Saturday, 28 February 2015

Asam Pedas Untuk Dia Full Episod




Sinopsis

AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!



Asam Pedas Untuk Dia Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16   Episod 17   Episod 18
Episod 19   Episod 20   Episod 21   Episod 22   Episod 23   Episod 24


Saturday, 21 February 2015

Suamiku Encik Perfect 10! Full Movie


Assalamualaikum! :)


Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10!:
PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?




>>Download Suamiku Encik Perfect 10 Full Movie<<

Friday, 20 February 2015

Review novel: Ajaib


Assalamualaikum!

-sepatutnya post entri ni bulan 8, tahun 2014 (tahun lepas lah), tapi selalu sangat lupa-





Sinopsis Ajaib
“Cikgu, masalah saya, saya boleh nampak hantu. Cikgu yakin cikgu boleh tolong saya?”
Hidup ni gelap – Walaupun aku dapat melihat lebih daripada manusia lain.
Tapi tanpa kegelapan tu, aku tak mungkin nampak bintang yang bercahaya...
Selain kita ada ‘mereka’ – yang kebanyakan kita tak nampak.
Dalam kita ada ‘itu’ – yang kita simpan sendiri.
Nama aku Izaq. Dan ini kisah kami, budak-budak berumur 12 tahun yang terperangkap dalam masalah orang dewasa: ‘mereka’, ‘itu’, dan sedikit yang AJAIB.


Review dari FD:
Pandai Syafiq Aizat (penulis novel ni), buat watak bebudak yang curios and innocent dalam novel ni. Izaq budak yang boleh nampak benda-benda ghaib. Lepas tu pemikiran macam orang dewasa. Tak kena dengan umur dia. Izaq ada kawan baik. Kawan dia ni orang susah, nama dia Firdaus. Selalu kena marah dengan sepupu dia yang gay. Dan ada budak perempuan yg Izaq minat or perempuan tu yang minat dia. Cuma Izaq je yang nampak lepas habis cuti sekolah. Bagus Izaq ni sebab dah bantu orang lain jugak. Banyak pengalaman mencabar yang Izaq dengan kawan kawan dia ni lalui. But at the end, you should read this book! And oh ya. ada sambungan tau novel ni. Tajuk dia AWAN.
Seriously you guys kena BACA!
Just try to read other genre novel, okay?

Thursday, 19 February 2015

KitKat Rubies - Chocolate Truffle & Wafer


Assalamualaikum! :)

Iklan KitKat Rubies kat TV dah lama, minggu lepas baru dapat beli.
Tengok harga KitKat Rubies ni pun fikir banyak kali tau nak beli ke tidak T_T


Beli kat Mydin, RM29.90

<
1 kotak ada 20 pieces.


Coklat kecik cenonet berbanding KitKat yang biasa.
Cuma coklat lagi tebal dari wafer dan dalam tu ada hazelnut kecik2.
Masa makan tu tak terasa gigit kacang sebab ada wafer, kan.


Semalam usha kat supermarket lain, lagi mahai baq hang!
RM35.90 sekotak. Gila nak untung RM5 =,=


So pada pendapat FD sendiri lah kan, better kau beli Ferrero Rocher berbanding KitKat Rubies ni sebab beza harga and kuantiti makanan dalam kotak tu.
KitKat Rubies 1 kotak RM30 dalam ada 20 pieces
Ferrero Rocher 1 kotak RM27 dalam ada 24 pieces

Rasanya lebih kurang, beza bentuk je. Bulat dengan segi empat tepat.

Tak tau lah pada korang macam mana, kan? Lain orang, lain lidah, lain citarasa, lain pendapat, lain.. Ahhh! Semua lain lah senang :p

Wednesday, 18 February 2015

Teman Lelaki Upahan Full Episod



Sinopsis Teman Lelaki Upahan
“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA

“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL

“Syarat? Syarat apa?”

Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.

Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.

Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you…  Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”

 Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?


JUDUL : TEMAN LELAKI UPAHAN
EPISOD : 28 episod
TARIKH : 9 Februari 2015 (Isnin-Khamis, 7 malam)
SIARAN : Slot Akasia 2015
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof / Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Karya Seni / Primeworks Studio
PELAKON : Ungku Ismail Aziz (Ezwan Lufti / EL), Elizad Sharifuddin (Kyra Lydia), Izara Aishah (Zara), Shah Iskandar (Fareez), Fikhree Bakar (Haidar), Siti Nur Zakiah (Najwa), Sharifah Alesha (Sofea), Fazlina Ahmad Daud, Azhan Rani, Dian PRamlee dll


Teman Lelaki Upahan Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16   Episod 17   Episod 18
Episod 19   Episod 20   Episod 21   Episod 22   Episod 23   Episod 24
Episod 25   Episod 26   Episod 27   Episod 28


