Saturday, 29 November 2014

BVR Collagen MURAH RM35 ♥


Assalamualaikum :)

Sejak akhir akhir ni jadi malas je nak ambik supplement. Malas nak bancuh bagai. First dulu consume Aurawhite, second Aurawhite Choc, third Aurawhite Stemcell, fourth Secret Skin White Kawaii Collagen, fifth Ephyra, sixth Clinicell, seventh Radiance Signature, lastly consume BVR Collagen.
Banyak tak FD dah try? Hihi! >,<

Setiap supplement ada kelebihan dia. Contoh macam SSWKC, Ephyra, Clinicell, Radiance, senang je nak consume sebab sediakan dalam sachet. Takde lah rasa susah sangat nak bawak 1 jar kalau nak travel mana mana, kan? Cumanya Ephyra dengan Clinicell kena bancuh, so dah tentu kena bawak botol untuk shake shake :D kalau SSWKC tu, boleh kemam. Radiance Signature bentuk cecair dalam sachet. Masih lagi senang untuk dibawa kemana sahaja.

BVR ni best sikit, botol kecik je, boleh genggam 1 tangan lah gitu. Jimat pulak tu. Cuma ambik 1 scoop pagi dan malam. Macam biasa lah, kan? ;) nak bawak pun senang sebab bentuk dia yang kecik tu.


Belle Vous Resources Collagen
or shortform to
BVR Collagen
Berat: 40gram (tahan sebulan)


Kandungan dalam BVR COLLAGEN
♥ Pati Apple Stem Cell
♥ Pati Strawberry Stem Cell
♥ Pati Marine Collagen
♥ Vitamin C
♥ Vitamin E
♥ Pati Gluthathione
♥ Serbuk Mutiara
♥ Bunga Sakura

Khasiat BVR COLLAGEN
♥ Memutihkan dan mencerahkan kulit
♥ Menghaluskan kulit
♥ Mengurangkan jeragat
♥ Menaikkan seri wajah
♥ Memperbaiki sel-sel mati pada wajah
♥ Menyegarkan wajah secara semulajadi



Cara penggunaan BVR COLLAGEN
cara pertama:
♥ Ambil 1 sudu kecil dan campurkan ke dalam minuman kegemaran
♥ Kacau sehingga sebati dan minum
cara kedua:
♥ Ambil 1 sudu, terus masukkan ke dalam mulut dan kemam

FD lagi suka kemam. Lagi pun, orang kata kemam lagi elok. Kesan lebih cepat, yang penting kena rajin minum air kosong la atleast 3 liter sehari :) nak buang segala toksin dalam badan tu. Kasi cuci dalaman dulu :D



BVR Collagen
40gram *tahan sebulan*

Harga asal
RM90 SM // RM100 SS

Harga PROMOSI untuk readers blog ni
RM35 SM // RM40 SS
Jimat RM55!!


FD sarankan beli 2 botol terus. Beli sebotol je kena maintain tau. Setakat sebulan lepas tu tukar supplement lain, memang susah nak nampak kesan. Jimat pun jimat tau sebab sebotol kecik tu RM50, plus boleh tahan sebulan. So far FD sendiri puas hati, plus mak pun tegur perubahan kat kulit ni >,<




BVR Lolly's Pink
RM30 SM / RM35 SS

Kepada yang berminat nak beli, sila contact
Diana - 01133765321 (SMS/WhatsApp/iMessage)
Darlina - 011 2922 9434 (SMS / WhatsApp / WeChat ONLY)
DO NOT CALL!
Jangan marah pulak kalau tak angkat call ;)

Nombor akaun akan diberikan selepas confirm order :)
Maybank / CIMB

Thursday, 27 November 2014

CPUV November 2014


Assalamualaikum :)



Bulan ni dapat CPUV lagi. Sekali dapat 10 kempen kauuu!
Banyak tak banyak? Hihi xD
Alhamdulillah, rezeki lagi :)

Kempen:
Mah Sing - Avanue Street
INTI 2015 Cycle 1 Degree
INTI 2015 Cycle 1 Degree
INTI 2015 Cycle 1 Degree
Altel Digital Campain
Altel Digital Campaign
Altel Digital Campain
Mi Sedaap Cup Noodles
Mi Sedaap Cup Noodles
Mi Sedaap Cup Noodles


Thank you! :*

Tuesday, 25 November 2014

KL Mega YES 2014


Assalamualaikum :)

Dua minggu lepas FD turun KL. Saje jenjalan dengan jumpa kawan lama. Tapi sebab utamanya nak pergi fest kat KL je >,< and yes, firstly pergi KL Mega YES kat Kuala Lumpur Convention Centre Exhibition Hall 6 (14th-16th November 2014)

FD pergi hari sabtu dengan cousin, then gerak dengan kawan dari Gombak. Kat KLCC jumpa encik BF pulak. Sampai kat KLCC, beli tiket wayang dulu. Mula mula plan nak tengok cerita lain, sudahnya layan Big Hero 6. Si BF (Arel) dengan kawan (Yoga) dah buat muka pulak bila kite cakap nak tengok cerita kartun, hihi! xD tapi ikut jugak tengok, takbole nak buat apa dah. Yang movie ni nanti kite review kat next entry, okay? ;)


*gambar dari FB Yoga*
Lepas beli tiket, Arel ikut Yoga pergi mana tah. Diorang tak sanggup nak teman pergi fest tu kot. Yoga awal awal lagi dah cakap kat Arel, "mampos lah kite Rell, diorang nak shopping ni". HAHA! Yoga sangat faham dengan perempuan :p tapi geram jugak lah sebab nak jalan dengan bf! :( dah lah first meet. Aishh! ;(



