Family

Manfaatkan Raya Cina. Ihiks!

February 28, 2016


Assalamualaikum :)

Raya cina haritu korang ke mana? Balik kampung?
FD dapat cuti panjang sampai taktau nak buat apa. Nasib lah ada plan

6 Feb
FD pegi Melaka. Kawan dari Melaka, gigih datang KL ambik Wan dengan Wan. Wan yang baju belang ni;

Tukang driver yang datang dari Melaka tu takde dalam gambar sebab dia kena masuk keje lepas hantar kitorang kat Melaka siang tu.
Ini Ci'in, Arel, Topet, Wan dan FD :)

Sampai Melaka, terus checkin kat Hotel Lotus Inn. Not bad lah, hotel budget. RM80 per night. Ada aircond, water heater je takde. Over all selesa la. Memang dekat dengan Melaka Sentral and bandar Melaka. Lotus Inn ni kat Semabok. Sorry, takde gambar bilik untuk share. Sampai bilik je terus bongkang tidur. Penat mengalahkan macam kite yang drive. Ihiks! >,<

Malam lepak dengan diorang dalam gambar tu. Lepak karaoke tempat Ci'n keje. Karok free. FD ni nama je ikut pegi masuk karok, tapi idok ler teman ni nak nyanyi haa. HAHA! Member semua bising je. Maaf lah ye. Kite malu sikit kalau nak nyanyi :p Lepas karok, pegi makan. Lepas makan, pegi uptown. And theeeeeeeennnnnn;


Kite main roller blade! RM10 sampai puas hati, sampai penat.
Biasa main kat Titiwangsa RM10 sejam. Mahai nau nauu! Nasib baik kat sini murah je. Puas hati jugak lah. Kite main tak jatuhhhhh. Weeee~! Sebenarnya bukan expert sangat pun main rb ni. Kalau main, main dengan Mi je dulu sebab dia yang ajar FD. Tak pernah lagi main sendiri atau dengan orang lain. Ni kira first time main dengan Wan. Wan main sorang jatuh, kena sama sama pegang tangan kitorang ni rupanya. Sweet gitchuuuuu :p

7 Feb;

To Johor we go!
Kenduri kawin kawan PLKN. Noi nikah dah. Alhamdulillah :)
Makin ramai kawan kite dah kawin. Seronoknya!!


Cantik Noi :')
Dari kiri;
Wiya, Wan, Noi, FD, Anis
Dalam gambar ni, sebelah FD tu Anis. Dia pun bakal nikah dalam tahun ni. Bulan berapa tu tak sure lagi tapi memang confirm dalam this year lah. Nak kena turun Johor lagi lah nampak gayanya. Wiwiwiwi! Boleh jumpa kawan kawan PLKN yang lain sama.
Lepas kenduri, FD terus balik KL malam tu. Penat okay!

8 Feb;
Air Nutella dengan Nutella bon.

Dia punya nikmat, PERGHH! Memang sedap gila baq hang. Nutella pulak tu. Fav gua kot. Hantu betul kalau dapat Nutella. Worth lah dengan harga dia. Puas hati sangat sangat. Tu pun Zhariff yang recommend.
Sorry, takde gambar selfie untuk haritu.
That time kite keluar dengan Yun, adik kite si Mirul tu dengan Zhariff.
Itu sajoo.

Malam tu shoot pergi balik Terengganu pulak. Kau bayangkan, bila masa waktu gua untuk berehat? Sebab tu gua letak title entri ni MANFAATKAN! Haa, kau guna betul betul cuti yang kau ada ni. Bukan senang nak dapat cuti panjang. Ada waktu tertentu sahajooo.

9 Feb - 11 Feb;
Balik Terengganu, had a quality time with loved one :)
Bukan birthday sesape, saje bebudak ni nak bergambor.

Nak kata bawak bebudak ni berjalan, nampak nau nipunyeee. So kite mintak abah drop kite anak beranak the gegirls pegi bandar. Abah jenis tak berapa kalau berjalan ni. Kite mintak drop sajo lah. Kite belanja adik adik lemak. Haa belanja lemak. Bukan belanja makan. KAH! Betul lah kan? Ini semua LEMAK! Biar sama sama kembang macam hakak dia. Ngehehe :p

Gua mintak air coklat, Sarah air Milo. Mak complain, baik buat milo kat rumah je. Apa lahhh. Ceit, itu la pendapat orang yang eheemm. Padanya membazir. Dakpe ah mok, bukang selalu pom. Sekali sekala dah alang alang akak balik kampung. Ye dop? Ihiks! :D

11 Feb tu kite balik KL pagi pagi buta. Save sikit part balik sebab kebetulan abah ada meeting kat KL. So kite tumpang saje lah. Balik tu baru rehat sebab esoknya kena keje.

Sekian, itu sajo lah aktiviti FD masa cuti raya cina haritu ^_^

You Might Also Like

1 comments

  1. wow ! bestnya.. kzaza lepak rumah je tak balik kg pun sb menunggu kepulangan somi tercinta cewahhhh hehe..

    ReplyDelete