Review novel: Awan



Sambungan novel bestseller AJAIB.


Sinopsis Awan
Budak ajaib — aku suka panggil Izaq begitu sebab dia ada deria keenam. Dia pernah cakap yang dia bagaikan bintang, aku pula bagaikan awan, Kami bersahabat baik, kawan rapat, BFF - labelkan apa saja tentang bersahabatan kami (asalkan bukan gay couple).

Namun siapa yang sangka, bintang akan berhenti dari bersinar, sedangkan awan terpaksa berarak lalu membelah waktu?

Disebabkan deria specialnya itu, dia terpaksa mengharungi perjalanan hidup yang matang pada usia yang masih muda. Dia perlu kuat untuk melawan segala yang mengganggunya, lebih-lebih lagi apabila entiti itu kerap hadir mengingatkannya supaya 'jangan percaya'.

Tapi... jangan percaya kepada siapa?


Review:
Sejak lepas UPSR, Izaq dengan Fa'iq ni jadi kawan baik. Sorang boleh nampak benda ghaib, sorang boleh baca fikiran orang lain. Beza cuma Izaq fikiran dia jauh lebih matang kalau nak ikutkan umur dia. Fa'iq stay cool. Fa'iq banyak protect Izaq. Diorang pun dah lalui banyak rintangan sama-sama. Masa baca novel ni, ada selit cerita Fairy Odd Parents. The real one. Bukan yang buat Timmy tu bahagia. Tapi sebaliknya yang sebenarnya. Try Google, betul rupa-rupanya pasal cerita kartun tu. Eh, skip! Takboleh cerita banyak. But at the end novel ni, sedih :( Izaq ada problem. Nak taip asyik typo, kadang pandangan dia nampak lain macam. Kesian. Lepas baca novel ni, kau akan faham erti sahabat :) dan confirm menangis T_T


Dari blog penulis:
http://gambatte2wawawa.blogspot.com/2015/02/kalau-awan-ada-sambungan.html

Biar je lah novel Awan ni jadi the last one. Tak payah buat sambungan ;D

You Might Also Like

4 comments