Thursday, 4 August 2016

Budak Hostel Otaknya Sewel


Assalamualaikum :)

Sinopsis:
“Tidak namanya jantan la kalau tak pernah pecah masuk asrama perempuan!” Kata-kata Borhan bak belati yang membelah ke dada Akhil. Borhan satu-satunya pelajar lelaki yang pernah berjaya memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Akhil menyahut cabaran Borhan dan mengumpulkan tiga teman baiknya, Mat Piah, Widad dan Cupin untuk satu misi berani mati. Mencuri baju dalam wanita yang paling cantik di sekolah. Dan ianya sudah tentulah Zakiah Merican. Gadis tercantik di sekolah yang membuatkan hati para pelajar lelaki bergoncangan. 
    
    Masuk seperti seekor lipas tanpa dapat dikesan. Keluar seperti seekor tikus yang menyusup bak halimunan. Plan disusun rapi untuk masuk pada malam hari karnival. Namun perancangan yang bermula dengan lancar bertukar sebaliknya. Satu persatu kekacauan mula mengundang petaka saat kaki melangkah masuk ke dalam asrama wanita. 
    
    Malam yang sepatutnya menjadi sejarah yang manis menjadi sebuah malam yang panjang. Malam yang penuh naharam!


RevieTaknak share jalan cerita, tapi yg pasti memang kelakar habis! Lagi lagi watak si Mat Piah. Kepala weng betul. Ada sekali tu FD tengah baca sambil tunggu tren, tergelak sorang sorang. Pastu baru teringat kat tempat public. Susah nak control sebab lawak gila okay! Better korang baca buku ni :D

No comments: