Monday, 27 April 2015

Avenger: Age of Ultron


26 April



When Tony Stark (Robert Downey Jr.) jump-starts a dormant peacekeeping program, things go terribly awry, forcing him, Thor (Chris Hemsworth), the Incredible Hulk (Mark Ruffalo) and the rest of the Avengers to reassemble. As the fate of Earth hangs in the balance, the team is put to the ultimate test as they battle Ultron, a technological terror hell-bent on human extinction. Along the way, they encounter two mysterious and powerful newcomers, Pietro and Wanda Maximoff.


Wednesday, 15 April 2015

2nd Giveaway by Ainie Zulaikha


Assalamualaikum :)


klik banner

Due date: 15 April 2015

Senarai Pemenang GA

Sunday, 12 April 2015

Terima kasih @suratchenta ♥


Assalamualaikum :)

Kali ni dapat lovely gift. Haa, apa yang lovely nye?

Adik FD yang join giveaway, kakak dan kawan dia pun dapat tau :p

Hadiah ni dapat bulan Januari yang lepas. Masa tu FD tinggal kat rumah maklong di UIA Gombak. Kenkonon nak cari kerja kat KL, tapi hampehhh. Susah nauu. HAHA!
Jeng jeng jeng!
Cantik owner Suratchenta ni balut hadiah tau. 
Jadi sayang pulak nak rentap koyak pembalut tu. Hihi! :p

Tadaaaa!
Dapat alQuran comel ni. Warna pink uolls! :p

Alhamdulillah, moga murah rezeki kepada pemberi hadiah ini.
Terima kasih @suratchenta ♥

Email - suratchenta@gmail.com
Contact - 017-2493927 / 013-3558329

GIVEAWAY BY NURRUL


GIVEAWAY BY NURRUL


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Meriahkan lagi giveaway pertama Nurrul dengan mengajak rakan-rakan anda.
Hadiah menarik menanti anda yang bertuah ! :)

Tempoh Giveaway
Giveaway by Nurrul berlangsung dari 29hb March sehingga 13 April 2015

Pemenang GA by Nurul

Thursday, 9 April 2015

Cuti Sekolah Bulan Mac 2015


Assalamualaikum :)

Pesanan sebelum teruskan bacaan anda
*entri ni penuh dengan gambar selfie, baik close window kalau taknak ada rasa meluat xD*

Ini cerita dua minggu lepas, kot? Eh, tiga minggu lepas. Baru ni sempat publish. Cuti sekolah haritu FD dan sekeluarga pergi KL. Nak tengok new member dalam family yang baru lahir >,< and kebetulan opah pun datang KL ikut maklong.


Haii! Itu lah opah kami! *wave hand*


Hello little baby! Anak ke tiga makteh. Akhirnya dapat jugak baby boy and maybe the last one sebab dah tercapai nak baby boy? Ihiks! Nama baby ni Ezhan. I dont remember his full name. Nama Ezhan ni senang ingat pun sebab nama lebih kurang macam ayah dia. Ezhar. Mata sepet ada macam iras iras mata kakak dia yang sulung. Rupa pun ada macam kakak dia sikit.

Lepas singgah rumah makteh, kite jalan jalan dulu pergi IKEA pulak. Nak survey almari kenkonon. Kah! Mahai ler woi. So kite jalan jalan cuci mata sahaja lah ye. Sambil selfie tiap kali nampak cermin. Ihiks! :p

Masih tak percaya yang FD keluar pakai dress. NEVER! KAH!
But still I made it. Wiwiwiwi!

Lepas jenjalan, kite dinner pulak. Oh ya, with my adik lelaki. Tapi gambar time dinner takdok ye. Harap maaf. Datang Damansara pun sebab nak jumpa adik lelaki. Maklum lah, dia dah duduk bujang sekarang. Kerja kat One Utama.

------------------------------------------------------------

Second day still meet my adik but tak jalan sama. Dia lagi nak jalan dengan kawan. Ceehhh! ;(
So kite jenjalan je lah dengan gugirls ni. Mak, FD, Darlina and Sarah.


Another selfie bila nampak cermin.
Ayu sangat weolls kan? :p
KAH!


Budak ni semangat nampak patung Frozen. Dia ingat kakak dia nak belikan lah tu, wekk!
Mahaii, membazir je tauu. Baik akak belanja hang makan coklat je.

------------------------------------------------------------

On third and fourth day kite kat kampung Beruas, Perak. Tapi takde gambar lah wak. Sorry. Kite jamu dengan gambar ketupat nak? Hehe :D
Haaa rajin opah kite buat ketupat tau walaupun bukan time hari raya. Siap ada design lain lagi tu cara bungkus. Ada pulak yang kata macam pocong, natang sungguh! Hahaha! Mak kata ni lemang takde buluh ler.

