Monday, 30 November 2015

Spend time with gegirls ♥


Assalamualaikum :)

Dah lama rasanya tak keluar macam ni dengan family. Last haritu masa last day bulan puasa. Lama oii! Dah lah lama tak balik Terengganu. Nak balik sana, sekarang tengah musim nak banjir. Ah nayaaa. Nasib baik lah family turun KL. Boleh lah gelenyar sehari dua. Ihiks! :p

Hari Sabtu, kite ke Jalan TAR. Gigih Sarah nak merasa naik tren. Maklum ler, masa duduk KL dulu dia baby lagi. Tak reti benda benda gini. Ini dah besar, semua nak try. Excited dia!


Yes, the gegirls only. Abah ada hal and adik lelaki kerja. FD hari sabtu haritu pun keje tapi halfday. Untuk family, kena lah plan sampai jadi ;)


Kenkonon shayang hakak dia lah tu sampai nak cium cium :p


Yang sorang nak bagi penumbuk. Ado hatiii. Nasib takbole letak emoji buat muka poyo kat sini. HAHAHA!


 
Bila dah jumpa dua budak ni, dia ikut aje mimik muka hakak diorang :p

Sambil tu nak promo, kite jual shawl keknis RM18 sajoooo.
Boleh post and boleh bagi by hand kalau duduk area Bandar Sri Damansara :)

Ahad pulak which is semalam, kite ke IKEA then ke KLCC. Haa ini keje gila. Kesian mak penat berjalan xD Gila kau naik bas dari IKEA, pegi KTM Kepong Sentral lepas tu ke KL Sentral naik LRT ke KLCC. Mana tak letih mak iolls tu. Takpe, mak kan consume Pamoga. Mesti lah kuat :D


First kite ke Sephora. Gedik gedik try make up. Ah hambek. Dulu tak suka makeup. Ni dah nak berjinak jinak pulak. Mihmihmih :p
Oh ya, tu cousin weolls. Nama dia Aqilah. Sebaya dengan Darlina, 15 tahun. Result PT3 diorang nak keluar dalam 2 minggu lagi kalau tak silap >,<


Bila dua budak ni pantang ada peluang nak selfie :p


Ini penting :*
Hihik!

Dah pukul 8 camtu terus gerak balik. Ngantok gila oi tak cukup tidur.
Ni pun tersengguk sengguk buat keje kat opis. KAH! Gilo betuiiii.

Esok balik kampung pulak. Jumpa tokwan dengan opah.
RINDUUUUU! ♥

Wednesday, 18 November 2015

Manisnya Cinta di Cappadocia



Sinopsis Manisnya Cinta di Cappadocia;
Ifti Liyana ( Nur Fazura) tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo (Josian Hogan). Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.

Ifti merupakan "mama" kepada anak-anak kakaknya, Aida (Eja) yang telah meninggal dunia akibat kanser. Suami kakaknya, Bakhtiar (Faizal Hussein) yang gagal menjadi seorang suami dan ayah yang baik, ingin memulakan hidup baru dengan Ifti. Pertemuan pertama Ifti dengan Nazmi (Shaheizy Sam),seorang pemandu bas telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami.

Datin Noor (Erma Fatima) menugaskan Ifti dan rakan karibnya, Dhivia (Rafidah Abdullah) untuk mencari perabot rumahnya di Turki. Ifti terserempak dengan Nazmi di sana.

Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya.

Manisnya Cinta Di Cappadocia merupakan sebuah filem cinta komedi hasil arahan Bernard Chauly dan dibintangi oleh Nur Fazura, Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Rafidah Abdullah, Lisa Surihani dan Fauziah Ahmad Daud.Filem ini mengisahkan mengenai konflik Ifti Liyana ( Nur Fazura) yang terpaksa berdepan dengan cinta tiga lelaki, Fredo (Josiah Hogan), Bahkhtiar (Faizal Hussein) dan Nazmi (Shaheizy Sam). Selepas pertemuan dirinya dengan Nazmi di Cappadocia, Turki, dia memilih untuk bersama Nazmi.

Monday, 16 November 2015

Third part time job, promoter - Poco Popcorn


Assalamualaikum :)

18 April;
Start first job at KL. Baru sampai KL 17hb April, malam. Esok tu terus start kerja promoter. Memang gila lah. Penat duduk dalam bas pun tak habis. Hihi! Sebelum kerja, start bfast dengan ini

Susu Anlene coklat, roti coklat dan coklat. Ihiks! :p


Kali ni keje promote and jual Poco Popcorn sajoo
Paling laku yang original


Sambil promote sambil ngap. Nomnomnom :p
First day tu alhamdulillah, banyak jugak sale event penat berdiri dengan jamu orang makan popcorn xD lepas tu dengan hujan lebat sampai tumbang payung restoran kat depan. Eh eh lupa pulak. Part time ni kat street market The Curve tau :)

19 April;

Second day, terkejut sikit. Sebab fikir sama tempat booth ni. Tetiba tukar kat tempat lain. Memang camtu cara diorang rupa rupanya. Hee :D

 
Time lunch ada uncle belanja kite pineapple comel ni. Seumur hidup tak pernah makan buah ni tau. Jenuh dok menolak taknak offer uncle tu. Tapi sebab dia gigih pelawa, kite terima je lah. Boleh tahan sedap. Manis pulak tu. Hehe :D seketul ni RM5 kalau tak silap.

Street market kat The Curve tu setiap weekend ada. Tapi sekarang ni booth yang jual Poco Popcorn takde dah. Sobsob. Kalau korang nak beli, boleh je order sebab adik FD ada niaga online popcorn ni ;) boleh sajo nak post.

Keje macam ni syok. Sebab gaji dapat direct lepas habis keje. Lepas tu relax jugak. Yang penting kena push sale. Baru banyak komisyen. Mulut kena talkative. Kalau jenis tak berborak ni payah macam FD. Kikiki :p

Thursday, 12 November 2015

Tuan Anas Mikael Full Episod




Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Tetapi... Di Krabi...

“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih...

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL
Ayu Maisarah, kecewa!

“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.

Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?

“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL

JUDUL : TUAN ANAS MIKAEL
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : 9 November 2015 (Isnin-Khamis, 10.00 malam)
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PELAKON & WATAK : Aaron Aziz (Tuan Anas Mikael), Zara Zya (Ayu Maisarah), Wan Sharmila (Miss Kayla/Kay), Shah Rezza (Pak Guard Hamid), Raja Ilya (Safra Ariana), Normah Damanhuri (Tun Aminah), Emmelia (Melinna), Sarah Anne (Liza), Fazlina Ahmad Daud (Cik Su), Roy Azman, Jalaluddin Hassan, Ryzal Jaafar, Ziela Jalil, Daler Yusuf, Ruzana Ibrahim, Dato Chef Wan

Tuan Anas Mikael Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16
hLive! SPECIAL