Tuesday, 17 February 2015

Qu Puteh Beauty & Qu Puteh Kosmetik PROMOSI MURAH


Assalamualaikum! :)


Qu Puteh Beauty (minum)
Qu Puteh Kosmetik (skincare)


6 Manafaat Utama Qu Puteh ialah:
Anti penuaan & anti kedutan
Membantu menghalang jangkitan selsema dan jangkitan saluran pernafasan.
Menganjal, melembabkan, mencerahkan kulit
Mengurangkan selulit
Mengurangkan masalah keguguran rambut
Meningkatkan kadar metabolisma badan

Serbuk Ajaib Qu Puteh merupakan formulasi terbaru dengan gabungan bahan aktif yang terdiri daripada  L-Gluthathione, Kolagen, Stem Sel dari Epal, Anggur, Rose, Tomato, Rosell dan Argan.
Ia mempunyai kesan yang sangat hebat untuk mencerahkan kulit dan menjadikan kulit anda lebih anjal dan anti penuaan paling awal dalam 3 hari sahaja.
Qu Puteh mampu merawat Masalah Rambut Gugur Dan Tumit Pecah.
Ia berupaya menambah tenaga untuk orang yang selalu keletihan atau inginkan tenaga ekstra.
Sesuai untuk lelaki, wanita,  ibu hamil & menyusu dan remaja.
Memberikan anda lebih keyakinan dengan penampilan anggun, menawan, licin dan lebih putih.
Qu Puteh bukan sahaja memberi kecantikan luaran bahkan juga kecantikan dalaman kerana kandungan 6 jenis stem cell buah-buahan yang tinggi kandungan Vitamin A, B3, C, D dan E  ianya melindungi organ dalaman dan membersihkan darah dalam badan.

Qu Puteh Beauty
Harga asal RM268 SM / RM278 SS
HARGA PROMOSI
RM180 SM / RM190 SS



QU PUTEH KOSMETIK VIDA BEAUTY

Qu Puteh Kosmetik merupakan set rawatan kecantikan kulit yang sarat dengan kebaikan minyak Argan bersama adunan minyak kelapa dan ekstrak bunga melati yang ternyata mampu menjadikan kulit wajah anda lebih cerah dan berseri.

Qu Puteh Kosmetik sesuai untuk semua jenis kulit yang menginginkan kulit yang bebas daripada cela seterusnya tampil lebih awet muda secara semulajadi.

Qu Puteh Kosmetik dilengkapi dengan:
Qu Puteh Whitening Soap x 2
Qu Puteh Whitening Pro 9
Qu Puteh Whitening UV Block (SPF 25)

KEBAIKAN QU PUTEH KOSMETIK VIDA BEAUTY
Memelihara kejelitaan kulit
Menjadikan tona kulit anda lebih sekata
Membantu mencerahkan kulit wajah secara semulajadi
Mengekalkan kelembapan kulit
Membantu mengatasi masalah pigmentasi yang berpunca dari radang dan pancaran cahaya matahari
Membantu mengatasi masalah jerawat, jeragat, parut, bintik-bintik hitam dan kulit kusam
Menyingkirkan kotoran dan kesan minyak pada kulit wajah
Membantu mengekalkan keremajaan kulit wajah
Melindungi kulit wajah daripada kerosakan akibat sinaran radiasi UV
Membantu mencegah proses penuaan pra-matang
Menghaluskan kulit wajah tanpa pengelupasan
Menyegarkan kulit wajah

