Thursday, 5 February 2015

Free Screening at GSC NU Sentral


Assalamualaikum! :)

Haa, mesti excited baca tajuk entri ni kan. Hihi! Ini cerita minggu lepas lah awakkk. FD dapat tahu tentang free screening ni pun dari bro Tarmizi, or well known as BBL (www.budakbandunglaici.blogspot.com). Itu pun nasib baik FD ternampak kat news feed Facebook. FD pun terus WhatsApp kawan, suruh dia print flyers kecil ni and tukar shift kerja dia on that date. Untung lah kawan kerja cyber cafe ni tau :p
Lepas tu FD bagitau cousin jugak pasal free movie ni. Dia gigih pergi first day, gerak ke NU Sentral dalam tengah hari. Balik balik je cousin kata tak pergi tengok sebab line panjang giler! Memang pack giler lah sebab movie free walaupun cerita yang dah ditayangkan sebelum ni.


Free Screening on 24th Jan to 28th Jan 2015 at GSC, NU Sentral
Movie:-
The Maze Runner
The Book of Life (3D)
Maleficent
Guardian of The Galaxy
Big Hero 6 (3D)
Left Behind
Interstellar
Mana Mau Lari
Don't Go Breaking My Heart
Kaththi
Aaranmanai

7 English, 1 Melayu, 1 Cina, 2 India.


FD gerak nak ke NU Sentral dari UIA, Gombak tu punya lah awal. Takut nanti tak sempat tengok movie. Dalam pukul 8 pagi gerak, sampai NU Sentral dalam 9 pagi camtu. Sampai sana je tengok line dah panjang. Kau ghaseeeeee? Beratur je lah FD dengan kawan sorang. Yang sorang lagi gerak lambat. Untuk wayang free ni, sorang boleh redeem 4 tiket je. Sooooo, kite redeem 8 tiket! Baru marathon 2 movie. Nasib baik tak tengok sampai 4 movie. Mau nye balik tengah malam kot haritu.


Kite tengok The Maze Runner & Big Hero 6!


Lepas dapat je tiket wayang free, kite breakfast dulu sambil tunggu kawan sampai kat NU Sentral. Tiket ada 8, tapi membazir 1 tiket sebab takde kawan lagi sorang. So tengok bertiga je lah.

First, kite tengok The Maze Runner!

Mula mula tengok macam tak paham sebab terlepas 5 - 10 minit lepas dah tayang dalam panggung. Geram gila! Then FD tanya lah kawan. Nasib baik lah dia pernah tengok movie ni. Rupa-rupanya pasal saintis buat game ni untuk uji manusia dalam ni. Maze ni saintis yang buat. Tak pasal pasal salah sorang saintis, (eh dua orang) tu termasuk dalam ujikaji ni. Tapi sesiapa yang masuk dalam glade tu, diorang hilang ingatan. Nama diorang sendiri pun diorang tak tahu. Setiap malam maze tu akan berubah hala tuju, tapi takde jalan keluar. Macam tetap terkurung dalam tu. Sesiapa yang masuk dalam maze tu, tak ada yang terselamat sebab ada sejenis haiwan or I dont know what that things is.

Hodoh giler makhluk ni, kan?

Ramai jugak yang mati disebabkan binatang pelik ni. Tapi cuma Thomas je yang berani bunuh binatang tu. Lepas dah bunuh, baru dia jumpa jalan keluar dari maze tu. Biasa lah bila ada hero, mesti ada yang dengki a.k.a. musuh. Tak kurang jugak ada yang sokong Thomas. Ada yang ikut Thomas cari jalan keluar, ada yang stay kat glade. At the end, bukan jalan keluar yang sebenarnya.
ERGHH! BENCI! ADA SAMBUNGAN UNTUK MOVIE NI!
TT_____TT

>>DOWNLOAD THE MAZE RUNNER FULL MOVIE<<



Big Hero 6 FD dah tengok, review kat sini
http://www.fatindiana.com/2014/12/big-hero-6.html

Tapi kan, haritu tengok Big Hero 6 in 3D youuuuu! Wahahahaha! Gila excited sebab first time tengok movie in 3D. Time tengok Big Hero 6 ni tak membazir tiket sebab kawan FD akhirnya datang jugak. Dia macam pelik sebab kartun. Lepas habis tengok je, dia cakap "boleh tahan jugak eh cerita ni. ending dia pun hmm". Padahal ending dia sayu, taknak ngaku ler tu sebab dia laki. Laki kan ego. Eh? Tetiba :p

Okay, tu je untuk harini. Lepas ni ada entri pasal movie jugak. But most of people tak suka lagi lagi yang "too matured" :-/


7 comments:

Nuriesya Nadia said...

Alaaa tak perasan pula BBL ade post pasal ni. Melepas. Hahaha. Sakan FD layan movie yeeee. :D

Aisyah Az said...

huaaaa... tak tahu pun ;((((
hehhe baymax my love forever. gituuu..hahahha

Maria Hasun said...

kita mmg tak dan la nak kuar smpai ke mlm. mengamuk tuan tumah kita nnt. . hahaha

zazanizam said...

huhuhu tak ajak pun ! :(

Aisha Fauzi said...

tag akak :) http://twinkleeestar.blogspot.com/2015/02/giveaway-mudah-amirnawawicom.html

Aqilah Azmi said...

Thank god i saw ur post on ig! Hugs!!! Heheheh

Nadia Johari said...

aritu nak pergi gak tapi husbnd buzy memanjang