Wednesday, 18 November 2015

Manisnya Cinta di Cappadocia



Sinopsis Manisnya Cinta di Cappadocia;
Ifti Liyana ( Nur Fazura) tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo (Josian Hogan). Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.

Ifti merupakan "mama" kepada anak-anak kakaknya, Aida (Eja) yang telah meninggal dunia akibat kanser. Suami kakaknya, Bakhtiar (Faizal Hussein) yang gagal menjadi seorang suami dan ayah yang baik, ingin memulakan hidup baru dengan Ifti. Pertemuan pertama Ifti dengan Nazmi (Shaheizy Sam),seorang pemandu bas telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami.

Datin Noor (Erma Fatima) menugaskan Ifti dan rakan karibnya, Dhivia (Rafidah Abdullah) untuk mencari perabot rumahnya di Turki. Ifti terserempak dengan Nazmi di sana.

Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya.

Manisnya Cinta Di Cappadocia merupakan sebuah filem cinta komedi hasil arahan Bernard Chauly dan dibintangi oleh Nur Fazura, Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Rafidah Abdullah, Lisa Surihani dan Fauziah Ahmad Daud.Filem ini mengisahkan mengenai konflik Ifti Liyana ( Nur Fazura) yang terpaksa berdepan dengan cinta tiga lelaki, Fredo (Josiah Hogan), Bahkhtiar (Faizal Hussein) dan Nazmi (Shaheizy Sam). Selepas pertemuan dirinya dengan Nazmi di Cappadocia, Turki, dia memilih untuk bersama Nazmi.

1 comment:

Aqilah Azmi said...

teeeheee suka cerita ni haih shaheizy sam <333333