Oh ini bukan Arel ye. Ini kawan FD since 2011 kalau tak silap. Nama dia Azhar. Say hi! :D Last jumpa pun 2011 sebelum pergi PLKN dulu. Sekarang dah 2014 baru dapat jumpa balik. Time jumpa haritu pun kemain dia bising sebab kite tak jalan dengan bf kite. Huhu :( so Azhar la temankan pergi fest. Sambil tu borak macam macam. Cerita lama punya. Hampeh punya kawan xD tapi Azhar ni dapat jumpa sekejap je sebab rushing nak balik Johor, takut terlepas bas pulak petang tu. Nasib dah beli tiket awal. Kalau tak beli, confirm lepak lama lagi :D sebelum Azhar gerak, ambik gambo dulu ;p




First item yang kite shopping, instant shawl. 3 helai RM100. Sepatutnya pembelian RM50 ke atas baru dapat cop. Tapi akak tu baik hati bagi kat kite sampai 5 cop. Moga murah rezeki akak tu. Tapi lagi! Haa, kalau nak tebus hadiah misteri tu kena penuhkan semua tempat kosong tu. Kite shopping sikit je time tu T__T



Jalan jalan cuci mata, tetiba akak kat booth BLV Pinky offer kite test pakai foundation tu. Mula mula dia tarik cousin FD ni, Betty suka la. Lepas tu akak tu tarik FD pulak. Halamak! Kite ni mana berkenan make up bagai walaupun cuma foundation sahaja. Kang tetiba jumpa Arel balik, terkejut pulak dia kang. Jumpa awal tadi lain, hilang kejap je dah rupa lain >,< akak tu siap cakap, takpe, kite bagi pakai, tak beli pun takpe. Kemain dia punya offer tau, hihi! :D

Lepas Betty touch up dengan hasil tangan akak BLV Pinky tu, tetiba terserempak dengan abang blogger ni. Nasib baik lah kenal. Klau kenal tak tegur kang kata sombong. Abang tu siap up status kat fb pulak tu.


Time ni Arel dengan Yoga dah ada. Dah syok dating, baru nak ingat kat kite ye. Lepas dah puas berjalan kat fest tu, terus masuk KLCC. Jumpa Ita (kawan PLKN) dengan Izzy pulak. Claim Hot & Roll kat Izzy, dia pulak FD belanja Big Apple. Hihi! :D lepas tu gerak pergi tengok wayang. Ita dating dengan BF dia, Izzy pulak pergi jumpa kawan. So kitorang ber-empat je lah layan wayang, cerita Big Hero 6 memang BEST!

Habis wayang, jalan jalan, then GF Yoga pulak sampai. Dinner sesame kat KFC. Sempat borak dengan GF Yoga. Kemain pernah cite pasal FD kat awek dia, cerita pasal PLKN bagai, macam macam lah. Hihi! :D

Tah bila masa pulak lah BF FD ni curi curi buat sight kat WeChat, Hampeh betul. Dah balik rumah baru nak perasan benda ni. Kiteorang takde gambar berdua pun. Maklum lah, first time jumpa, ada la malu malu tu sikit :p padahal kenal kat kem lama dah, cuma tak pernah bertegur >,<

Lepas makan, kiteorang pergi kedai buku Kinokuniya. Saje cuci mata tengok kot ada novel yang menarik ke. At last ambik 1 buku, Kitab Terfaktab: Nakal Tapi Halal :D yang ni nanti review jugak, tunggu next entry.



Penat berjalan, kite balik la sebelum lewat malam.
Sempat selfie kejap :p

Thursday, 6 November 2014

Bila Hati Berbicara Full Episod


Assalamualaikum :)



Sinopsis Bila Hati Berbicara:

EMIR Qasya adalah seorang lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawan kerana dia dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling popular di Malaysia.

Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dengan kedudukannya. Dalam masa yang sama, Emir Qasya berjumpa dengan seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorang perempuan yang istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dengan Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania Katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.



Tajuk : Bila Hati Berbicara
Episod : 32 episod
Waktu Siaran : Isnin - Khamis , 7 malam
Siaran : Slot Akasia TV3
Pengarah : Amie Maziah
Skrip : Sharifah Abu Salem
Novelis : Antasya Balqis
Terbitan : Suhan Movies / Buku Prima
Pelakon : Syafiq Kyle (Emir Qasha), Atikah Suhaime (Tania Katsura), Hafreez Adam (Badri Fathul), Azwan Kombos (Taufik), Raja Ilya (Baby), Idzham Ismail (Zaidi), Lia Natalia, Hanna Aqeela, Marisa Yasmin, Emelie Hanif


Bila Hati Berbicara Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16   Episod 17   Episod 18
Episod 19   Episod 20   Episod 21   Episod 22   Episod 23   Episod 24
Episod 25   Episod 26   Episod 27   Episod 28   Episod 29   Episod 30
Episod 31    Episod 32

Monday, 3 November 2014

Suamiku Encik Sotong Full Episod





Sinopsis

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya? Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica



Tajuk: Suamiku Encik Sotong
Waktu Siaran: Setiap Isnin - 9:00 malam
Siaran: Astro Ria & Maya HD
Pelakon: Sharnaaz Ahmad (Farish), Amyra Rosli (Erica Soffea), Amar Baharin, Hanis Zalikha, Roy Azman, Erry Putra, Laila Nasir, Syatilla Melvin,


Suamiku Encik Sotong Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13   Episod 14   Episod 15   Episod 16   Episod 17   Episod 18
Episod 19   Episod 20