Drama adaptasi novel

Dia... Isteri Luar Biasa Full Episode

June 28, 2015


Assalamualaikum :)



SINGLE is simple, double is trouble...

Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!

Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…

Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.

“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.

“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?

Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?

Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.


Tajuk: Dia Isteri Luar Biasa
Siaran : Slot Akasia TV3
Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis - 6.55petang
Barisan Pelakon : Shukri Yahaya, Fathia Latiff, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, Uqasha Senrose, Ardell Aryana, Ziela Jalil, Syatilla Melvin, Raja Farah, Afiq Muiz, Leez Rosli, Alexx Yanz, Lia Asmizza, Azza Elite , Supyan kepoh, Liza Abdullah, Nurul Aini, Shah Rezza

Dia... Isteri Luar Biasa Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16   Episod 17   Episod 18
Episod 19   Episod 20   Episod 21   Episod 22   Episod 23   Episod 24
Episod 25   Episod 26


You Might Also Like

0 comments