Friday, 16 October 2015

Second part time job, Promoter Air Wick


Assalamualaikum :)

Okay, yang part time job ni pun memang lama gila peram! Dari 11 April kot. Lama, kan? Hihi! Keje 2 hari sajooo. Guess what? Kerja part time more better even penat. Sebab sehari dia bayar kau RM100. Kalau tiap minggu keje, kira lah RM200 (2days) kali dengan 4. Kau keje 8 hari je boleh dapat RM800. Cuma part time sahaja, bukan keje tetap.

Bahan untuk kerja. Tester and badge Air Wick

Booth Air Wick

Ni Air Wick yang baru. Memang wangi gila kata kauu!
FD suka yang Sweet Lavender dengan Summer Delight.
Paling wangi and lembut je bau dia. Best! ^_^

Walaupun penat sikit keje ni, kau kena berdiri je. Still best. Boleh dapat kawan baru. Dapat pulak kawan macam akak promoter Chipsmore. Lagi syok keje food and beverage ni. Sambil promote sambil ngap >,<
Waktu keje macam ni, pukul 9 sampai 10 malam. Pakai punch card. So kau kena jaga displin jugak walaupun big bos tak pantau kau keje. Dia ada hantar orang untuk pantau pekerja part time ni cuma kite tak kenal je. Deal keje pun dalam WhatsApp je.

Untuk yang berminat nak cari keje part time jugak, boleh usha kat website ni;
http://asiaparttime.com/

Monday, 12 October 2015

Perfume: Our Moment - One Direction


Assalamualaikum :)

So, FD nak share dengan korang perfume apa yang FD guna. And selalu beli kat mana perfume original tapi dengan harga murah. Kau beli kat mall, ikut harga market memang fikir banyak kali lah nak beli ke tidak. Harga kat kaunter mahal gila kot.


Our Moment by One Direction is a Floral Fruity fragrance for women. Our Moment was launched in 2013. Top notes are pink grapefruit, forest fruits and red currant; middle notes are freesia, jasmine and frangipani; base notes are woodsy notes, patchouli and musk.


One Moment by ONE DIRECTION SET - RM169
1 x 100ML EDP
1 x 150ML BODY LOTION
1 x 150ML SHOWER GEL

Ini gift set 100ml perfume. Beli dengan harga offer. Kau pergi mall, usha harga 1 botol pun dah terbeliak biji mata okay macam FD ni sebab jarang pakai perfume mahal. Selalu pefume Avon je guna. Takde sampai cecah RM100.

Paling murah 30ml punya, yang kecik RM180 something. Yang paling besar 100ml harga RM280 something. Kau ghaseee? Memang berbaloi lah beli online daripada beli kat mall. Ini trusted seller okay. Dua kali dah beli perfume dengan hakak ni. Sangat recommend.


Cute letter from One Direction :p


The debut fragrance from One Direction is vibrant and juicy. Combining top notes of fresh fruit and heavenly scented flowers infused with undertones of warm musk. Available in three different sizes including 100ml, 50ml and 30ml and presented in a beautifully ornate glass bottle, this refreshing, uplifting scent adds a touch of sophistication to any occasion.

Last year pakai perfume;

That Moment - One Direction
Their first perfume called Our Moment was introduced in September 2013. That Moment, a new special edition of debut, comes out in April of 2014. The soft fragrance is made up of splashes of fresh fruit and seasonal flowers infused with an undertone of musk. The smell of green apple and refreshing cucumber, combined with peony and violet and a hint of cedarwood offers all the excitement of new beginnings.
The fragrance is available as 30, 50 and 100 ml Eau de Parfum.

Start pakai sejak bulan Julai 2014. Tahan sampai tahun ni, bulan September. Setahun lebih tau. Tahan lama pulak tu. Bau pun soft.

