Pizza Hut WOW! Take-Away indah khabar dari rupa


Assalamualaikum :)

Haritu tengok Pizza Hut buat offer. Harga murah sangat sangat lah kalau nak bandingkan dengan normal price. Biasa kalau FD beli, memang akan ambik 2 large pizza sebab dalam family ni 4 orang makan pizza. Semuanya dewasa dah kiranya, 1 je lah remaja si Darlina tu. Sarah memang tolak tepi, tak reti lagi makan pizza.

Pizza Hut | Wow Take-Away
Nampak offer dia? Kemain murah kauu!

Semalam pun gigih lah pergi Pizza Hut nak beli dengan harga offer. Sampai 4 kotak beli. Makan lah pizza dari pagi semalam sampai lah pagi ni. FD beli 2 large, 1 regular dan 1 personal. 1 large tu okay, memang penuh 1 box. Tapi satu lagi tu, agak hambar.


Tak penuh 1 box weh! Nasib baik lah dah sampai rumah baru cek. Kalau cek masa kat restoran tu, mahunya mak FD suruh staff tu tukar lain. Macam size regular kot. Nak buat macam mana, dah beli tu, makan sajo lah. Kena lah dengan 'HARGA OFFER' tu.

Korang ada try beli masa offer? Mana tau kot lain tempat, lain cara dia. Kot kot tempat korang memang ikut standard size, FD je kena macam ni
Btw ni beli kat Giant, Kuala Terengganu.

Share lah pendapat korang! :)

You Might Also Like

0 comments