Eh tetiba gambar Sarah takde gigi 1.
Wahahahaha! Memula cabut kemain dia meraung bagai nak gila. Dah malam tu sengih sengih pulak dah. Seronok takde gigi main gusi kot. Hehe

------------------------------------------------------------

Hari ke lima kite balik kampung kat Sabak Bernam, Selangor pulak. Sebab ada kenduri kawin. Sepupu sebaya FD dah kawin. Pergi kenduri malam je sebab esok pagi tu gerak balik Terengganu terus.
Gambar pengantin takde sebab busy melayan kenkawan dia. Yang ada budak dua orang gila bergambar ni aje :p

Budak sorang tu tak habis habis senyum tunjuk gigi tak cukup tu xD
Tema biru youuuu. Sarah excited lah sebab dah seakan Frozen.

Kawin kawin kawin. Dah lah masa tidur kat rumah maklong tetiba mimpi kawan nak kawin, lepas tu frust menonggeng. Apahal tah. Kawan zaman budak hingusan dulu. Lepas tu opah pulak tanya bila nak kawin, sedare tanya bab kawin, habis semua nak tanya pasal kawin. Apa ni, muda lagi lah. Banyak kena belajar lagi T_T
so tolong lah jangan tanya bab kawin lepas ni, okay?

------------------------------------------------------------

Last day, nak balik Terengganu dahhhhh.

Bergambar depan rumah atok dulu

Abah ni lama sangat, tak pasal pasal terbersin. Sian pulak Sarah.


Abah kalau ambik gambar memang tak duduk diam tau

Mak pulak malu malu >,<

Tapi sayang, takde gambar dengan atok and nenek. Tak sangka pulak haritu last jumpa atok. Hmm, nanti FD cerita kat next entry.

Masa dalam perjalanan balik Terengganu, kena lalu Pahang kan. Lepas tu FD nampak signboard naik cable car ke Genting Highland. Saje testing ajak abah singgah jap :p ingatkan abah taknak bawak, tapi kona jugak masuk arah tu. Ekekee :p tetiba teringin naik cable car sebab last naik dulu macam kecik kecik maybe umur time tu 4 atau 5 tahun. Sarah dengan Darlina lagi lah tak pernah naik. Nasib baik lah abah nak singgah walaupun tak rela nak naik cable car tu. Nampak sangat abah gayat sekarang ni :p


Sarah suka sangat photobomb! xD


View dari dalam cable car


Budak tu selfie sensorang je :p


Bila ada Darlina, Sarah mula lah nak burukkan gambar >,<






Another photobomb by their daughter, ini kes sebab nak halang Sarah photobomb mak abah tapi termasuk gambar Darlina pulak >,<


Mak & abah ♥

Memang takde gambar menarik pun masa kat Genting sebab takboleh nak masuk outdoor or indoor theme park sana sebab tengah renovate kot. Katanya tahun depan baru bukak. Dah nama pun saje jalan nak singgah, ye tak? :p

So sampai sini je lah entri pasal cuti sekolah bulan Mac 2015. Bebudak cuti sekolah, kite pun sibuk cuti. FD hari hari cuti tau xD

Thursday, 2 April 2015

Isteri Separuh Masa Full Episod



Sinopsis Isteri Separuh Masa
Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?


JUDUL : ISTERI SEPARUH MASA
EPISOD : 13
TARIKH : 16 Mac 2015 (Isnin, 10pm)
SIARAN : Astro Ria & Maya HD
NOVELIS : Suri Ryana
PENGARAH : Micheal Ang
TERBITAN : Cube Film Sdn. Bhd

WATAK PELAKON
Aiman Hakim Ridza sebagai Nazrin Shah
Emma Maembong sebagai Medina Izwani
Syafiq Kyle sebagai Zafril
Ziha sebagai Husna

Isteri Separuh Masa Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13

Suami Sebelah Rumah Full Episod




Sinopsis Suami Sebelah Rumah
Disebabkan pengantin lelakinya lari pada hari pernikahan mereka, Eryna buat kerja gila. Amar, doktor nerd anak jiran sebelah rumah, dilamarnya.

“Amar, sudi tak awak ambil saya jadi isteri awak? Kita kahwin. Boleh?”

Tentulah Amar sudi! Yang ajak dia menikah itu ialah Eryna, gadis idamannya. Gadis yang dicintainya sejak sekian lama! Gila nak tolak? Namun...

“Awak, saya harap kita rahsiakan dulu tentang kita dah nikah ni daripada pengetahuan orang lain di Kuala Lumpur sana.” ~ Eryna.
“Kenapa? Kenapa orang tak boleh tahu yang kita ni suami isteri? Kenapa perlu dirahsiakan tentang kita daripada kawan-kawan awak? Awak malu nikah dengan saya?” ~ Amar.