Next nak try perfume You & I - One Direction ♥
Latest perfume , Between Us. Coming soon, belum ada kat pasaran

Contact;
https://www.facebook.com/wangiwangiwater
https://instagram.com/wangiwangiwater/
+6010 264 833

Friday, 9 October 2015

Happy Birthday Dear Sarah! ♥


Assalamualaikum :)

Pagi pagi dapat WhatsApp dari abah dengan mak, tunjuk gambar surprise untuk Sarah pagi tadi. Huwwaaa! Jeles betul sebab tak dapat nak celebrate birthday adik sesama T__T






Muka budak baru bangun tidur xD

Happy Birthday Sarah! Sorry hadiah Sarah nanti akak bagi eh. Postpone 2 3 hari kot. Boleh gitu? Hihi >,< last year dapat ler celeb sesama sebab tak keje jauh. Ni dah keje jauh, tengok gambar kat WhatsApp je lah yang boleh pun. Sobsob T__T

Ini last year punya;

Alahai rindunyaaa!!! T__T

Mak bagitau sekarang ni Sarah kalau bercakap, macam orang tua. Ada saje ayat dia nak bercakap. Hmm nak balik Terengganu!! :'( tapi tak dapat sebab keje banyak gila. Too busy. Kena jaga displin keje jugak. Haihh, cabaran betul :(

Tunggu eh, ada masa nanti balik lah Terengganu.
Rindu mak, rindu Sarah, rindu masakan mak :'(

Tuesday, 6 October 2015

Hello Mr Perfect Full Episod




Sinopsis
Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama 6 bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai.  Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya, namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?

JUDUL : HELLO, MR. PERFECT!
EPISOD : 28 episod
TARIKH / MASA : Isnin-Khamis, 6.58petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP: Mazelan Manan, Siti Hawa Ibrahim
NOVELIS : Waniey Zakaria
PENGARAH : Nuad Hj. Othman
TERBITAN : A Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin (Muhammad Izzul Islam), Nur Ruhainies (Alya Adriana & Nurul Ain), Rafiq Razali (Muhammad Arif Fikri), Ezzaty Abdullah (Ainul Mardhiah), Azlan Mokhtar (Rahim), Mimi Ernida (Lina), Nafiez Zaidi (Azizi), Keena Mentor (Hana), Afzan A.Rahman (Fauzi), Kay Maria (Mak Temah), Eizlan Yusof (Dato Seri Amiruddin), Fiza Halim (Datin Seri Rosni), Ammar Alfian (Aizat), Seniwati Mariani, Reydzal Razaly, Zaidi Omar, Lan Siro, Adiba Yunus, Chomel Fana,


Hello Mr Perfect Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16   Episod 17   Episod 18
Episod 19   Episod 20   Episod 21   Episod 22   Episod 23   Episod 24
Episod 25   Episod 26   Episod 27   Episod 28


Monday, 5 October 2015

VITAMIN C 1000mg Pahang Pharma



Kali ini produk terbaru dan terhangat di pasaran yang mampu meremajakan kembali kulit anda semua serta mampu menyihatkan tubuh badan anda dari dalam.
VITAMIN C 1000mg (No KKM : MAL06051404X)
Pahang Pharma
Apa itu VITAMIN C 1000mg?
VITAMIN C 1000MG adalah keluaran Pahang Pharma,
NO KKM MAL06051404X.
Vitamin C kami 100% asid ascorbic 1000mg,
Tanpa perisa atau pewarna tambahan dan tidak melekit.
- Most Powerful Vitamin C 1000mg
Tiada unsur keraguan dari segi halal (100% asid ascorbic)
dan selamat dimakan (disahkan oleh KKM).
Bersifat larut air. Terlebih dos pun tiada masalah sebab akan keluar melalui urin dan peluh.
500mg Vitamin C = 10 Biji Buah Oren
1000mg Vitamin C = 20 Biji Buah Oren

Ape Kelebihan ViITAMIN C 1000mg ????
• Vitamin C dgn ketinggian 1000mg setiap capsule sama seperti kita inject vit c dalam badan untuk whitening.
• Kebaikan produk ni kita tidak perlu sakit kena cucu jarum hanya telan dengan air sahaja dan mengandungi antioxidant yang tinggi dan baik untuk kecantikan kulit.
• Secapsul 500mg bersamaan dengan 10 x biji oranges,
1000mg bersamaan 20 x biji oranges dan hanya pengedar sah sahaja yg boleh jual.
• Sangat bagus untuk kulit muka dan seluruh badan,
akan kelihatan cerah berseri,putih dan mulus
• Sesuai untuk wanita dan lelaki,umur 12 tahun keatas
• Sesuai untuk ibu mengandung
• Sesuai untuk ibu yang menyusukan baby(air susu akan banyak)
• Sesuai diambil ketika period
• Dapat menyelesaikan masalah resdung,alahan
• Memudarkan parut2 dimuka dan badan.
• KKM approve
• 100% halal