KANDUNGAN QU PUTEH KOSMETIK VIDA BEAUTY
Minyak Kelapa: Minyak kelapa berupaya memelihara kehalusan dan kelembapan kulit yang kasar dan kering serta mampu mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, masalah yang berkaitan dengan kulit seperti kulit sensitif, jerawat mahupun luka dan calar pada kulit juga dapat diatasi seterusnya membantu menaikkan seri kulit anda.
Bio-Sulfur (Methylsulfonylmethane): Sebatian organik yang boleh diperoleh daripada tumbuhan semulajadi ini bersifat antibakteria dan antiseptik mampu membasmi mikroorganisme seperti kulat dan bakteria bagi melindungi kulit daripada kerosakan. Di samping membantu mencegah dan merawat masalah kegatalan dan rosacea (tompokan merah pada kulit), bio-sulfur juga diyakini mampu mengurangkan masalah jerawat, radang, kulit berminyak, liang pori yang tersumbat serta tona kulit yang tidak sekata.
Cocamidopropyl Betaine: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak kelapa bersama bahan pengemulsi, dimethylaminopropylamine ini berfungsi sebagai agen pembuih di samping membantu memelihara kelembapan kulit wajah anda.
Ethoxydiglycol: Sebatian ini bertindak sebagai bahan penstabil yang berperanan menambahkan kelikatan kandungan produk ini.
Sodium Silikat: Sodium silikat digunakan di dalam produk kosmetik dan penjagaan diri bagi membantu menstabilkan pH atau tahap keasidan kandungan produk tersebut.
EDTA: EDTA atau asid Ethylenediaminetetraacetic berfungsi sebagai bahan penstabil yang membantu menggalakkan fungsi ramuan di dalam produk ini.
Gliserin: Gliserin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
Minyak Pati: Minyak pati yang diekstrak dari sumber tumbuhan semulajadi ini bertindak memelihara kelembapan kulit di samping membantu menyejuk dan menyegarkan kulit anda.
Melati (Jasmine): Selain sering digunakan di dalam rawatan aromaterapi kerana aromanya yang harum, bunga melati juga sarat dengan kebaikan untuk kecantikan kulit. Ia bersifat antiseptik serta berupaya memudarkan kesan parut, mengekalkan kelembapan kulit di samping turut berupaya melindungi kulit daripada kerosakan seterusnya membantu mencegah proses penuaan.
Argan: Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksida dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.

Qu Puteh Kosmetik
Harga promosi:
RM90 SM / RM100 SS


Kepada yang berminat nak beli, sila contact
Diana - 016 201 2793 (SMS/WhatsApp/iMessage)
Darlina - 011 2922 9434 (SMS / WhatsApp / WeChat ONLY)
DO NOT CALL!
Jangan marah pulak kalau tak angkat call ;)

Nombor akaun akan diberikan selepas confirm order :)
Maybank / CIMB

Tuesday, 10 February 2015

Review movie: Into The Woods // FULL MOVIE


Assalamualaikum! :)

Minggu lepas FD review The Maze Runner lepas tengok movie free haritu :p minggu ni review Into The Woods pulak ;)



Synopsis Into The Woods:
As the result of the curse of a once-beautiful witch (Meryl Streep), a baker (James Corden) and his wife (Emily Blunt) are childless. Three days before the rise of a blue moon, they venture into the forest to find the ingredients that will reverse the spell and restore the witch's beauty: a milk-white cow, hair as yellow as corn, a blood-red cape, and a slipper of gold. During their journey, they meet Cinderella, Little Red Riding Hood, Rapunzel and Jack, each one on a quest to fulfill a wish.


First time tengok movie sensorang je >,<

Lama gila dah FD nak tengok, tapi asyik tak sempat je. Ada jugak saje saje je ajak kawan tengok, diorang taknak sebab cerita fairytales and 90% menyanyi. Kiranya musical lah. Memang tak lah diorang nak layan jenis camni. FD excited nak layan movie ni pun sebab ada Anna Kendrick :p dalam panggung pulak 1 row tu FD sorang je. kah!

Starting movie dah start menyanyi, I Wish. Cinderella nak pergi majlis tari menari, Jack nak lembu dia keluar susu, the baker nak anak, Red Riding Hood nak jumpa nenek kat hutan. Pasal pasangan bakeri tu FD tak tau cerita asal tu macam mana sebab si suami ada adik perempuan yang kena culik dengan the witch tu. Kalau kite tengok disney punya, Rapunzel tu anak kerabat di raja. Pasangan bakeri tu kena sumpah sebab ayah si suami tu ada curi something kat kebun witch. Nak tau lebih lanjut, tengok la cerita ni. FD dah sediakan link untuk korang download. Happy watching!


CPUV December 2014 & January 2015


Assalamualaikum :)

Dua tiga bulan busy sampai tak tertengok Nuffnang. Bila ada masa ni, baru sempat tengok kot ada rezeki. Alhamdulillah. Nuffnang sudi bagi earning dekat blog FD walaupun jarang ber-update. Selalu kalau dapat update entri pun, seketul dua je setiap bulan. Rindu nak aktif blogging macam dulu dulu sebenarnya T_T


CPUV December 2014:
Lactacyd: Malay Millennium
Lactacyd: Malay Millennium
Lactacyd: Malay Millennium
Maggi Royale
Maggi Royale
Maybank #ILove
Maybank #ILove
Maybank #ILove



CPUV January 2015
Hotlink OhhSome Fest
Nestle Kitkat Launch
Nestle Kitkat Launch
Nestle Kitkat Launch
DiGi Year End Sale
DiGi Year End Sale
Lactacyd 150ml Promo
Lactacyd 150ml Promo
Lactacyd 150ml Promo
Lactacyd 150ml Promo
Lactacyd 150ml Promo
Lactacyd 150ml Promo

