Harraz Naufal), Uqasha Senrose (Nurin Areesa), Alif Satar, Ridzuan Hashim, Mawar Rashid, Marisa Yasmin, Maria Farida, Navilya Husna, Ziha Salleh, Faradiella Mokhtar, Shaza, Faris Zoren, Nazmi Nordin, Amylia,

Tundukkan Playboy Itu Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16   Episod 17   Episod 18
Episod 19   Episod 20   Episod 21   Episod 22   Episod 23   Episod 24
Episod 25   Episod 26   Episod 27   Episod 28   Episod 29   Episod 30

Tuesday, 9 February 2016

Chocolate Museum, Kota Damansara


Assalamualaikum :)

Last month, 31 Januari kite pegi Muzium Coklat kat Kota Damansara dengan kawan kawan. Tempat ni dekat dengan uptown Kota Dame. Beriya je pakai Waze. KAH! xD


Tu kawan kawan FD lah dok bergambo depan muzium




Ini orang orang yang hasilkan coklat & brand




Harga coklat kat situ jangan expect macam harga kat Langkawi lah sebab rasanya beza seringgit dua je dengan Candylicious. Bukan nak jatuhkan memana tapi kena lah jadi pembeli yang bijak. Ye dak? :p

Kite pegi muzium tu kejap je.
Gambar pun tak banyak sebab crowded sangat dengan manusia

Muzium dibuka untuk semua dan masuk adalah PERCUMA
Waktu; 10pagi hingga 5 petang sahaja.

Untuk info lanjut;
Chocolate Museum by Fidani @ Kota Damansara


Lagi 2 orang takde dalam gambar yakni couple;
Mior dan Anis >,<

Saturday, 6 February 2016

BOLD NEXUS and The Boy


Assalamualaikum :)

On 23rd January, kawan kite ada event. Kite pergi lah event dia, tanda support dari kawan kawan sekolah. Ihiks! She's my best buddy, Nina :)


Long time no see babe. Tak ingat last kite lepak sama bila.
Masa makan eksem Jipangi kot, kan? Hehe c(:

Oh btw, event tu untuk bebudak yang ambik art or design. Nina ambik multimedia and tu last sem dia. Dia hambek degree. Tak tau lah kot Nina nak sambung lagi ke tidak lepas ni. Sorry, gambar event tak banyak tapi gambar bebudak kitorang je banyak. Hehe :D



There you go!
Syamira, FD, Amin, Nina, Wardah and Anis.
Semua ni kawan sekolah. WEEEE~!

Lepas event, kite makan kat Mee Tarik. And then kite layan movie


The Boy;
A young American named Greta (Lauren Cohan) takes a job as a nanny for an 8-year-old boy in a remote English village. To her surprise, Greta learns that the child of her new employers is a life-size doll. They care for the doll as if it was human, which helps the couple to cope with the death of their own son 20 years earlier. When Greta violates a list of strict rules, a series of disturbing and inexplicable events bring her worst fears to life, leading her to believe that the doll is alive.

Review The Boy;
At first FD fikir memang patung ni hidup kenkonon macam Chucky tu. Rupa rupanya hampehhh ending dia. Psiko rupa-rupanya. Tapi kira okay la, kau ikut je apa patung tu nak. Nak main macam macam, kasi mandi lah, kasi tidur lah. Buat macam layan baby, haa cenggitu. Kalau tak ikut rules dia, habis kau!