Friday, 31 October 2014

CPUV Oktober 2014


Assalamualaikum



Bulan Oktober dapat banyak CPUV, tapi earning sikit sikit je :p kumpul semua tu dapat lah 2 atau 3 ringgit kot. But still alhamdulillah :)
Sebulan ada 9 CPUV. Blogger lain pun FD tengok macam ramai jugak dapat CPUV banyak2 ni. Bukan selalu Nuffnang baik hati nak bagi CPUV banyak banyak ni kan ;)

Kempen:
RHB Now
SME Micro Finance
Zurich Insurance Contest
Zurich Insurance Contest
Win a 3 Days 2 Night Trip
Win a 3 Days 2 Night Trip
Musee Platinum Tokyo
Kasi App Campaign
Proton PCC

Thank you so much! ♥

Setitis Kasih Darmia Full Episod




SINOPSIS DRAMA SETITIS KASIH DARMIA
Setitis Kasih Darmia adalah sebuah drama adaptasi daripada novel nukilan Naniey TJ, mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan tanpa rela dan tidak pernah diduga apabila terpaksa menikahi lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah (Fauziah Nawi) dan Haliza (Zaryn Minn), sepupu yang memahami keadaanya sementara keluarganya yang lain mencemuh dan membenci dirinya. Tawaran untuk menyambung pelajaran membuka lembaran baru buat Darmia apatah lagi ditawarkan untuk bekerja sambilan oleh Haliza. Dia melanjutkan pelajaran sambil bekerja separuh masa sebagai orang gaji di rumah majikan Haliza, Khairul Amir. Tanpa Darmia ketahui, Khairul Amir adalah suami yang pernah meninggalkannya empat tahun lalu. Oleh kerana dia bekerja di siang hari, dia tidak pernah bertemu dengan Khairul Amir sehinggalah satu hari mereka bertemu lalu tersingkaplah rahsia antara mereka berdua.

Menyingkap kejadian empat tahun lalu, Darmia dan Khairul Amir pernah bernikah akibat ditangkap khalwat setelah Amir cuba menyelamatkan Darmia dari menjadi mangsa rogol. Amir yang merasakan dirinya dipergunakan telah meninggalkan Darmia sejurus selepas dinikahi dan tidak pernah kembali lagi. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak pernah dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja pada dirinya, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti. Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar. Setitis Kasih Darmia memaparkan nilai kesabaran dan kekuatan Darmia dalam mengharungi pelbagai ujian demi pertahankan kebahagiaan hidupnya.



Tajuk : Setitis Kasih Darmia
Episod : 14 episod
Waktu tayangan : Setiap Selasa dan Rabu - 8.30malam
Siaran : Slot Ratu TV9
Novelis : Naniey TJ
Pengarah : Jamal Khan
Terbitan : Pena Creative
Pelakon : Nelydia Senrose, Sharnaaz Ahmad, Zarynn Minn, Josiah Hogan, Puteri Chichi, Azizah Mahzan, Fauziah Nawi, Liza Abdullah, Kazaruddin Saisi, Dato Jalaluddin, Ziela Jalil, Nasir Bilal Khan



Setitis Kasih Darmia Full Episod
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6
Episod 7   Episod 8    Episod 9    Episod 10   Episod 11   Episod 12
Episod 13   Episod 14

Novel;

Monday, 27 October 2014

Review Movie: The Book of Life


Assalamualaikum! :)

Last week turun KL lepas balik kampung kat Sabak Bernam. Family matters. On the way ke KL, sempat set time nak lepak dengan 'customer'. Well, now we're friends. Right? ;)

Gigih tak gigih lah kan time tu kira macam lewat jugak, tapi degil jugak nak lepak dengan kawan ni. Mak abah geleng kepala je la tengok anak dara diorang ni. Tak padan dengan penat (bukan kite yang drive pun, abah yang drive ;p). Padahal time tu dah pukul 5 petang ke 6 something gitu. Tak ingat sangat. Yang ingat hari Ahad kot. Hiks! >,<

And thanks to him too sebab dia still relax and sabar dengan FD sebab cara kitorang borak macam jadi tak jadi je nak jumpa, end up dapat jugak lah jumpa kan walaupun lewat.

Okay, first plan nak tengok The Rooms (ni dah tengok hari kemudian, nanti cerita next entry). Tapi The Rooms start 9 malam. Agak agak cerita 2 jam, dah tentu habis movie pukul 11 malam. Kau ghase? Nak naik train bas apa bagai tu lagi. Okay, entri dah mengarut. Patutnya review movie, ini dah lari tajuk. Peduli? Blog haku, haku punya suka lah! >:D


the-book-of-life-poster

Manolo, a young man who is torn between fulfilling the expectations of his family and following his heart, embarks on an adventure that spans three fantastic worlds where he must face his greatest fears.

Ini je sinopsis yang FD jumpa kat Google, KAH! xD


Cerita ni best!
Manolo, Joaquín dan Maria ni kawan baik sejak kecik. Manolo dengan Joaquín ni ada hati dengan Maria. Maria ni pencinta haiwan. Manolo sukakan music. Joaquín konon jaguh, suka fight fight ni.
1 hari masa hari apa tah, yang ingat orang dah mati ni la, La Muerte dengan Xibalba buat deal. If one of them menang, yang menang tu akan rule dekat kawasan orang yang diingati. Xibalba ni jahat. Main kotor. Xibalba bet Joaquín, La Muerte bet kat Manolo.
La Muerte kira macam ketua kat tempat roh yang diingati, Xibalba ni pulak yang sebaliknya, kat tempah roh yang dilupakan.
Maria kena tinggalkan kampung dia, belajar kat luar negara atas nasihat si ayah. Manolo dengan Joaquín tunggu kepulangan Maria dengan penuh sabar. Sementara tunggu tu, diorang tetap dengan minat masing masing sampai ke besar. Manolo minat music, tapi keturunan family semua jenis yang main dengan kerbau tu. Apa tah nama aktiviti tu. Sebelum aktiviti tu habis, Manolo kena bunuh kerbau tu. Tapi Manolo tak sanggup sebabkan Maria. Maria kan pencinta haiwan. Tengok haiwan kena kurung pun Maria tak sampai hati tengok inikan pulak kena bunuh. Dalam deal ni Xibalba yang menang. Macam mana boleh menang? Sila lah ke panggung yang berdekatan ye untuk tahu cerita lebih lanjut :p
FD banyak cerita skip skip, tak baik cerita bebanyak. Nanti spoil mood korang yang belum tengok cerita ni >,<



FD suka gila dengar semua lagu yang Manolo ni nyanyi. Korang search je kat Youtube. Memang best!
Always play from your heart - Maria


Takde gambar nge-date sebab masing masing malu first time jumpa :p

Sekian untuk entri kali ni xD