Thursday, 5 February 2015

Free Screening at GSC NU Sentral


Assalamualaikum! :)

Haa, mesti excited baca tajuk entri ni kan. Hihi! Ini cerita minggu lepas lah awakkk. FD dapat tahu tentang free screening ni pun dari bro Tarmizi, or well known as BBL (www.budakbandunglaici.blogspot.com). Itu pun nasib baik FD ternampak kat news feed Facebook. FD pun terus WhatsApp kawan, suruh dia print flyers kecil ni and tukar shift kerja dia on that date. Untung lah kawan kerja cyber cafe ni tau :p
Lepas tu FD bagitau cousin jugak pasal free movie ni. Dia gigih pergi first day, gerak ke NU Sentral dalam tengah hari. Balik balik je cousin kata tak pergi tengok sebab line panjang giler! Memang pack giler lah sebab movie free walaupun cerita yang dah ditayangkan sebelum ni.


Free Screening on 24th Jan to 28th Jan 2015 at GSC, NU Sentral
Movie:-
The Maze Runner
The Book of Life (3D)
Maleficent
Guardian of The Galaxy
Big Hero 6 (3D)
Left Behind
Interstellar
Mana Mau Lari
Don't Go Breaking My Heart
Kaththi
Aaranmanai

7 English, 1 Melayu, 1 Cina, 2 India.


FD gerak nak ke NU Sentral dari UIA, Gombak tu punya lah awal. Takut nanti tak sempat tengok movie. Dalam pukul 8 pagi gerak, sampai NU Sentral dalam 9 pagi camtu. Sampai sana je tengok line dah panjang. Kau ghaseeeeee? Beratur je lah FD dengan kawan sorang. Yang sorang lagi gerak lambat. Untuk wayang free ni, sorang boleh redeem 4 tiket je. Sooooo, kite redeem 8 tiket! Baru marathon 2 movie. Nasib baik tak tengok sampai 4 movie. Mau nye balik tengah malam kot haritu.


Kite tengok The Maze Runner & Big Hero 6!


Lepas dapat je tiket wayang free, kite breakfast dulu sambil tunggu kawan sampai kat NU Sentral. Tiket ada 8, tapi membazir 1 tiket sebab takde kawan lagi sorang. So tengok bertiga je lah.

First, kite tengok The Maze Runner!

Mula mula tengok macam tak paham sebab terlepas 5 - 10 minit lepas dah tayang dalam panggung. Geram gila! Then FD tanya lah kawan. Nasib baik lah dia pernah tengok movie ni. Rupa-rupanya pasal saintis buat game ni untuk uji manusia dalam ni. Maze ni saintis yang buat. Tak pasal pasal salah sorang saintis, (eh dua orang) tu termasuk dalam ujikaji ni. Tapi sesiapa yang masuk dalam glade tu, diorang hilang ingatan. Nama diorang sendiri pun diorang tak tahu. Setiap malam maze tu akan berubah hala tuju, tapi takde jalan keluar. Macam tetap terkurung dalam tu. Sesiapa yang masuk dalam maze tu, tak ada yang terselamat sebab ada sejenis haiwan or I dont know what that things is.

Hodoh giler makhluk ni, kan?

Ramai jugak yang mati disebabkan binatang pelik ni. Tapi cuma Thomas je yang berani bunuh binatang tu. Lepas dah bunuh, baru dia jumpa jalan keluar dari maze tu. Biasa lah bila ada hero, mesti ada yang dengki a.k.a. musuh. Tak kurang jugak ada yang sokong Thomas. Ada yang ikut Thomas cari jalan keluar, ada yang stay kat glade. At the end, bukan jalan keluar yang sebenarnya.
ERGHH! BENCI! ADA SAMBUNGAN UNTUK MOVIE NI!
TT_____TT

>>DOWNLOAD THE MAZE RUNNER FULL MOVIE<<



Big Hero 6 FD dah tengok, review kat sini
http://www.fatindiana.com/2014/12/big-hero-6.html

Tapi kan, haritu tengok Big Hero 6 in 3D youuuuu! Wahahahaha! Gila excited sebab first time tengok movie in 3D. Time tengok Big Hero 6 ni tak membazir tiket sebab kawan FD akhirnya datang jugak. Dia macam pelik sebab kartun. Lepas habis tengok je, dia cakap "boleh tahan jugak eh cerita ni. ending dia pun hmm". Padahal ending dia sayu, taknak ngaku ler tu sebab dia laki. Laki kan ego. Eh? Tetiba :p

Okay, tu je untuk harini. Lepas ni ada entri pasal movie jugak. But most of people tak suka lagi lagi yang "too matured" :-/