Amar nekad. Hati Eryna perlu dicuri sebelum Azlan kembali menagih kasih. Kerana itu, dia memilih untuk menjadi jiran sebelah rumah isterinya. Konon, senang dia hendak mengurat dan mengushar Eryna. Malangnya, bukan Eryna yang jatuh hati tetapi Anis, teman serumah isterinya itu.

Suami sebelah rumah Eryna memanglah pandai mengambil hati. Sentiasa berusaha untuk memikatnya. Jadi, sebelum Amar disambar Anis, kawan serumah yang dah terpikat tahap serius tak peduli apa... Eryna perlu buat keputusan!

Kedatangan ibu bapa masing-masing menimbulkan huru hara. Banyak soalan yang perlu dijawab andai mereka tahu Eryna dan Amar tinggal berasingan. Tapi, kalau tiba-tiba Eryna masuk ke dalam rumah Amar, tentulah Anis akan kecoh satu dunia! Dalam kemelut, Azlan menambah resah hati Eryna dengan meminta sedikit ruang untuk hatinya bertapak semula. Begitu juga dengan kehadiran Doktor Wani yang tak jemu mencanang di hospital yang Doktor Amar itu dia yang punya.

“Belum jatuh cinta dengan saya lagi?” ~ Amar

Soalan itu untuk siapa sebenarnya? Eryna, Anis atau Doktor Wani yang obses pada suami sebelah rumah dia? Ah, Eryna keliru sudah!



JUDUL : SUAMI SEBELAH RUMAH
EPISOD : 20 episod
Waktu tayangan: Isnin-Khamis, 6.30pm
SIARAN : Slot Iris TV3
NOVELIS : Ana Sofiya
SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Jinggo (Azman Hj. Yahya)
PENERBIT : Sheila Rusly
TERBITAN : Penerbitan Fajar Pakeer / JS Pictures Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Ayda Jebat sebagai Eryna Hazwan
Izzue Islam sebagai Dr. Amar
Nazrief Nazri sebagai Azlan
Zulin Aziz sebagai Wani
Sheery Al-Hadad sebagai Anis
Hanna Aqella sebagai Iman
Ben Amirr sebagai Ziyad


Suami Sebelah Rumah Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16   Episod 17   Episod 18
Episod 19   Episod 20

CPUV March 2015


Assalamualaikum :)


Alhamdulillah, dapat CPUV untuk bulan Mac 2015. FD dah makin aktif dalam blog ni, makin banyak pulak CPUV Nuffnang bagi. Ihiks! >,<

MATRADE Brand Awareness (2)
Brighter Smile, Better  Co
Digi Project Byte (2)
MCMC: Klik Dengan Bijak (3)
Sensodyne Campaign
Digi Live (2)
Physiogel - Ready for Anything (3)
Colgate Total Charcoal La
Perfecto Crisps Awareness (2)
SENHENG Franchise Aademy (2)

Thank you Nuffnang and sponsor! :)

Wednesday, 1 April 2015

Pemenang Awesome Giveaway by FD


Assalamualaikum :)



Alhamdulillah, giveaway yang FD anjurkan dah tamat. Maaf buat korang tertunggu tunggu untuk keputusan keluar. Busy sikit akhir akhir ni sampai tak sempat nak publish. Terima kasih sebab sudi join giveaway and sabar tunggu keputusan ^_^


Hadiah dari FD
64

Topup RM5 x 2 dari Kak Aiin Baharom
58 , 14

Topup RM10 (Celcom/Maxis) dari Nur Nabilah
26

Topup RM10 x 2 dari Hazirah Shah
9, 28

Cash RM20 dari Syiera Firdaus
30

Tudung plain AJ dari Kak Ieymah Ismail
68

Shawl butterfly dari Kak Ieymah Ismail
8

Tudung instant & Tshirt dari Kak Ieymah Ismail
69

Predator Elite Fat Loss dari Ieyzart Syahier
25

Mini Teddy Bear dari Iman Radhiff
59

Button Badge dari Iman Radhiff
20

1 jar Choco Rice x 2 dari Wahdah Delight
29, 46

Peppermint Shaklee dari Mummy Supplement Shop
70


Tahniah kepada pemenang. Cepat cepat tuntut dengan sponsor, okay? ;)
Copy paste ayat bawah ni

Assalamualaikum
Saya salah seorang pemenang dalam Awesome Giveaway by FD yang disponsor oleh pihak akak/abang/adik
Disini saya sertakan butiran yang diperlukan

Nama:
Alamat:
No tel:
Url entri pemenang: http://www.fatindiana.com/2015/04/pemenang-awesome-giveaway.html
No bertuah dan link giveaway:

Terima kasih kerana sudi sponsor. Moga murah rezeki akak/abang/adik


Yang tak menang tu, tunggu FD buat giveaway lagi ye, mungkin dalam 2 atau 3 bulan lagi. Tak pun try giveaway yang blogger lain anjurkan. Good luck! ^_^
Untuk yang nak sponsor, boleh je PM FD awal-awal :)