WHAT MAKES THIS VITAMIN C SO SPECIAL ??
Vitamin C ni yang specialnya bukan sahaja untuk kelihatan cantik
serta merawat masalah kulit berjerawat malahan berupaya merawat masalah seperti berikut :
1) Meningkatkan tahap imune system
2) Mengurangkan Gejala Selsema
3) Mempercepatkan pemulihan luka
4) Sihatkan gusi
5) Merawat asma dan elergi
6) Elakan dari cataract
7) Elakan dari sakit jantung dan beberapa jenis cancer
8) Bina collagen untuk kulit supaya lebih segar dan licin
9) Menghaluskan tumit kaki(tiada lagi rekahan)


Kite offer harga murah gila ni untuk awak semua ;)
RM55 SM / RM60 SS

Kepada yang berminat nak beli, sila contact
Diana - 016 201 2793 (SMS/WhatsApp/iMessage)
Darlina - 011 2922 9434 (SMS / WhatsApp / WeChat ONLY)
DO NOT CALL!
Jangan marah pulak kalau tak angkat call ;)

Nombor akaun akan diberikan selepas confirm order :)
Maybank / CIMB

Saturday, 3 October 2015

First part time job, event crew


Assalamualaikum :)

Ini salah satu story yang agak lama kite peram. Hahaa! Suka sangat share lambat lambat. Takpe, asalkan ada cerita daripada kosong je blog ni. Kan kan kan? :p

Tengok tajuk entri atas tu ha;
Yes, ini first time buat kerja part time. Kerja event crew sajo dan sangat lah senang. Siap dapat makan free lagi okay. Diorang tanggung. Keje ni pun FD cari kat Google. Search lah part time apa pun. Asalkan adoooo.


Keje untuk 4 hari, 10 pagi kena ada sana sampai lah pukul 10 malam. Kira 12 jam lah. Makan pulak diorang tanggung. Lunch and dinner ;)

Keje FD simple gila. Pegang benda apa tah. Duduk dan tekan bila orang masuk hall je. Memang relax gila lah kata kauu. Makan pulak diorang yang bagi. Memula keje tu macam takut takut je sebab tengok abang tu muka macam garang. HAHAHA! Hari kedua keje dah okay, siap borak borak gelak gelak huhahuha sampai lah last day.


Ini mascot Oppo, haritu dia menari nari. Bawah ni link kalau nak tengok;
https://instagram.com/p/0sHB6qKLR1/


Dah nak last day, kite demand sikit. Cakap taknak makan nasi. Haa, boleh gitu? HAHA! Lepastu diorang kasi duit untuk beli apa yang kitorang nak makan. So makan donut Big Apple lah kite malas last keje tu. Ihiks! >,<


Meet the crew;


Zahra (dia teman keje kat bahagian dalam), Zila (keje bahagian kaunter kat entrence), (tak ingat nama cina tu =='), me and abang Faiz. Dia lah yang kite tengok muka garang tu. Lepak borak masuk air rupanya xD

Zahra orang Johor, datang Terengganu untuk keje. Gila best kan? Haha! Tu pun kira okay lah sebab tunang dia orang Terengganu. Tapi masa ni Zahra belum tunang. Lepas sebulan baru tunang kalau tak silap. Seronoknyaaa!!
Zila pulak memang asal Terengganu :)
Yang lain pun ada tapi tak sempat nak bergambar. Lain lain tu pangkat adik adik lepasan SPM. Hihi! Terasa macam hakak sangat. KAH!

Pengalaman first time keje part time as event crew ni sangat syok. Dapat pulak baju 2 helai for free. Baju buat baju tidur je sebab besar ;D but seriously best sebab senang dan dapat kawan baru ^_^


Yang specky tu Hasrizal
Till we meet again new friend ;)