Monday, 27 July 2015

Its my birthday!


Assalamualaikum :)

This week gila best. Asyik orang belanja makan je. Tak dapat nak diet. Kah! Diet sangat. Makan pun hentam je apa yang ada. Hadiah dapat awal pulak tu.

Last 2 weeks, member kasi try Infused Double Power. Yang ni FD cerita kat entri lain, okay? Lepas dapat try that supplement, member belanja makan pulak.

Kaw Kaw Burger, Kota Damansara
Lan belanja last week. Gilo sedap okay. Kenyang sangat makan sorang. Daging tebal. Lepas tu minum air kelapa gelas besar. Lepas makan memang tersandar terus lah. Tak larat nak bangun. Yang ni Burger Daging Bacon. Pegh! Nak menaip ni pun telan air liuq baq hang! HAHAHA! eh terima kasih Lan. Lain kali belanja lah lagi ye. Wiwiwiwi! :p



Hadiah dengan kek ni pulak Jan bagi petang semalam. Kek coklat sedap. Satu lagi tu taktau apa rasa. Macam pelik. Tak kena dengan tekak. Eh complain pulak. Over tau! xD and thanks untuk rantai tu ye. Mentang magician. Bwek!




Cake blackforest chocolate, dari kawan baik. Wardah. Japgi makan yang ni sebab siang tadi terlalu kenyang. Ramai nau nak belanja. Hihi :p geram dengan strawberry tu xD
Kalau agak tak kenal diorang (Lan, Jan, Wardah), refer entri ni semula #throwback :p

Yang bawah ni pulak surprise dari officemate

Pergi toilet sekejap je, tengok tengok ada paperbag ni dengan coklat Beryl's. Tak sangka pulak dapat hadiah walaupun setiap birthday staff diorang akan celebrate. So I thought maybe just this. Takde surprise lain.

Lepas tuuuuu, nak dekat pukul 4 petang. Fish suruh ambik paper dia print kat printer luar. So FD pun keluar nak ambik. Tengok tengok paper tulis Happy birthday. Eh eh? Terkejut jugak sebenarnya. Lost kejap time tu. HAHA!


SURPRISE!
Fish cakap ice cream cake. And I was like, seriously?!!! Hahaha! Seronok okay dah lah cake coklat, siap ada strawberry kat atas. Lepas tu kek aiskrim. Sape tak suka? Fats fats fats! Pedulikkan diet. Hentam aje. Rugi kalau tak menikmati. Hihi :p

Ummppp! Yummy! :p

Syamira and Fieza. Yang pakai spek tu lah Fish. Bos kecik FD. Hihi! >,<

Balik keje member nak belanja makan lagi. Argh! Rezeki betul harini, Terima kasih semua untuk harini. Sayang korang! Hugs and kisses :* :*

Sunday, 26 July 2015

Last day Ramadhan with family ♥


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, sempat jugak merasa puasa and iftar with family. Spend a quality times with loves one :) maklum lah, dah duduk jauh dengan family ni, nak jugak lah family ada sekali time Ramadhan. Hihi. Lain tau dia punya rasa tu. Best :')


4 beranak jenjalan kat One Utama,
cari kasut raya dan cuci mata. Ihiks! xD


Khusyuk betul abah baca Terima Kasih Si Babi Hutan karya Lepat


Ini lah family saya ^.^
Tapi adik lelaki takde. Dia break pukul 8 malam. Kesian tak dapat join


Silly faces with Sarah >,<

Thats all for this entry. Hihi
Bye! :)

Eh selamat hari raya uolls! ♥

Wednesday, 22 July 2015

Iftar @KL dengan kengkawan ^_^


Assalamualaikum :)

Haa, dah masuk Syawal baru dapat update belog. Maaf ye kalau ada yang jenguk, tapi takde post terbaru. Huhu. Busy kerja. Takpe, update je semua post yang tertunggak. Hihi >,<

Ini cerita 4 Julai lepas. 3 minggu lepas.


Keluar dengan diorang, nak shopping raya and berbuka sesama.
Mady, FD, Wardah, Lan & Jan

Keluar rumah pukul 3 lebih, sampai KL pukul 5. Kau ghase? Punya lah ramai kat KL. Time weekend pulak tu. Mau tak sesak napas ha! Tapi puas hati lah jugak dapat beli baju dengan kasut raya. Yang sebenarnya plan nak iftar @KL tu je. Yang berbuka puasa ramai-ramai kat Dataran Merdeka.


Sempat lagi nak posing depan tiang ni xD


Haa, bukan keluar berlima je tau. Kat KL jumpa member lain sekali. Gerak asing je. Really had a great time with these buddies.



Ini yang kitorang dapat untuk iftar :)
Eh ice lemon tea tu FD beli sendiri. Bukan diorang kasi tau :p

Lepas kenyang berbuka, kite wefie la :p


Mamat dua orang kat belakang tu Atha and Waie


Ini pulak Apis and Din


Orang tanya "korang ni adik beradik ke? Seluar sama"
Eh, adik beradik je ke boleh barang sama? Kenkawan takbole? :p

Baju raya ke, seluar ke, baju kerja ke, kitorang semua sama.
Weolls tak kisah pun benda sama. Ihiks! >,<

Balik je, semua dah penat gilos. Nak balik, lalu kat pasar malam sabtu kat belakang jalan TAR tu. Memang habis lah duit beli makanan macam macam. Member ah kuasam tunjuk tunjuk apa sahaja yang ada coklat. FD jenis tak fikir apa, terus beli je

Ini salah satu biskut yang FD beli. Dari Ainul Aisyah, seorang pelakon.
FD beli ni sebab nama cookies ni Nutella Cookies. Perlu lah beli bila dia berkaitan dengan Nutella. Hihi :p yang lain pun ngap okay masa berbuka haritu. Harga 1 balang ni boleh tahan lah untuk cecuba je dulu. 35 hengget uolls. Nangis mak tau T__T hahahaha
Instagram - https://instagram.com/ainul.a.cookies/


Lepas tu beli Kek Lapis Sarawak pulak, flavour coklat almond. Tinggal 1 je kot, haruslah iolls beli kan? Hahaha xD nampak tak FD ni hantu dengan coklat? Pantang ada coklat. Lagi satu, Mady belanja chocolate moist cake pulak. Iolls buat muka tak malu mintak kat Mady. Hihi >,<

Balik je dari KL, semua dah lemahhh. Lagi lagi Wardah. Dah lama tak berjalan kat KL katanya. Sampai pening pening kepala. Kesian. Nasib ramai hero time tu nak tolong pimpin. Wiwiwi!

Nak kata balik tu tak balik jugak ah. Sempat lagi merayau pegi Uptown Kota Damansara pulak. Kahkahkah! Memang shopping sakan ah. Tu dah kira next day. Takpayah cerita lah. Habis sini je okay? :D banyak post lagi nak kena publish ni.

See ya! ;)