Saturday, 28 May 2016

Seindah Takdir Cinta Full Episod


Assalamualaikum :)



Sinopsis
MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.
Adrian, lelaki macho, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.
Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?
Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?



JUDUL : SEINDAH TAKDIR CINTA
EPISOD : 28 episod
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mufid Shuhaimi
NOVELIS : Kamsiah Abu
PENGARAH : Zulhuzaimy Marzuki
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Amyra Rosli (Mia Karmila), Saharul Ridzwan (Shahriman), Redza Rosli (Adrian), Ben Ali (Rashid), Mahmud Ali Bashah (Dato Kamal), Azri Iskandar (Tan Sri Affendi), Ifa Raziah (Datin Mariam), Raja Ema (Puan Sri Zalina), Lydiawati (Ustazah Habibah), Nazzaty Rusli (Zetty), Nazeri Md Isa (Manap), Nada Suhada (Zila), Tatty Hassan (Diah), Zulaihardayani Omar (Gina), Amai Kamaruddin (Fendi), Haff Ridzuan (Faizal), Irma (Aida Abdul)


Seindah Takdir Cinta Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16   Episod 17   Episod 18
Episod 19   Episod 20   Episod 21   Episod 22   Episod 23   Episod 24
Episod 25   Episod 26   Episod 27   Episod 28

1 comment:

Nadia Johari said...

selalu layan dekat tv je..