Sunday, 31 January 2016

Best Movie of 2015


Assalamualaikum! :)

Ini permulaan Januari yang best sebab kite dapat tix free! Hihi! Dah lama rasanya tak dapat free tix movie ni. Last merasa tix free ni cerita Sinister 2, August 2015.


Kite dapat tix movie Insidious Chapter 3. Last year dah tengok, tapi dapat tengok lagi lah untuk second time. Layankan ajeee daripada takde buat apa. Ihiks!


Sebelum movie start, kite layan perut dulu. Kesian kelaparan >,<


Oh ya, FD pergi dengan bespren. Naza :)


Malu malu pulak Naza c(:

Dah lah dapat tix free, pastu makanan dengan air pun free. Padahal baru je lepas makan time tu. Ah layankan aje lah weh. Dah nama pun rezeki, kan? Hihi. Alhamdulillah. Goodies bag pun kite dapat tau. Dalam goodies bag ada note book dengan tshirt.


Kite taknak review movie, tapi nak complain hall TGV kat Encorp Strand Mall tu, boleh tak? HAHAHA! Sebabnya rasa macam hall tu tak syok. Seat semua okay. It just hall tu dinding macam nipis ke camne? Sebab kite boleh dengar sound dari hall lain yang tayang movie lain lain ni. Sangat spoil okay!


Sinopsis Insidious Chapter 3;
When teenager Quinn Brenner (Stefanie Scott) senses that her late mother is trying to contact her, she seeks help from gifted psychic Elise Rainier (Lin Shaye). However, Elise's tragic past makes her reluctant to use her abilities. After Quinn is attacked by a malevolent entity, her father (Dermot Mulroney) pleads with Elise for help. With support from two parapsychologists, Elise ventures deep into The Further -- where she finds a powerful demon with an insatiable craving for human souls.


Review movie Insidious Chapter 3;
FD pun tak berapa ingat yang first and second dah layan ke belum. FD jenis suka terjun je. Terus layan sequel lain lain. Hehe. But overall best lah. Hantu dia creepy and gross. Geli doh! Yang pakai alat pernafasan tu. Dengan hantu yang tetiba muncul last sekali tu. Gilo. Berani sangat budak tu nak panggil mak dia dari alam lain tu. Haiyoo.


Friday, 29 January 2016

Shakura Pigmentation Beauty


Assalamualaikum :)

Tak pernah pernah update pasal beauty. Selama ni jual supplement dengan skincare je. Ihiks! Ni FD nak share, pengalaman buat facial. Facial free okay. Baca sampai habis tau!

Kite punya appointment hari Sabtu, 16 Januari pukul 3 petang.
Location; Shakura, The Curve

Kite bawak adik sorang, budak opis kite. Nama dia Huda. Tak pernah share sini lagi pasal kawan kawan opis. Nanti ada masa kite story, okay? ;)
Budak tu keje Sabtu haritu. So kite tunggu dia habis keje, baru kite gerak naik bas sajoooo.

Sampai je kat Shakura, dia cek kulit kite. Tengok apa problem kulit kite ni. Dia kata kulit kite kering, sebab tu banyak whitehead muncul kat dahi. Banyak nau bijik bijik. Kite tak suka! -,- lepas dah tengok semua problem muka kite, dia pun mula lah buat facial.

Tempat not bad. Relax je siap pasang lagu lullaby >,<
Masa tengah urut urut muka kite, tepek mask kat muka kite, tunggu few minutes that I fell like 1 hour, terlelap kejap. Sempat mimpi Huda tinggalkan gua. Gila. HAHAHA!

Habis facial, tea time sekali dia promote dia punya offer.
Offer dia menarik tapi masa tu kite kegawatan sikit. Ihiks! Kalau tengah kayo, memang kite ambik offer dia sebab kite suka servis dia. Product dia pun okay, sesuai dengan kulit ni haa.
Dia punya offer memang mughah!! Rugi pulak rasa nak kasi deposit haritu.

Lepas explain macam macam, kite dapat home care product. Untuk penggunaan selama 3 minggu. Each little pack tu pakai sekali seminggu lepas hari yang kite facial tu.

For more info;

Klik link bawah ni untuk free 1 treatment

Tuesday, 19 January 2016

Novel: Patung karya Muhammad Fatrim



PENULIS: MUHAMMAD FATRIM
PENERBIT: BUKU FIXI
GENRE: · SERAM · PSIKOTIK
BIL. HALAMAN: 301

Sinopsis Patung:
“Jangan takut. Aku hanya mahu berkawan dengan kau, kau sunyi dan perlukan aku, aku kan comel. Aku janji aku akan bantu kau. Kau percayakan aku, kan Orked?"

“Kau?! Kau boleh cakap? Jadi selama ni, kau dengar aku?!” Bulat mata Orked memandang arah suara itu, tangannya menggeletar.

“Iya, aku dengar kau. Kita boleh berkawan, kan? Aku sayang kau, kau tak sayang aku?”

 Mata mereka kemudiannya saling bertautan. Terukir sebuah senyuman.


Review:
Lepas baca ni, agak creepy jugak la sebab kat rumah ada banyak patung. Sangat banyak! Lagi lagi Barbie doll >,< gila kau? Patung dia macam manusia. Rambut dia macam manusia. EEE! Takboleh nak bayangkan. Tak pasal pasal kena bela patung tu. Biar kang, ada yang mati pulak. Karya Fatrim semuanya best! Asrama tu paling GEMPAK!

Monday, 18 January 2016

The 5th Wave with them ♥


Assalamualaikum :)

Semalam kite paw air Boost kat adik >,<
Ajak kawan temankan.

Awek ni nama dia Adila ♥

Lepas dapat Boost, kite pegi One Utama pulak. Plan nak tengok movie. Tapi movie semua macam full pulak. Pi sana, makan then beli tix untuk malam

Ini Amin dan Adila :p

Ada lagi dua orang, tapi depa pergi smoking -,-

Movie pukul 11 malam, time tu pukul 6. So balik rumah, rehat kejap.
Ihiks! >,<

The 5th Wave
The human race stands on the brink of extinction as a series of alien attacks decimate the planet, causing earthquakes, tsunamis and disease. Separated from her family, teenager Cassie Sullivan (Chloë Grace Moretz) will do whatever it takes to reunite with her brother Sam (Zackary Arthur). Fate leads her to form an alliance with Evan Walker (Alex Roe), a young man who may be her last hope. Forced to trust each other, Cassie and Evan fight for survival as the invaders prepare a fifth assault.

Haa, kite tengok The 5th Wave. Jalan cerita dia not bad lah. Cuma boleh bagi 3 bintang dari 5 bintang. Frust sebab Evan mati T__T and ada certain scene yang diorang potong. Cerita dia buat nak nangis jugak la sebab si Cassie gigih nak cari adik dia kat kem tentera. sangat best lah part tu. Syahdu kejap. Hihi :p


Haa, sebelah Amin tu Zhariff. Lama tak update keluar dengan meon sorang tu kan >,<
Ini semua kawan sekolah menengah dulu. Reunion kecik gitu. Kah!


Kawan baiyekkk ♥

Thank you guys for last night
♥♥♥

Saturday, 9 January 2016

Sha Dan Shah Full Episod




Sinopsis:
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.
Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka mendapat tentangan.
Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu?  Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.
Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…


Tajuk: Sha Dan Shah
Channel : Astro Ria & Ria HD
Mula Tayangan : 4 Januari 2016
Masa: Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm
Jumlah Episode : 16

Lagu Tema : Hati Hati - Amira Othman

Barisan Pelakon : Kamal Adli (Shah), Syatilla Melvin (Sha), Shima Anuar (Atilia), Azwan Kombos (Iskandar), Nina Iskandar (Marinate), Aizat Hassan (Syed Adif), Azhan Rani, Raja Azmi, Kartina Aziz, Siti Mili Supina, Hanif Safuan

Sha Dan Shah Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16